[THE KNOWLEDGE COMPETENCY OF ISLAMIC EDUCATION TEACHER INTEGRATED RELIGION PRIMARY SCHOOL SELANGOR] KOMPETENSI PENGETAHUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI NEGERI SELANGOR

Abstract

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor appreciates and recognizes the service of Guru Pendidikan Islam (GPI). This recognition is seen from teacher's competency and commitment aspects in delivering duties as educators. Therefore, this study revolves around researching features in GPI knowledge competency concept in Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) negeri Selangor. Objective of this study; to explore the knowledge competency of GPI SRAI. This study uses a study case design with findings are discussed descriptively. Qualitative data obtained from semi structural interviews in class teacher’s teaching observation and document analysis. NVivo10 was used to identify teacher’s competency theme and factors by analysing data in continuous comparison technique. As many as five GPI has been chosen as interviewee. Overall, the study found that the knowledge competency factors in the content aspect of GPI’s lesson are subjects, syllabus, appreciation of practice and interest. The pattern of the findings of this study produced GPI’s competency models namely GPI Knowledge Competency Model (GPIKCM). This study can be used as a guide to all parties, especially to the State Islamic Education Division, District Islamic Education Unit, schools and teachers. Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan Guru Pendidikan Islam (GPI). Pengiktirafan ini dilihat daripada aspek kompetensi dan komitmen guru dalam melaksanakan amanah sebagai pendidik. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mendalami konsep kompetensi guru pendidikan Islam di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) negeri Selangor. Manakala objektif khusus kajian ini adalah bagi meneroka kompetensi pengetahuan dari aspek isi kandungan pelajaran yang diajar oleh GPI SRAI. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes yang dibincangkan dapatannya secara deskriptif. Data kualitatif diperoleh melalui temu bual semi berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data ini dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan menggunakan perisian Nvivo10 bagi mengeluarkan tema kompetensi pengetahuan isi kandungan pelajaran GPI. Seramai lima GPI dipilih sebagai peserta temu bual kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian mendapati faktor kompetensi pengetahuan dalam aspek isi kandungan pelajaran GPI terdiri daripada aspek subjek, sukatan pelajaran, penghayatan amalan dan minat. Pola dapatan kajian ini menghasilkan kerangka model kompetensi GPI iaitu Model Kompetensi Pengetahuan GPI (MKPGPI). Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada semua pihak khususnya kepada Bahagian Pendidikan Islam Negeri, Unit Pendidikan Islam Daerah, sekolah dan guru-guru

    Similar works