PKP bukan penghalang PDP

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 telah menutup hampir keseluruhan sektor di Malaysia. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali dengan penutupan keseluruhan pusat pendidikan bermula dari pendidikan awal kanak-kanak atau taska, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah institusi pengajian tinggi tidak kira sama ada institusi kerajaan mahupun swasta. Jika dilihat, pusat pendidikan antara tempat yang sangat berisiko dan berpotensi untuk berlakunya penyebaran COVID-19 ini kerana para pelajar dan pendidik akan berkumpul di satu tempat yang sama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa. Oleh sebab itu, pusat pendidikan perlu ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh PKP bagi membendung penularan wabak ini

    Similar works