Aplikasi al-Taḥammul wa al-Adā’ dalam kalangan qurrā’ dan kepentingannya: The application of al-Taḥammul wa al-Adā’ among the qurrā’ and its importance

Abstract

Quran is the main source of reference for Muslims in their daily lives. It is a holy book that is always be read, practiced and inherited from time to time. Muslims read the Quran by teacher to get and obtain an authentic way of reading. It is common knowledge that the Quran is inherited to every generation by the method of taking recitations from the teacher, namely talaqqī by musyāfaḥah. But society is still unclear and does not know the concept of al-taḥammul wa al-adā’ in the inheritance of Quran recitation. Al-taḥammul is a process of receiving and taking a knowledge, while al-adā’ is a process of practicing a knowledge. Thus, this article will discuss the application of al-taḥammul wa al-adā’ among qurrā’ and its importance. Data of the study were collected through library document analysis, while the data analysis method was descriptive. The findings show that there are several importance of the al-taḥammul wa al-adā’ application which is to ensure the connection of sanad, avoid tadlīs or deviation of sanad and for record and reference purposes. The implications of this study are that it is important to guide the community to know the knowledge of al-taḥammul wa al-adā’ in the inheritance of Quran recitation.Al-Quran merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian. Ia merupakan kitab suci yang sentiasa dibaca, diamalkan dan diwarisi zaman-berzaman. Umat Islam mempelajari al-Quran dengan bimbingan guru bagi memperolehi dan mendapatkan cara bacaan yang sahih. Umum mengetahui al-Quran diwariskan kepada setiap generasi dengan kaedah mengambil bacaan dari guru, iaitu talaqqī (bertemu) secara mushāfaḥah (bacaan mulut ke mulut). Namun masyarakat masih kurang jelas dan tidak mengetahui konsep al-Taḥammul wa al-Adā’ (penerimaan dan pengamalan) dalam periwayatan bacaan al-Quran. Al-Taḥammul merupakan proses penerimaan dan pengambilan sesuatu ilmu, manakala al-Adā’ pula merupakan proses pengamalan sesuatu ilmu. Justeru, artikel ini akan membahaskan aplikasi al-Taḥammul wa al-Adā’ dalam kalangan qurrā’ (perawi bacaan al-Quran) dan kepentingannya. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan, manakala metode analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kepentingan aplikasi al-Taḥammul wa al-Adā’, iaitu memastikan persambungan sanad, mengelakkan tadlīs atau penyelewengan sanad serta bagi tujuan rekod dan rujukan. Implikasi daripada dapatan kajian adalah mustahak untuk mendidik masyarakat mengetahui dan memahami ilmu al-Taḥammul wa al-Adā’ dalam periwayatan bacaan al-Quran

    Similar works