PENCAPAIAN KURSUS MATEMATIK DAN STATISTIK DI KALANGAN PELAJAR UTHM: FAKTOR MEMPENGARUHI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEBIH DIMINATI

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti punca yang mempengaruhi pencapaian kursus matematik dan statistik di kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 2605 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan pemilihan responden adalah dilakukan secara rawak berstrata berdasarkan jumlah populasi pelajar di setiap fakulti. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif analisis seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus untuk menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik. Seterusnya, kajian ini juga mengenalpasti kaedah dan teknik pembelajaran yang lebih diminati pelajar dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis Pareto. Hasil kajian mendapati faktor latar belakang diri, faktor tenaga pengajar, dan faktor kondisi tempat pengajian mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik manakala kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah lebih diminati oleh pelajar berbanding pembelajaran berpusatkan guru

    Similar works