[Islamic Spiritual Orientation among Students with Disciplinary Problem] Orientasi Kerohanian Islam dalam Kalangan Murid Bermasalah Disiplin

Abstract

This study aims to examine an Islamic spiritual orientation among respondents who have disciplinary problems in school. This quantitative study involved 787 secondary school students who have been selected through purposive sampling method. An Islamic Spiritual Questionnaire was used to identify the level of Islamic spiritual orientation. Percentage, mean score, and correlation were used to analyze the data. The result found that there was no significant relationship between Islamic spiritual orientation with demographic aspects (gender, school location and the mother’s educational level) of the respondents. On the other hand, there is a significant relationship between Islamic spiritual orientation and demographic aspect (the father’s educational level). The finding also shows respondents in this study have a high level of Islamic spiritual orientation. This study shows the family institution, can be strengthened by mandating each couple to undergo a post-marriage courses by emphasizing parenting training. The study also suggests that Islamic Education curriculum in school needs to be reviewed specially to ensure students able to internalize the concept of Islamic knowledge and practically performed it in daily life consistentlyin the classroom. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji orientasi kerohanian Islam dalam kalangan responden yang mempunyai masalah disiplin di sekolah. Kajian kuantitatif ini melibatkan 787 responden murid sekolah menengah yang dipilih secara rawak. Soal Selidik Kerohanian Islam (SSKI) digunakan untuk mengenalpasti tahap orientasi kerohanian Islam. Peratusan, skor min dan korelasi digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi kerohanian Islam dengan aspek demografi (jantina, lokasi sekolah dan tahap pendidikan ibu) responden. Sebaliknya, wujud hubungan yang signifikan antara orientasi kerohanian Islam dengan aspek demografi (tahap pendidikan bapa). Dapatan juga menunjukkan responden dalam kajian ini mempunyai tahap orientasi kerohanian Islam yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan institusi keluarga dapat diperkukuhkan dengan mewajibkan setiap pasangan yang telah berkahwin melalui kursus pasca-perkahwinan dengan memberi penekanan kepada latihan keibubapaan. Kajian ini juga mencadangkan bahawa kurikulum Pendidikan Islam di sekolah perlu dikaji semula terutama dalam memastikan penghayatan pelajar terhadap konsep asas pengetahuan Agama Islam dan melaksanakannya dalam kehidupan harian secara konsisten. &nbsp

    Similar works