MENDEPANI COVID-19: MUHASABAH DAN MUJAHADAH DIRI

Abstract

Dunia digemparkan dengan munculnya novel coronavirus atau dikenali secara ringkasnya Covid-19 pada akhir 2019 di Wuhan, Negara China. Hari demi hari, angka mereka yang disahkan menghidapi novel coronavirus meningkat. Ia telah merebak pantas ke ratusan buah negara di dunia, bahkan melibatkan jutaan pesakit dan menyebabkan ribuan kematian. Dalam mendepani wabak tersebut, sesungguhnya ramai Muslim secara khususnya dan manusia secara amnya agak keliru dan panik sehingga menimbulkan sedikit kegusaran, kebimbangan dan pelbagai kesan negatif yang menggugat keharmonian diri dan masyarakat. Justeru, artikel ini cuba menerokai dan menyelidik salah satu alternatif terbaik dalam mendepani Covid-19 melalui muhasabah dan mujahadah diri. Sebagai seorang Muslim, wajib diyakini bahawa setiap penyakit mahupun wabak datang daripada Allah s.w.t. Tiada satu pun dalam kehidupan dunia ini yang keluar daripada kerangka ciptaan, takdir, qada’ dan qadar Allah s.wt. Kemudian, artikel ini hanya menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk kepada buku, artikel jurnal, suratkhabar dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah muhasabah diri yang  diamalkan oleh Muslim mampu melahirkan sifat tenang, damai,sabar dan redha dengan ujian yang melanda. Begitu juga dengan mujahadah diri mampu membentuk seseorang Muslim itu menjadi kuat, tidak mudah berputus asa, tawakkal pada Allah dan lain-lain lagi. Ini bermakna bahawa kedua-dua kaedah ini merupakan salah satu alternatif terbaik dalam membina ketahanan jiwa dan fizikal Muslim bagi mendepani dan menghadapi pelbagai cabaran Covid-19 ini

    Similar works