research

Elektroretinogram Multifokus (mfERG): Data Piawai Makmal bagi Kanak-kanak Berusia 6-12 Tahun

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan nilai data piawai mfERG bagi Makmal Elektrofisiologi, Program Optometri & Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengukuran mfERG yang dilakukan adalah min ketumpatan amplitud (nV/deg²) kedua mata dan perbandingan min antara mata kanan (OD) dan kiri (OS); respon ketumpatan amplitud setiap bulatan yang dikaji dan respon keseluruhan ketumpatan amplitud kawasan retina yang dikaji. Kajian ini melibatkan seramai 16 orang kanak-kanak normal berumur antara 6 hingga 12 tahun. Ujian t-berpasangan mendapati tiada perbezaan signifikan min ketumpatan amplitud antara kedua mata (OD=24.27±8.16 nV/deg², OS=24.12±8.57 nV/deg², p=0.937). Nilai min ketumpatan amplitud setiap bulatan untuk OD adalah bulatan 1=56.41±24.85 nV/deg², bulatan 2=28.36±9.31 nV/deg², bulatan 3=17.50±5.33 nV/deg², bulatan 4=10.51±3.17 nV/deg² dan bulatan 5=8.57±2.74 nV/deg². Nilai min ketumpatan amplitud setiap bulatan untuk OS adalah bulatan 1=54.67±25.10 nV/deg², bulatan 2=28.89±10.52 nV/deg², bulatan 3=18.23±5.98 nV/deg², bulatan 4=10.40±3.37 nV/deg² dan bulatan 5=8.30±2.73 nV/deg². Manakala min ketumpatan amplitud keseluruhan kawasan retina ialah OD=24.27±8.16 nV/deg² dan OS=24.12±8.57 nV/deg². Kesimpulannya nilai piawai makmal mfERG telah berjaya dihasilkan untuk usia 6 hingga 12 tahun di Makmal Elektroretinogram Multifokal, Program Optometri dan Sains Penglihatan, UKM. Diharapkan ia akan diguna pakai sebagai panduan dan perbandingan penyelidikan akan datang

    Similar works