'Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia'
Abstract
Kajian reka bentuk biosensor potentiometrik untuk penentuan urea telah dilakukan dengan menggunakan membran metakrilat-akrilat sebagai matriks pemegunan. Dua jenis membran telah digunakan iaitu membran metakrilatakrilat dengan komposisi metil metakrilat: n-butil akrilat = 2:8 yang digunakan dalam pemegunan ionofor H+ untuk pengesanan ion hidrogen dan membran polihidroksil etilmetakrilat yang digunakan untuk pemegunan enzim urease. Penggandingan kedua-dua membran ini dengan transduser potentiometrik dapat menghasilkan biosensor urea yang boleh digunakan untuk penentuan urea dalam pelbagai julat kepekatan bergantung kepada muatan larutan penimbal yang digunakan. Di samping itu, kajian terhadap kemungkinan biosensor urea dapat digunakan dalam analisis logam berat dan ketoksikan logam di persekitaran turut dilakukan