Easy Rider Accessories Sdn. Bhd. / Armizam Arbai…[et al.]

Abstract

Easy Riders Accessories Sdn. Bhd. adalah sebuah perniagaan perkongsian yang terdiri daripada 4 orang ahli perniagaan. lanya dijangka akan ditubuhkan pada 1 Januari 2001 yang bermatlamatkan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang terdiri daripada orang persendirian, yang terdiri daripada golongan anak-anak muda yang memiliki motosikal dan juga untuk pengusaha bengkel-bengkel membaiki motosikal. Perniagaan kami yang beroperasi di kawasan Kuala Lumpur ini bertujuan untuk menarik perhatian anak-anak muda yang berada di kawasan bandar. Memandangkan perniagaan kami ini tidak banyak diceburi oleh orang melayu, maka adalah perlu untuk kami mempunyai orang orang yang telah berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ini, Jumlah rakan kongsi dihadkan kerana kami ingin memberi peluang kepada semua pekerja yang benar-benar berdedikasi dan bertanggungjawab dalam perniagaan ini untuk sama-sama membangunkan perniagaan aksesori motosikal ini. Insya-allah dengan harapan dan semangat yang ada pada kami semua, apabila perniagaan ini maju, kami ingin membesarkan dan memperluaskan lagi perniagaan kami dengan membuka lagi cawangan yang lain

    Similar works