research

Pembangunan repositori warisan budaya berasaskan ontologi

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya tradisional. Ini dapat dilihat daripada pelbagai amalan dan cara hidup masyarakatnya. Namun begitu, warisan budaya tradisional Malaysia semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Maklumat berkaitan dengan warisan budaya boleh diperoleh dari pelbagai sumber dan lokasi, namun pengurusan maklumat yang tidak cekap menyebab maklumat tidak tekal dan menyukar proses pencariannya. Sebuah repositori warisan budaya dibangun bagi mengatasi masalah ini. Repositori tersebut dibangun berasaskan ontologi bagi memboleh pencarian dan perwakilan pengetahuan secara semantik. Ontologi ini dibangun berdasarkan objek ketara yang didaftar sebagai objek warisan kebangsaan di Jabatan Warisan Negara (JWN). Maklumat tambahan turut dikumpul dari pelbagai sumber termasuk Perpustakaan Negara, Muzium Negara, buku sejarah, jurnal, artikel dan rujukan dalam talian. Kategori bagi setiap objek warisan budaya dikelas mengguna pendekatan middle-out. Sebuah prototaip sistem capaian maklumat warisan budaya dibangun bagi menguji keberkesanan pengurusan dan capaian maklumat repositori warisan budaya. Pengujian ke atas prototaip sistem tersebut mendapati penggunaan ontologi bagi mengurus maklumat dalam repositori warisan budaya meningkat kualiti carian maklumat warisan tidak ketara. Repositori Warisan budaya ini boleh diperluas sebagai hab utama pengurusan dan capaian maklumat warisan budaya kebangsaan

    Similar works