research

Pengaruh minat terhadap pembentukan pekerja berkemahiran di Malaysia: kajian kes pelatih Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL)

Abstract

Pendidikan vokasional adalah komponen penting dalam pembentukan sumber manusia di negara pesat membangun seperti Malaysia. Masalahnya pendidikan teknikal dan vokasional sering dianggap sebagai pendidikan kelas kedua dan ini melemahkan minat terhadap bidang ini dan dengan itu merendahkan bilangan enrolmen pelatih . Kajian ini menerokai fenomena pembentukan kemahiran dalam kalangan pelatih Institiut Latihan Perindustrian. Dengan menggunakan kaedah kualitatif Grounded Theory data primer didapati dari soalselidik mendalam 32 responden yang terdiri daripada pentadbir, pengajar, pelatih, majikan, dan rakan pelatih di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) yang telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekad dan minat pelatih merupakan faktor utama dalam pembentukan pekerja berkemahiran tinggi. Pembentukan tekad ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti dorongan keluarga, pengajar dan pentadbir. Implikasi dapatan kajian ini mengukuhkan peranan tekad dan minat di dalam mentransformasi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia

    Similar works