'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Dari tragedi Krisek hingga ke tragedi Tak Bai masyarakat selatan Thai masih lagi
dibelenggu dengan permasalahan konflik perkauman. Walaupun tampuk pemerintahan
silih berganti namun pertelingkahan di antara pihak kerajaan Bangkok dengan puak
pemisah yang cuba untuk mendominasi kuasa autonomi dari pihak kerajaan masih
menjadi isu hangat di mata dunia. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji konflik di
Selatan Thai yang melibatkan peranan Malaysia dalam menangani isu ini. Kajian ini
adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Ia turut
menggunakan kaedah kajian sejarah untuk memahami latar belakang isu yang
berlaku. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelbagai usaha dan langkah telah diambil
oleh pihak kerajaan Thailand di Bangkok bagi menangani isu tersebut, namun hasilnya
kurang memberangsangkan. Pelbagai pertubuhan dan badan-badan kerajaan lain
cuba untuk membantu seperti ASEAN, PBB dan OIC. Malah tidak ketinggalan juga
Malaysia turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang usaha ke arah
perdamaian antara kerajaan Bangkok dengan puak pemisah. Dari saluran berbentuk
nasihat, bimbingan hinggalah ke bentuk material, dilihat Malaysia begitu prihatin
terhadap negara jirannya yang dilanda kemusnahan. Signifikan penemuan kajian
menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai memenuhi dasar hubungan dua
hala dan kepentingannya kepada Malaysia sendiri dalam menjaga keamanan negara