5 research outputs found

    Children Rights to ‘Zero Hunger’ and the Execution Challenges during the COVID-19 Crisis

    Get PDF
    ‘Zero hunger is the world’s pledge under the Sustainable Development Goals 2030, which aims to end hunger, achieve food security and improve nutrition. Nevertheless, the mission had been seized as the world faced economic turndown due to the outbreak of the COVID-19 virus. The circumstances have brutally affected society’s ideal living standards and raised social problems such as extreme poverty, famishment, malnutrition, and medical conditions, specifically among vulnerable children. The essential purpose of this writing is to elucidate the ‘zero hunger goal as one of the central legal rights and identify challenges in executing it during the COVID-19 crisis. Data were collected through library studies and analyzed critically using the content analysis method. The writing finds that the progress of zero hunger is decelerated as the pandemic has caused few challenges. The paper concludes that all objectives under the SDG 2 are significant to be achieved to ensure vulnerable children’s survival. Thus, the paper recommends that humanitarian relief assists with food distribution among those in dire need, especially at-risk children. Furthermore, food and agricultural production must be maintained to guarantee enough food supply chain. Ultimately, every government must comply with SDG 2, specifically for the benefit of vulnerable children

    Sejarah institusi ketenteraan di Malaysia dan sumbangan kepada kelangsungan ketamadunan / Burhanuddin Jalal … [et al.]

    Get PDF
    Pembangunan institusi ketenteraan juga merupakan sebahagian dari sebahagian tamadun kemanusian. Bagi memastikan keamanan dan kemakmuran alam bagi kelangsungan kehidupan manusia melalui nilai-nilai keamanan dan kesejahteraan, institusi ketenteraan ternyata mempunyai peranan. Selain dari itu pertahanan dan keamanan merupakan satu keperluan yang penting (maslahat dharuriyyat) bagi setiap manusia, masyarakat serta negara pada sebilang masa. Dengan adanya pertahanan, keamanan dan keselamatan manusia, masyarakat dan negara dapat melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab dengan sempurna. Institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan telah berperanan dalam proses pembangunan negara sekaligus menyumbang kepada kemajuan dan ketamadunan negara. Kertas ini akan menyorot sejarah perkembangan institusi ketenteraan di Malaysia serta persediaan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang turut mempengaruhi tamadun manusia dan dunia

    Tanggungjawab wali terhadap pendidikan keagamaan bagi kanak-kanak : satu penelitian menurut hukum syarak

    No full text
    Wali dalam Islam adalah merupakan individu yang paling berhak dan menggalas tanggungjawab utama untuk mendidik kanak-kanak dari sudut ilmu keagamaan. Tanggungjawab tersebut wajib dilaksanakan dengan penuh keprihatinan dan berhikmah supaya dapat membentuk sahsiah dan akhlak mulia dalam diri kanak-kanak. Malangnya pada zaman moden kini, kebanyakan golongan wali tidak berjaya menggalas tanggungjawab tersebut sebaiknya dan kurang memahami konsep pendidikan keagamaan yang wajib diberikan kepada kanak-kanak. Maka penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang hubungan konsep perwalian dengan tanggungjawab mendidik kanak-kanak. Artikel ini juga memfokuskan tentang bentuk-bentuk pendidikan keagamaan yang wajib diajarkan kepada kanak-kanak bagi menyempurnakan pemahaman mereka mengenai agama yang dianuti. Kaedah kajian kepustakaan digunakan bagi mengumpulkan data untuk dianalisis mengikut metode analisis kandungan. Hasil penulisan menunjukkan bahawa golongan wali seharusnya memainkan peranan yang paling utama dalam mendidik kanak-kanak dari sudut ilmu pengetahuan keagamaan. Tanggungjawab tersebut tidak seharusnya diserahkan secara mutlak kepada pihak lain dalam apa juga keadaan sekalipun. Ini adalah kerana wali merupakan individu yang berkuasa untuk menentukan hala tuju keagamaan dalam diri kanak-kanak

    Kajian pelaksanaan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia

    No full text
    Kekuatan organisasi ketenteraan boleh diukur menerusi tiga elemen penting iatu daya tembak (fire power), daya gerak (mobility power) dan daya juang (combat power). Aspek daya juang merangkumi aspek kesiagaan spiritual merupakan elemen asas yang perlu diperkukuhkan dalam diri setiap anggota tentera. Ia perlu berada pada tahap yang tinggi dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Kesiagaan insititusi ketenteraaan tidak hanya dinilai dari kelengkapan asset dan alatan canggih sematamata, malah yang terpenting ialah nilai kerohanian dalam diri setiap anggota tentera terutamanya dari sudut kesiagaan diri menggalas tanggungjawab dan amanah negara. Sehubungan itu Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) menerusi Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM (PMAT 9/91), yang meliputi pelbagai program aktivtiti kerohanian dan pendidikan Islam kepada seluruh warga ATM, telah melaksanakan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Fokus kajian adalah untuk membuat penilaian terhadap pelaksanaan program tersebut dari aspek perancangan,pelaksanaan dan juga pemantauan melalui perspektif anggota ATM. Metodologi kajian melibatkan pendekatan gabungan (mixedmethod) iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunapakai dan telah melibatkan seramai 1,137 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang rapat dari aspek faktor suasana, faedah, guru dan pendakwah (anggota KAGAT), dan juga sikap anggota terhadap program. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek kekuatan spiritual mempunyai hubungan yang positif terhadap kesediaan dan kekuatan tempur anggota Angkatan Tentera Malaysia. Sesungguhnya pendidikan Islam serta usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera perlu terus perkukuhkan agar tahap kesiagaan kerohanian anggota tentera dapat dipertingkatkan bagi memastikan anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa memenuhi dua aspek utama daya juang (combat power) iaitu dari aspek fizikal dan juga spiritual (kerohanian) agar wujud insan tentera yang berkualiti dan cemerlang

    Kritikan liberalisme terhadap institusi Islam dalam wacana negara sekular: satu penelitian awal

    No full text
    Liberal ideology seems to be spreading in the Muslim world. One of the criteria of liberalism is challenging and rejecting the established institution that is seen to control the religious understanding and how to interpret it. In Malaysia, one of the established institutions that become the object of criticism and attack of the liberalists is the religious authority. This is very serious matter that requires immediate solution and proper explanation so that the religious institution in Malaysia is well-maintained. This article employs the qualitative methodology in which content and textual analysis technic is applied on the written and electronic materials that include the liberalists’ arguments and comments against the religious institutions of Malaysia. Findings reveal that there are continuous efforts made by liberalist groups to eliminate religious institutions of Malaysia as they subscribe to the concept of secular state which marginalizes the role of religion
    corecore