3 research outputs found

    Kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antioksidan alginat daripada Sargassum sp.

    Get PDF
    Alginat merupakan polisakarida berstruktur anionik yang terdapat dalam matriks alga perang dan lazimnya digunakan sebagai agen penggelan, pengemulsi dan penstabil dalam industri makanan. Objektif utama kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fizikokimia alginat. Dalam kajian ini, alginat telah diekstrak daripada Sargassum sp. dengan menggunakan dua kaedah pemendakan yang berbeza iaitu melalui pemendakan dengan garam kalsium dan asid (sampel A) dan juga pemendakan dengan asid dan etanol (sampel B). Analisis ATR-FTIR telah mengesahkan kehadiran alginat dalam kedua-dua ekstrak Sargassum sp. Hasil pengekstrakan alginat bagi sampel A dan sampel B masing-masing adalah 28.16% dan 18.24%. Ciri fizikokimia yang diuji ialah warna, kelikatan, aktiviti penggelan dan kuasa pemerangkapan radikal bebas DPPH dan dibandingkan dengan alginat komersial (Sigma-Aldrich). Alginat yang terhasil adalah berwarna kuning kecoklatan dan mempunyai kelikatan pseudoplastik dengan penipisan ricih. Aktiviti penggelan kedua-dua sampel (A & B) adalah berbeza secara signifikan, (p<0.05) dengan alginat komersial. Kuasa pemerangkapan radikal bebas DPPH sampel A adalah lebih tinggi berbanding alginat komersial (20.10 ±3.84 & 11.89 ±3.12). Secara keseluruhan, kaedah pemendakan sampel A adalah lebih baik berbanding sampel B disebabkan oleh hasil alginat yang tinggi, aktiviti antioksidan yang tinggi dan ciri fizikokimia yang hampir setanding dengan alginat komersial

    Penyahbauan fukoidan dan kesannya terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antipengoksidaan

    Get PDF
    Fukoidan adalah sejenis polisakarida bioaktif yang terdiri daripada fukosa, sulfat dan asid uronik. Fukoidan mempunyai bau hanyir menyebabkan aplikasi dalam produk makanan menjadi sukar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menyahbau hanyir fukoidan yang diekstrak daripada Sargassum sp. (Fsar) dan mengkaji kesan penyahbauan terhadap ciri-ciri fizikokimia dan aktiviti antipengoksidannya. Fsar dinyahbau dengan menggunakan butiran karbon teraktif (Fkar), kaedah pengewapan haba (Fwap) dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut (Fkw). Keberkesanan penyahbauan dikenal pasti melalui penilaian sensori (ujian deskriptif kuantitatif) bagi menilai persepsi bau fukoidan yang telah dinyahbau. Ciri fizikokimia iaitu ketulenan, warna dan nilai pH, manakala aktiviti antipengoksidaan ditentukan melalui ujian pemerangkapan radikal bebas (DPPH), aktiviti pemerangkapan superoksida anion (SOA) dan pemerangkapan radikal hidroksil (•OH). Kaedah penyahbauan Fkar menunjukkan nilai keamatan bau hanyir yang paling rendah dan tahap penerimaan keseluruhan yang paling tinggi. Ketulenan Fkar tidak berbeza secara bererti (p>0.05) berbanding Fsar, manakala ketulenan Fwap dan Fkw menurun secara signifikan berbanding Fsar. Keempat-empat sampel fukoidan (Fsar, Fkar, Fwap, Fkw) menunjukkan warna dan nilai pH berbeza secara signifikan (p0.05) terhadap kesan antipengoksidaan oleh kempat-empat sampel fukoidan selepas penyahbauan (Fsar, Fkar, Fwap, Fkw). Pada keseluruhannya, kaedah penyahbauan menggunakan karbon teraktif (Fkar) didapati berpotensi kerana keberkesanan dan tidak menyebabkan perubahan signifikan pada ketulenan dan aktiviti antipengoksidaan fukoidan

    Monosaccharide profile and antioxidant activities of sulphated polysaccharide extracted from Indonesian brown seaweed (Sargassum sp.)

    Get PDF
    This research was conducted to determine the monosaccharide profile and antioxidant activities of the sulphated polysaccharide fucoidan, extracted from Sargassum sp. harvested in Batam, Indonesia. Crude fucoidan (Fsar) was extracted using low pH (pH 2) acid method, obtaining a yield of 5.5% (w/w), and the chemical properties of Fsar were subsequently compared to commercial fucoidan (Fcomm), obtained from Japan. Sulphate contents were determined using spectrophotometric analysis, where Fsar (5.21±0.35%) and Fcomm (8.80±0.19%) differed significantly (p<0.05). Monosaccharide profiling was performed using methanolysis and gas chromatography-flame ionisation detector (GC-FID). Fsar contained fucose (138.34 µg/g), 4-O-methyl-glucuronic acid (105.39 µg/g), galactose (70.49 µg/g) and glucuronic acid (30.60 µg/g) while Fcomm contained fucose (520 µg/g) and glucuronic acid (62.93 µg/g) as its main composition. Antioxidant activities were analysed through 2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH), superoxide anion (SOA) and hydroxyl radical (·OH) scavenging activities. DPPH scavenging activity of Fsar (40.67±4.0%) was significantly higher (p<0.05) than Fcomm (10.11±1.0%), while SOA and ·OH scavenging activities showed no significant difference (p>0.05) between Fsar and Fcomm. Fsar showed significant differences (p<0.05) in chemical properties and DPPH scavenging activities compared to that of Fcomm. Fucoidan from Southeast Asia waters has the potential for application as functional ingredients
    corecore