5 research outputs found
Hubungan Strategik antara Pemasaran dan Kesetiaan Pengguna di Telekom Malaysia
This research explores the impact of relationship marketing on customer loyalty in telecommunication sector. A survey of users of products and services in Telekom Malaysia was conducted to determine the significance and influence of the
underpinnings of the relationship marketing such as trust, commitment, communication and conflict handlings on costumer' loyalty in the telecommunication sector. A total of 128 usable questionnaires were obtained from total of 150
questionnaires distributed. The flndings shows that the four(4) variable namely trust, commitment, communication and conflict handling, were important in determining and influencing customer' loyalty. Since the results of the research showed that customer' loyalty is related to trust, commitment, communication and conflict handling factors, therefore Telekom Malaysia need to consider these factors and provide the right tenant mixes, services, and other facilities that are essential for attracting customer
Impak Inovasi Dalam Program Homestay Di Semenanjung Malaysia
Inovasi merupakan satu inisiatif dalam memacu ke arah kejayaan bagi sebuah perniagaan. Namun, kurangnya kesedaran terhadap kepentingan pelaksanaan inovasi telah membawa kepada kegagalan sebilangan program homestay untuk terus berdaya maju. Tambahan pula, persekitaran yang semakin mencabar memaksa perniagaan untuk berinovasi supaya terus berdaya saing seiring dengan kemajuan pembangunan pelancongan di seluruh dunia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk (1) menerokai jenis inovasi yang dilaksanakan, (2) mengenal pasti faktor penentu inovasi, dan (3) menilai impak inovasi terhadap kemajuan program homestay. Lapan program homestay berdaftar di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan. Temu bual secara mendalam bersama-sama penyelaras homestay telah dijalankan dengan memberikan penekanan kepada impak pelaksanaan inovasi, dan hasil temu bual dianalisis mengunakan teknik “Content Analysis”. Inovasi yang dilaksanakan meliputi inovasi produk dan perkhidmatan, proses, pemasaran dan pengurusan, adalah dipengaruhi oleh enam faktor penentu iaitu ciri-ciri keusahawanan, pengetahuan, kepemimpinan transformasional, orientasi pasaran, sokongan kerajaan dan sumber persekitaran. Inovasi juga telah memberi impak positif kepada prestasi kemajuan program homestay dan desa. Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan ilmu pengetahuan homestay melalui pembangunan Model Impak Inovasi dalam Program Homestay. Penemuan ini juga boleh dimanfaatkan oleh pemain industri sebagai penanda aras kepada pemegang taruh dalam merancang strategi pembangunan program homestay
Inovasi Produk dalam Program Homestay: Kajian Kes di Homestay Kampung Desa Keda
Inovasi merupakan salah satu komponen yang penting untuk meningkatkan kelebihan daya
saing dalam persekitaran yang semakin berubah masa kini. Pasaran yang lebih baik
memerlukan idea yang lebih kreatif dalam penghasilan sesuatu produk termasuklah dalam
sektor pelancongan dengan penglibatan kawasan luar bandar. Program homestay merupakan
salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan menjadi
salah satu tarikan pelancong yang dapat memberi pengalaman kehidupan luar bandar.
Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai perlaksanaan inovasi produk yang telah
dilaksanakan oleh Program Homestay Kampung Desa Keda yang merupakan salah satu
program homestay di Utara Semenanjung Malaysia. Homestay ini dipilih berdasarkan jumlah
kedatangan pelancong tertinggi iaitu seramai 52,621 orang pada tahun 2011 hingga 2016.
Penemuan daripada kajian ini membincangkan berkaitan perlaksanaan inovasi produk yang
terbahagi kepada penginapan, aktiviti budaya dan produk komuniti. Penemuan kajian ini
menunjukkan inovasi produk adalah penting dalam pembangunan program homestay sebagai
kelebihan dalam daya saing dalam menarik kedatangan pelancong
Impak inovasi pemasaran dalam pengkomersialan pelancongan luar bandar: kajian kes program inap desa di Semenanjung Malaysia
Dalam mendepani persekitaran luaran yang semakin mencabar, pelancongan luar bandar sewajarnya bertindak lebih proaktif dalam mengkomersialkan produk mereka agar dapat terus berdaya saing. Begitu juga program inap desa yang menawarkan produk pelancongan unik dilihat berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Namun, terdapat program inap desa yang mengalami kadar penurunan pelancong ekoran
kurangnya inovasi dalam teknik pemasaran. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menerokai impak pelaksanaan inovasi pemasaran terhadap prestasi program inap desa. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah penyelidikan kualitatif telah digunakan yang melibatkan temu bual secara bersemuka dengan penyelaras program inap desa. Lapan buah program inap desa di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Hasil temu bual ini dianalisis mengunakan teknik analisis kandungan. Kajian
mendapati inovasi pemasaran yang dilaksanakan meliputi tiga kategori iaitu penyertaan program komersial, jalinan usahaniaga agensi luar dan penggunaan medium digital. Inovasi tersebut telah memberi impak terhadap prestasi program inap desa dari aspek pertambahan penglibatan komuniti dan pencapaian anugerah homestay. Implikasinya, dapatan kajian ini menyumbang kepada perkembangan ilmu keusahawanan dengan menekankan kepentingan inovasi terutamanya inovasi pemasaran dan prestasi pelancongan luar bandar. Hasil kajian ini berguna kepada pemain industri sebagai panduan untuk meningkatkan teknik pemasaran yang lebih berkesan dalam usaha mengkomersialkan program inap desa ke peringkat global
Keupayaan pelaksanaan inovasi produk dalam program homestay di Semenanjung Malaysia
Inovasi merupakan aspek yang penting dalam sektor pelancongan. Persekitaran luaran yang semakin mencabar
mendorong sesebuah perniagaan untuk berinovasi supaya dapat terus berdaya saing. Program homestay merupakan
satu bentuk aktiviti pelancongan luar bandar yang mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi menyumbang
kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat. Namun, limitasi kesedaran pengusaha program homestay
terhadap kepentingan pelaksanaan inovasi boleh menyebabkan sebilangan program homestay tidak berdaya saing.
Kajian ini bertujuan untuk menkaji keupayaan pelaksanaan inovasi produk dan mengenal pasti faktor penentu yang
mempengaruhi inovasi tersebut dalam program homestay. Lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia
telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Temu bual bersemuka telah dijalankan
bersama penyelaras program homestay yang terlibat dan teknik analisis kandungan digunakan dalam analisis data.
Dapatan kajian menunjukkan inovasi produk yang paling ketara dilaksanakan ialah peningkatan kualiti penginapan,
keunikan pakej aktiviti desa dan perkembangan perusahaan industri kecil dan sederhana. Manakala empat faktor
penentu inovasi yang ditemui adalah orientasi pasaran, semangat keusahawanan, sokongan kerajaan dan pengetahuan.
Implikasi praktikal kajian ini adalah sumbangan data empirikal yang dapat digunakan oleh pihak industri sebagai
panduan untuk menaik taraf program homestay di Malaysia supaya lebih berdaya maju