'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Penanaman padi merupakan industri tanaman makanan utama negara Malaysia. Pembaharuan dan inovasi merupakan
elemen penting yang menambahbaik industri ini. Pengenalan teknologi baharu dan inovasi dipengaruhi oleh pelbagai
faktor termasuklah komunikasi. Penggunaan komunikasi berkesan berupaya meningkatkan penyebaran inovasi di dalam pelbagai bidang. Kajian ini memperlihatkan impak komunikasi terhadap inovasi di dalam penanaman padi. Tiga aspek utama iaitu peranan dan penglibatan pesawah, pengetahuan dan maklumat pesawah serta pengurusan inovasi dalam konteks komunikasi diteliti kesannya terhadap penerimaan inovasi dalam kalangan pesawah. Kajian ini dilaksanakan
ke atas para pesawah di negeri Perak melibatkan seramai 150 orang responden. Hasil kajian mendapati komunikasi
memainkan peranan penting terhadap penerimaan inovasi oleh pesawah. Pemilihan saluran komunikasi yang betul
akan menambah baik penerimaan inovasi. Cadangan penambahbaikan dalam konteks komunikasi turut dipaparkan di akhir penulisan ini