1 research outputs found

    Rekabentuk bahan pembelajaran matematik berbantukan komputer bagi pelajar diskalkulia

    Get PDF
    Pelajar diskalkulia sering menghadapi kesukaran dalam penggunaan simbol matematik, perbandingan antara nilai nombor dan sukar untuk melakukan pengiraan matematik yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Penggunaan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan teknologi dapat membantu pelajar diskalkulia dalam pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, fasa merekabentuk kandungan pembelajaran merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum pembangunan PBK boleh dilakukan khususnya bagi para pelajar diskalkulia. Strategi pengajaran Konkrit-Semi-konkrit-Abstrak (CSA) merupakan strategi pengajaran yang sesuai bagi pengajaran matematik pelajar diskalkulia. CSA terdiri daripada tiga tahap yang utama iaitu tahap konkrit, tahap semi-konkrit dan tahap abstrak. Integrasi strategi pengajaran ini mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran matematik di kalangan pelajar diskalkulia
    corecore