Jurang digital belia orang asli di Bukit Lanjan, Selangor.

Abstract

Jurang digital merupakan satu masalah yang sering berlaku dalam pembangunan ICT, ia menyebabkan wujudnya perbezaan besar dalam masyarakat termasuklah perbezaan kemudahan infrastruktur, pemilikan, penggunaan serta nilai terhadap ICT. Keadaan ini akan menjadikan pembangunan tidak lagi bersifat mapan dan menyeluruh terutamanya di kalangan belia Orang Asli. Keadaan ini akan menolak mereka untuk terus ketinggalan dari arus pembangunan perdana negara. Oleh itu, kajian ini cuba menghuraikan fenomena jurang digital yang berlaku di kalangan belia Orang Asli yang berada di bandar Damansara, iaitu Kampung Orang Asli Damansara Selangor. Kajian ini melibatkan 120 orang belia yang berumur dari 15 hingga 40 tahun. Hasil kajian ini mendapati bahawa belia Orang Asli berada dalam jurang digital, bukan kerana jurang digital nilai, namun ia lebih kepada jurang digital pengetahuan, kemahiran dan fizikal untuk memudahkan mereka akses kepada ICT. Ini menunjukkan bahawa belia Orang Asli tidak ada masalah untuk menerima pembangunan ICT, cuma faktor utama yang menyebabkan mereka berada dalam jurang digital ialah masalah ketidaksediaan kemudahan infrastruktur ICT di persekitaran mereka

    Similar works