Kehidupan di dalam penjara sama sekali membatasi pergerakan dan perhubungan antara dunia penjara dan dunia luar. Situasi ini menggalakkan peningkatan tekanan emosi apatah lagi jiwa mereka sendiri dihimpit dengan perasaan bercelaru, risau, murung, tidak tenteram, dendam dan marah. Perundingan menjadikan bahasa sebagai medium perhubungan dilihat mampu bertindak sebagai fungsi pemulihan ke arah hidup yang lebih bermakna. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti struktur generik wacana perundingan Nabi Yusuf a.s. serta mengenal pasti strategi perundingan yang digunakan oleh Nabi Yusuf a.s. Data kajian terdiri daripada tujuh ayat daripada peristiwa pemenjaraan Nabi Yusuf a.s. dalam surah Yusuf. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan dianalisis menggunakan metode analisis wacana agama berdasarkan metodologi ilmu tafsir oleh al-ZuhaÄ«lÄ«y. Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur generik wacana perundingan Nabi Yusuf a.s. mengikut kerangka “permasalahan-penyelesaianâ€. Kajian ini juga membuktikan peranan bahasa santun dalam memulihkan emosi, memberi kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan hidup di samping menanam kepercayaan, nilai dan perhatian penghuni penjara yang disalurkan melalui wacana genre agama dan genre kaunseling