research

Perkembangan motor kasar murid tahun satu sekolah rendah

Abstract

Pentingnya kanak-kanak mempunyai perkembangan motor yang baik kerana ianya mempengaruhi kanakοΏ½kanak lain dalam perkembangan motor secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan menilai tahap perkembangan motor murid sekolah rendah, guru boleh melakukan intervensi bagi meningkatkan tahap perkembangan motor serta pada masa yang sama, memastikan murid ini mengalami perkembangan yang holistik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perkembangan motor kasar murid-murid tahun satu dan menilai perkembangan murid setelah setahun. Seramai 105 orang murid tahun satu yang terdiri daripada 46 lelaki dan 59 perempuan dalam kalangan murid sekolah rendah di Johor adalah responden untuk kajian ini. Tahap perkembangan motor kasar diukur dengan menggunakan Test of Gross Motor Development Second Edition (TGMD – 2). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada keseluruhan, tahap perkembangan motor kasar adalah bawah sederhana (M=84.11 min, S=9.99) pada awal tahun dan tidak mempunyai perbezaan yang singnifikan pada akhir tahun (M=85.91=6.77). Kemahiran lokomotor didapati meningkat pada akhir tahun, tetapi kemahiran kawalan objek tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan kanak-kanak di Malaysia kurang didedahkan kepada permainan yang menggunakan objek. Dengan itu guru Pendidikan Jasmani perlu memberikan pendekatan tersebut disekolah

    Similar works