research

Penghasilan dan penilaian buku panduan prosedur pematerian komponen elektronik

Abstract

Projek "Penghasilan dan Penilaian Buku Panduan Prosedur Pematerian Komponen Elektronik" ini adalah projek yang bertujuan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap penghasilan buku panduan ini. Kajian juga dijalankan untuk melihat kepentingan buku panduan dalam membantu proses pembelajaran di makmal. Seramai 60 orang pelajar Tahun 2, Semester 2 Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik, KUiTTHO telah dijadikan sampel kajian. Borang soal selidik dijadikan sebagai instrumen kajian seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science 11.0 for Windows (SPSS). Dapatan menunjukkan penggunaan buku panduan penting dalam proses pembelajaran di makmal. Buku Panduan Penggunaan Prosedur Pematerian Komponen Elektronik yang telah dihasilkan, jelas membuktikan bahawa aspek isi kandungan, rekabentuk persembahan dan kebolehgunaannya mempengaruhi penerimaan pelajar terhadapnya. Buku panduan yang diperkenalkan ini dapat membantu memudahkan proses pembelajaran para pelajar di makmal

    Similar works