Keberkesanan Faktor Dalaman Menghadapi Bencana Banjir Monsun di Kota Bharu, Kelantan. Satu Kajian Kes Berasaskan Persepsi Penduduk

Abstract

Bencana banjir monsun timur laut merupakan peristiwa alam semula jadi yang melanda pada musim tengkujuh, iaitu bulan Oktober hingga Februari, memberikan impak negatif kepada masyarakat setempat. Oleh itu, kajian penyelidikan dijalankan untuk menilai keberkesanan faktor dalaman menghadapi bencana banjir monsun di Kota Bharu, Kelantan. Penyelidikan melibatkan kaedah kuantitatif, iaitu melibatkan soal selidik dalam mengutip dan mengumpul data. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu demografi profil dan faktor dalaman menghadapi bencana banjir monsun. Saiz sampel ditetapkan kepada 400 respoden dan kawasan sampel tertumpu di bandar Kota Bharu, serta analisis digunakan ialah kolerasi antara variabel. Keputusan menunjukkan majoriti responden menetap berdekatan sungai akan membina rumah berstrukturkan kayu-kayan dan lebih tinggi daripada tanah permukaan bumi atau rumah bertiang bagi mengelakkan daripada bencana banjir. Selain itu, responden akan berwaspada jika hujan berterusan dengan membuat penyediaan sumber- sumber seperti makanan, minuman, perahu, dan lain-lain, yang mencukupi untuk tempoh yang lama seperti sebulan atau melebihi sebulan. Walaupun bencana banjir mendatangkan keriangan kepada sebilangan penduduk, namun responden akan berpindah ke kawasan lebih tinggi dan selamat bersama- sama dengan dokumen penting sekiranya perlu. Kesimpulannya, penduduk mengamalkan konsep adaptasi bagi menghadapi bencana banjir darisegi fizikal dan mentaliti, serta memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin bagi mengelakkan perkara buruk berlaku

    Similar works