11 research outputs found

    Pasukan debat UPM juara Pertandingan Debat Akinabalu 2019

    Get PDF
    BANGI – Pasukan debat UPM menjuarai Pertandingan Debat Akinabalu 2019, manakala pendebatnya Nurul Syamimi Zulkafle turut dipilih sebagai Pendebat Terbaik, pada pertandingan yang diadakan di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Penggunaan Bahasa Melayu pada papan nama premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu

    Get PDF
    Papan tanda premis perniagaan adalah papan tanda yang dipasang secara tetap oleh syarikat atau peniaga di sesebuah premis perniagaan yang bertujuan untuk memberitahu pengguna mengenai barang keluaran, pengeluaran, perniagaan tred, firma, organisasi, institusi ataupun maklumat lain yang dijalankan di premis tersebut. Namun begitu, terdapat kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan yang ditemui di tempattempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Justeru, kesalahan dan kecelaruan ini sewajarnya diterokai serta dikaji bagi mengenal pasti bentuk kesalahan, faktor-faktor berlakunya hal sedemikian dan menganalisis aspek kesalahan yang terdapat pada papan tanda tersebut. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk kesalahan penggunaan ejaan, membincangkan faktor-faktor kesalahan penggunaan ejaan, dan menganalisis aspek kesalahan penggunaan ejaan pada papan tanda atau iklan daripada segi struktur kata. Kajian ini menggunakan kaedah dan tatacara yang merangkumi pemilihan kawasan, pengutipan data di lapangan, penyaringan dan pengekodan data kajian, penganalisisan dan pentafsiran data

    Nilai murni dalam cerita Sang Kancil

    Get PDF
    Kajian ini memberi tumpuan terhadap nilai murni yang diterapkan dalam cerita Sang Kancil sebagai pembentuk nilai akhlak dalam kalangan kanak-kanak atau generasi muda. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian terhadap penerapan nilai murni dan pengajaran yang terdapa dalam cerita Sang Kancil dengan menggunakan Teori Kebaikan oleh Al-Ghazali.Hasil daripada kajian ini didapati bahawa cerita Sang Kancil sarat dengan nilai murni dan pengajaran yang telah digarapkan.Cerita Sang Kancil sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak di samping membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak sejak dari kecil lagi.Hal ini dapat membentuk dan menjadikan kanak-kanak yang mempunyai nilai akhlak dalam diri mereka agar tidak melakukkan perkara yang akan merosakkan diri mereka pada masa hadapan.Cerita Sang Kancil juga banyak memberikan pengajaran kepada masyarakat agar mengamalkan nilai murni. Oleh itu,nilai murni dalam setiap buku cerita kanak-kanak perlulah diterapkan untuk dijadikan sebagai tauladan.Cerita Sang Kancil juga selaras dengan Teori Kebaikan Al-Ghazali(Farabi,1961)

    Domain dan Bahasa Pilihan Tiga Generasi Etnik Bajau Sama Kota Belud

    Get PDF
    Etnik Bajau Sama merupakan etnik kedua terbesar di negeri Sabah. Kawasan petempatan utama etnik Bajau Sama di Sabah terletak di Kota Belud di Pantai Barat. Sebagai masyarakat yang dwibahasa, pilihan penggunaan bahasa masyarakat yang beragama Islam ini adalah berbeza-beza mengikut generasi dan domain yang berkemungkinan tidak berpihak kepada bahasa ibunda. Teori Analisis Domain (Fishman) diterapkan bagi mengkaji pilihan bahasa dalam domain khusus oleh peserta kajian dari Kampung Taun Gusi, Kota Belud, Sabah. Kaedah tinjauan dengan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada generasi pertama (GI), kedua (GII) dan ketiga (GIII). Nilai min bagi setiap kumpulan dlam domain kekeluargaan menunjukkan bahawa GI dan GII Lebih banyak menggunakan bahasa Bajau Sama manakala GIII lebih cenderung kepada bahasa Melayu. Dalam domain kejiranan, GI memilih bahasa Bajau Sama namun GII dan GIII masing-masing memilih BM. Walau bagaimanapun, dalam domain pendidikan, keagamaan, perkhidmatan dan jual beli, semua generasi memilih bahasa Melayu. Penemuan yang paling penting ialah generasi muda (GIII) kini sudah beralih kepada bahasa Melayu dalam domain kekeluargaan dan domain awam. Generasi ini bertindak sebagai pemangkin peralihan bahasa yang mendatangkan ancaman kepada daya hidup bahasa Bajau Sama, khususnya dalam domain tidak formal seperti kekeluargaan dan kejiranan. Dapatan ini menunjukkan adanya kemerosotan transmisi bahasa ibunda antara generasi dalam kalangan masyarakat etnik Bajau Sama

    Turutan ujaran pasangan berdampingan dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini

    Get PDF
    Program pengacaraan Wanita Hari Ini merupakan program bual bicara antara pengacara dan orang yang diwawancara yang berlangsung secara spontan dan tidak mempunyai skrip. Kebijaksanaan dan kecekapan pengacara serta orang yang diwawancara sepanjang program tersebut bersiaran dapat menarik perhatian khalayak untuk terus mengikuti program tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis turutan ujaran pasangan berdampingan antara pemeran dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini. Tumpuan kajian adalah terhadap skrip pengacaraan, iaitu tujuh topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga.Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan teori analisis perbualan oleh Heritage (1992). Hasil kajian menunjukkan terdapat 15 polaturutan ujaranpasangan berdampingan diadaptasikan dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian dalam bentuk tanya-jawab struktur isi program pengacaraan. Kepelbagaian pasangan berdampingan ini amat signifikan dalam mencapai tujuan sebenar sesebuah program pengacaraan seterusnya mewujudkan perbualan yang berkesan. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan bukan sahaja kepada pengacara dan orang yang diwawancara tetapi juga kepada khalayak yang meminati bidang penyiaran, khususnya dalam program pengacaraan

    Intrinsic and extrinsic motivation as extralinguistics factors in second language learning among foreign students in five universities of Malaysia

    Get PDF
    Research on the relationship of second language extralinguistic factors with Malay language achievement among foreign students at university in Malaysia is still deficient. Being aware of this fact, the researchers have conducted a study on dominant second language extralinguistic factors in learning a second language. Researchers are keen to study the motivation as one of the main factors in extralinguistic. As a continuation of these efforts, researchers are trying to analyze the most dominant factor in the intrinsic and extrinsic motivation in learning a second language. The sample consists of a group of foreign students from University Putra Malaysia, University Kebangsaan Malaysia, University Malaya, University Teknologi Malaysia, and University Sains Malaysia. The total of 150 samples was from 27 countries. The results of observations and field studies show that foreign students choose Question 5 as the dominant intrinsic motivation variable. When foreign students have a problem understanding something in their Malay language class, they always ask their teachers for help. This indicates that the level of their dependence on teachers is high. Meantime, for extrinsic motivation, the students choose Question 11 as the dominant variable in motivation. For foreign students, studying Malay language is important because they will be able to interact more easily with native speaker of Malay language. Overall, intrinsic motivation among foreign students is at the highest level compared to extrinsic motivation

    Advertising Language in Sinar Harian Newspaper

    Get PDF
    This study is an observation of the use of language in advertising language. This writing involves a study of the form of content analysis on selected advertisements. This study gives the main focus on the aspect of interpreting the meaning of advertisements using a languageadjusted approach by Kamaruddin (1995). This theory emphasizes the importance of context in the interpretation of the use of the Malay language ads involving all aspects of the circumstance of users and usage conditions. This reason to achieve advertising goals, advertisers do not emphasize grammatical aspects when building ad scripts. Therefore, user confusion will arise on the adjustable meaning of ad language that often uses implicit elements. In the construction of a language, its use by members of the community must be the main goal. A language that has been developed will not be meaningful if it has not been fully used by the members of the community who developed it (Asmah, 1988)

    Struktur perbualan dalam rancangan bual bicara

    Full text link
    Di Malaysia, rancangan bual bicara menjadi genre televisyen popular dan mendapat tempat penting dalam penjadualan televisyen. Rancangan bual bicara yang menyajikan maklumat berkisar hal rumah tangga menjadi kegemaran ramai khususnya dalam kalangan kaum wanita. Rancangan bual bicara Wanita Hari Ini bukan sahaja menyajikan rancangan yang menarik dan informatif bahkan juga berperanan dalam mendidik, mempengaruhi dan menghiburkan khalayak. Keteraturan ujaran oleh pengacara dan orang yang diwawancara dapat menarik perhatian khalayak untuk terus mengikuti rancangan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan membincangkan struktur perbualan yang terdapat dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini. Data kajian merupakan ujaran terpilih yang terdapat dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan Teori Analisis Perbualan (Heritage, 1992) diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur perbualan dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini terdiri daripada pembuka turutan, pasangan berdampingan, sisipan turutan, pra turutan, kecenderungan turutan, iaitu kecenderungan turutan yang disenangi serta ketidakcenderungan turutan yang tidak disenangi dan penutup perbualan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa perbualan yang berstruktur mewujudkan keteraturan dan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar sesebuah rancangan bual bicara. Kajian ini difikirkan amat bermanfaat sebagai panduan dan rujukan kepada khalayak yang terlibat dalam rancangan bual bicara agar dapat berbual dengan baik dan memahami akan apa-apa yang dibualkan

    Level of mastery in using verbs among form four full boarding schools students

    Full text link
    A branch of general linguistics that describes the rules or laws of a language is grammar. The combination of words to produce sounds and phrases is of two forms, namely morphology and syntax. Grammar mastery plays an important role in the Teaching and Learning (TnL) process and enables students to master it in the field of descriptive linguistics up to the sentence level. This study aims to examine the level of mastery in using verbs and analyze the mastery of using verbs among students. This research method uses a quantitative study design by analyzing the findings of grammar tests that have been distributed to students. Respondents involved were 100 Form Four full boarding secondary school students. The data of the study were analyzed using SPSS software assistance and analyzed using high, medium and low level determination of students marks. The data was collected from random sampling. The data was analyzed descriptively through mode score value, median score, frequency and percentage. By analyzing the findings, it indicated a level of mastery using verbs among students that can overcome the problem of using verbs. The findings revelaed that the level of mastery is at a high level. Therefore, this study shows that the level of verb mastery is potentially good and obtain a high measurement of verb mastery

    Application of rhetoric in the Malay-language scholarly books as a product marketing strategy

    Full text link
    Rhetoric in the writing of scholarly books published by publishers in public universities and government institutions or the Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) is a marketing strategy used upon the society, but is not known to the public. In fact, little academic research has been conducted on the book publishing industry in the country, even though this scholarly genre is proven to record specific expertise and fields to be shared, and at the same time needed by the community. Thus, this study aims to identify the type of rhetoric used in selected Malay-language scholarly books in connection with the marketing strategy practiced by MAPIM Publishers and analyze the use of rhetoric in selected Malay-language scholarly books by applying the Modern Rhetorical Theory (1993) by Enos and Brown. This study uses text analysis methods to analyze rhetoric in scholarly books. This study found three modes of rhetoric, which are, descriptive rhetoric, explosive rhetoric, and argumentative rhetoric have been well-used in the writing of Malay-language scholarly books as a strategy to disseminate knowledge through captivating language and also guarantee effective delivery of information. This is in line with the main objective of MAPIM to ensure that high-quality scholarly books can be offered as a product that meets the needs of the target group as the development of scholarship to the community
    corecore