Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak pembinaan: Perspektif kontraktor

Abstract

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 telah diperkenalkan di Malaysia untuk memupuk, merangsang dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terutamanya di tapak pembinaan.Tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan sikap keprihatinan majikan atau organisasi terhadap keselamatan dan kesihatan para pekerja mereka, selain menitikberatkan langkah-Iangkah keselamatan pekerjaan yang berkesan.Bagaimanapun, kadar kemalangan dalam sektor pembinaan dilihat berada ditahap yang sangat membimbangkan kebelakangan ini. Hal ini kerana industri pembinaan merupakan industri yang unik dengan kerja yang berbagai bidang dan perlu disiapkan dalam masa yang terhad. Kajian ini membincangkan mengenai amalan, masalah, dan strategi yang dijalankan dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mengikut perspektif kontraktor.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif.Satu temubual telah dijalankan di sebuah syarikat kontraktor area Alor Setar, Kedah yang berpengalaman dalam industri pembinaan untuk mendapatkan maklumat kajian.Hasil kajian ini mendapati terdapat beberapa amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan seperti dasar keselamatan, mesyuarat keselamatan dan kesihatan, pendidikan dan latihan, pemeriksaan keselamatan tapak, dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).Masalah yang dihadapi seperti sikap pekerja dan tahap kesedaran yang rendah di kalangan para pekerja.Beberapa strategi telah dilakukan seperti membuat pemeriksaan secara kerap, serta pendidikan dan latihan yang lebih berkesan

    Similar works