Melayunisasi leksis peripheral Indo-Euro di alam Malaynesia

Abstract

Artikel ini mengkaji melayunisasi leksis peripheral Indo-Euro di alam Malaynesia. Leksis peripheral Indo mendasarkan leksis Sanskrit dan Parsi manakala Euro merujuk leksis Latin mahu pun Germanik dalam rumpun bahasa Indo-Eropah. Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan utama di kepulauan Malaynesia. Kepulauan Malaynesia merupakan kepulauan Nusantara. Penulis menyenaraikan beberapa leksis Indo-Euro dan menganalisis perubahan fonem leksis peripheral tersebut apabila ianya diserap sebagai leksis Melayu dengan bunyi sebutan Melayu. Pelenyapan fonem asal leksis Indo-Euro, membentuk struktur elemen morfologi baru dalam struktur leksis Melayu Malaynesia. Fleksibelnya bahasa Melayu Malaynesia membolehkannya menutralis leksis dengan beberapa perubahan fonologi sambil mengekalkan maksud asal leksis tersebut mengikut acuan sebutan Malaynesia. Objektif kajian adalah mengenalpasti leksis Indo-Euro yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu dan menyenaraikan leksis tersebut. Seterusnya menganalisis dan mengenalpasti perubahan fonem leksis tersebut serta menyenaraikannya dalam acuan fonemik Melayu. Penulis menggunakan kaedah kajian perpustakaan iaitu dengan merujuk dan mengkaji buku teks, artikel dan merujuk pelbagai bahan bertulis di laman sesewang berkaitan. Analisis bersifat diakronik dan sinkronik yang merujuk sejarah asal leksis serta perubahan fonem leksis serapan melalui analisis fonemik leksis

    Similar works