research

Time-dependent deformation of foamed concrete with different density

Abstract

Konkrit berbuih merupakan sejenis konkrit yang tidak asing pada masa sekarang. Penggunaan konkrit berbuih semakin banyak diaplikasikan khususnya didalam bidang pembinaan. Dengan penggunaan korikrit berbuih, ia dapat rnenggantikan konkrit biasa path tempat-tempat yang berpotensi seperti dinding dan sebagainya. Penyelidikan ini berdasarkan pada sifat konkrit berbuih. Di Malaysia,masih kurang lagi data-data yang berkaitan dengan sifat konkrit berbuih tersebut. Ini penting bagi mengenalpasti sejauh mana sifat konkrit berbuih tersebut. Dengan ujian yang dijalankan, ia dapat membantu untuk mengenal pasti dan dapat menjangkakan sifat konkrit berbuih mi path masa hadapan terutama dari segi kelakuan ubahbentuk bersandar masa. Untuk penyelidikan ini, konkrit berbuih disediakan path dua ketumpatan iaitu ketumpatan 1200 kg/m3 dan ketumpatan 1600 kg / m3 dan diuji dengan ujian ketumpatan, ujian pengecutan, ujian rayapan dan ujian modulus elastik. Keputusan ujian dibandingkan dengan berketumpatan yang berbeza. Keputusan ujian rnenunjukkan konkrit berbuih berketumpatan tinggi mempunyai kekuatan lebih tinggi berbanding dengan konkrit berbuih yang berketumpatan rendah. Perbandingan nilai elastik modulus diantara konkrit berketumpatan 1200 kg/m3 dan konkrit berketumpatan 1600 kg / m 3 ialah 42.38 peratus. Ujian rayapan menunjukan pernendekan berlaku sepanjang masa. Path peringkat permulaan, proses pemendekan berlaku dengan tinggi dalam masa yang singkat dan semakin lama semakin sekata. Keputusan ujian pada hari yang ketujuh menunjukkan nilai rayapan ialah 1233.67 x 10. Path akhir penyelidikan dapat diperhatikan penggunaan konkrit berbuih berketumpatan 1200 kg/ m3 dipengaruhi oleh pemendekan jangka masa panjang dan pemendekkan mi sentiasa berlaku

    Similar works