Muzikal Perdana: Perdana Menteri Malaysia dalam Teater Muzikal di Istana Budaya

Abstract

Muzikal berkaitan tokoh politik di Istana Budaya telah mendapat tempatsejak 2007 ketika Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50.Perkara ini difikirkan bersesuaian oleh kepimpinan negara pada waktu itu. Pertambahan jumlah karya muzikal tokoh politik ini memberi indikasi bahawa satu trend baharu telah terhasil dan bergerak seiring dengan zaman kegemilangan muzikal dari syarikat produksi Puan Sri Tiara Jacquelina. Sambutan terhadap pementasanberkaitan tokoh politik mula menurun pada tahun 2012 atas beberapa faktor. Dalam kajian berkaitan muzikal Perdana Menteri ini, Tun Siti Hasmah the Musical (2012) tidak disenaraikan kerana beliautidak memegang jawatan sebagai menteri. Penyelidikan kualitatif ini memberi tumpuan kepada muzikal tokoh politik sebagai tema. Beberapa faktor membuat persembahandan bentuk persembahan muzikal Perdana Menteri dianalisis berdasarkan maklumat jadual pementasan Istana Budaya di antara tahun 2007 dan 2011. Penyelidikan ini bertujuan untuk mendokumentasikan persembahan sebegini dan akan membantu dalam penyelidikan lebih lanjut di masa depan. Penurunan penonton pada tahun 2012 dan tema baru dalam persembahan teater di Istana Budaya juga dilihat dalam kajian ini

    Similar works