research

Difusi ruangan budaya transeksualisme dan imaginasi geografi pelajar lelaki berpenampilan silang di universiti tempatan Malaysia.

Abstract

Fenomena transeksual semakin ketara dalam masyarakat Malaysia pada hari ini, termasuk di kalangan pelajar lelaki universiti. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk memeriksa dan membincangkan proses difusi ruangan budaya dan imaginasi geografi pelajar lelaki transeksual di universiti tempatan Malaysia. Satu kajian telah dijalankan ke atas 80 orang pelajar lelaki berpenampilan silang di empat buah universiti pada 2007-2009. Mereka dipilih menggunakan teknik persampelan purposive dan snowball, manakala maklumat kualitatif telah dikumpul menggunakan temubual mendalam dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini mendapati peranan rakan dan media sangat penting dalam penyebaran budaya transeksual di kalangan responden. Manakala imaginasi dan identifikasi yang diberikan oleh responden terhadap diri mereka, iaitu sebagai wanita, memudahkan mereka menerima gaya hidup transeksual. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan tentang peranan difusi ruangan budaya dan imaginasi geografi dalam menghasilkan pandang darat sosial dan identiti sosial baru di Malaysi

    Similar works