Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Komprehensif

Abstract

Kajian penyelidikan wajib melibatkan kaedah metodologi yang menggunakan proses perancangan, proses applikasi, dan proses analisis. Kajian literatur dijalankan bertujuan untuk menghuraikan perkaitan tentang kawasan sampel, saiz sampel, dan penentuan pengukuran skala. Saiz sampel boleh ditentukan melalui formula (atau persamaan). Apabila saiz sampel diapplikasikan dalam kawasan sampel, persampelan kebarangkalian dan bukan kebarangkalian akan terlibat dalam menentukan kuantiti dan kualiti pengutipan data-data untuk penyelidikan. Persampelan kebarangkalian dibahagikan kepada rawak mudah, sistematik, rawak berlapis, kawasan pelbagai lapisan, dan kelompok; manakala persampelan bukan kebarangkalian pula ialah secara kebetulan, bertujuan, kuota, bola salji, dimensional, kes kritikal, dan variasi maksimum. Kemudian, pengukuran skala dapat ditentukan melalui nominal, ordinal selang dan nisbah ke dalam soal selidik atau temu bual, dimana keempat-empat skala ini akan menentukan pengukuran khas seperti skala Likert, skala Thurstone, skala Guttman, dan skala perbezaan prosedur Semantik dalam menjalankan sesuatu analisis kajian. Oleh itu, saiz sampel dan kawasan sampel, serta penentuan pengukuran skala penting dalam kaedah metodologi bagi melancarkan dan mempercepatkan proses pengutipan dan pengumpulan data

    Similar works