37 research outputs found
Akhbar versi digital: implikasi terhadap trend sirkulasi akhbar bercetak di Malaysia
Kemerosotan jualan akhbar bercetak yang berlaku sejak tahun 2013 telah membangkitkan persoalan tentang hala tuju industri penerbitan akhbar negara ini. Akhbar New Straits Times mencatatkan purata kejatuhan terbesar sebanyak 32.4 peratus kepada 37,885 naskhah sehari, diikuti dengan Harian Metro sebanyak 25 peratus kepada 342,689 naskhah. Walau bagaimanapun, dalam laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia 2014 (ABC Malaysia 2014) menunjukkan, akhbar berkonsepkan digital atau e-paper- Utusan Malaysia mencatatkan lonjakan langganan 60 peratus kepada 204,302 naskhah, manakala akhbar digital The Star dan Sunday Star E-Paper menokok 64 peratus dengan langganan sebanyak 81,367 and 81,498 setiap satu. Maka, persoalan yang timbul disini adakah peningkatan trend pembacaan akhbar versi digital ini secara perlahan-lahan bakal mengancam sirkulasi akhbar bercetak dalam negara ini? Justeru, kertas ini akan mengkaji trend perolehan akhbar utama tempatan dalam talian ini khususnya dalam konteks langganan serta hubung kaitnya dengan trend sirkulasi akhbar bercetak. Hasil analisis data sekunder yang diperolehi daripada ABC Malaysia menunjukkan, jumlah sirkulasi akhbar Berita Harian, The Star dan New Sunday Times dalam talian menunjukkan pertumbuhan berganda melebihi 100 peratus setiap enam bulan, manakala pertumbuhan sirkulasi akhbar bercetak juga mencatatkan penurunan sekitar 10 hingga 33 peratus khususnya sekitar tahun 2013 dan 2014. Maka, jelas disini menunjukkan bahawa pertumbuhan pantas akhbar versi digital dalam negara ini sejak beberapa tahun lalu tidak memberi kesan signifikan kepada trend pendapatan sirkulasi akhbar bercetak. Trend perolehan
sirkulasi akhbar bercetak ini lebih dipengaruhi oleh isu-isu semasa
yang diketengahkan sepanjang tempoh tersebut
Power, dominance and homosocial solidarity in young men’s cyber talk
Men and women speak differently as their linguistic behavior reflects their gender identity and signifies their position in the society. This article discusses the conversational style of men in the online communication environment, using the Kiesling’s framework of men’s language. A documentation of naturally occurring conversations on Facebook was made over a 12-month period whereby data is categorized and analysed using Content Analysis, WordSmith Tools 5.0 and MS Word Advanced Find Function. Purposive sampling was employed in selecting the participants. The sample consisted of 60 males and 60 females to allow for comparison. Language produced by the male participants, however, remained as the central issue of the analysis as well as discussion. If Kiesling’s framework discusses men’s language from the western sociocultural perspectives, findings of the present research indicated a list of variables of men’s discourse in the specific context of the Malaysian online communication environment. Apart from that, the findings have demonstrated some culturally-embedded elements of power, dominance, and homosocial solidarity as well as a strong use of masculine speech forms in this specific context of male’s interaction. Finally, the findings have also suggested some significant aspects of men’s discourse in the specific context of the Malaysian online communication environment
Motives of sharing fake news and effects on mental health of social media users: a meta-analysis
After the outbreak of COVID-19, the world faced various economic, health, and social challenges alongside terror from fake news and posts on social media. There has been a significant impact from the spread and sharing of fake news on the mental health of social media users. Henceforth, this study examined this issue within the context of uses and gratification theory. In doing so, the study performed a meta-analysis using cross-sectional studies regarding social media usage and the association between use and gratification among social media users. Fifteen articles from 2010 to 2020 were retrieved and finalised through strict selection criteria from Google Scholar, PubMed, and Web of Science. A random effect model was deployed to estimate the uses and gratification achieved from social media usage and the motivation behind sharing specific posts. The selected articles suggested a positive and significant role of the uses and gratification perspective in motivating users to select specific social media platforms to create and share posts. It was also identified that gratification can result from the performance of both positive and negative actions on social media by social media users. This study offers new insights into social media usage from the uses and gratification perspective during health crises, shedding light on its impact on fake news dissemination and suggesting practical algorithmic control measures
Analisis berita kempen calon pilihanraya Presiden Donald Trump: kajian terhadap Utusan Malaysia Online dan Astro Awani Online
Kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat telah mengundang perhatian banyak organisasi media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan. Setiap berita dan kenyataan yang melibatkan calon dari Parti Republikan, Donald Trump dilihat banyak mengetengahkan isu-isu kontroversi yang berjaya mencuri perhatian media. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk kandungan berita dalam dua buah media berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia Online dan Astro Awani Online sepanjang tempoh bermula November 2015 sehingga November 2016. Teori Penetapan Agenda digunakan dalam kajian ini bagi melihat bagaimanakah bentuk agenda agensi berita yang dikaji. Metodologi yang digunakan adalah kaedah analisis kandungan kuantitatif serta kualitatif bagi menganalisis kekerapan berita yang diterbitkan serta menganalisis mesej atau bentuk teks berita secara mendalam. Hasil kajian ini mendapati bahawa berita yang disiarkan dalam Astro Awani Online banyak mengetengahkan berita yang berunsur mengkritik calon Republican ini. Manakala akhbar Utusan Malaysia Online pula banyak melaporkan agenda awam seperti mengetengahkan pendapat orang ramai terhadap kempen ini. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan kedua-dua akhbar di Malaysia ini menetapkan agenda berbeza terhadap isu-isu yang diketengahkan walaupun kedua-dua agensi berita ini dimiliki oleh parti politik pro kerajaan
Pembingkaian isu liberalisme agama dalam portal berita di Malaysia
Isu liberalisme agama sering menjadi perhatian akhbar di Malaysia terutamanya apabila
menyentuh kedudukan Islam dalam perlembagaan. Kajian ini memfokuskan kepada
liberalisme agama yang dibawa oleh G25 yang mengkritik Undang-undang Khalwat sebagai
menceroboh peribadi orang awam. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
bagaimana Malaysiakini, Utusan Online dan Sinar Online melaporkan berita liberalisme
agam. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat bentuk pembingkaian daripada penonjolan dan
pemilihan isu yang dilakukan oleh ketiga-tiga portal tersebut sebagai maklumat yang perlu
diketahui oleh khalayak. Sebanyak 85 artikel dari ketiga-tiga portal telah dikumpulkan (mulai
1 November 2015 hingga 31 Januari 2016) dengan memberi tumpuan kepada isu pemansuhan
undang-undang khalwat oleh G25. Hasil kajian mendapati bahawa tidak timbul isu
mempolitikkan agama dalam kes liberalisme agama G25. Hasil kajian mendapati, Utusan
Online dan Sinar Online mempertahankan Islam bersandarkan kepada perlembagaan
walaupun mempunyai latar belakang pemilikan media yang berbeza. Selain itu kajian ini juga
memberikan definisi istilah liberalisme agama yang diterjemahkan media sebagai sesuatu
usaha yang berkaitan dengan meminggirkan agama, tidak suka hidup beragama dan menolak
undang-undang yang mengongkong hak asasi dan kebebasan manusia. Pemilihan dan
penonjolan yang dibuat media dalam isu ini menjadikan konsep liberalisme itu difahami
sebagai mendatangkan bahaya kepada umat Islam. Menerusi analisis pembingkaian, dapat
dilihat dengan jelas apa yang ada dalam pemikiran pengamal media. Sama ada berita yang
diterbitkan itu bertujuan untuk memberitahu, sekadar melaporkan atau mencetuskan
kontroversi
Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas.com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model Entman (1993) bingkai empat fungsi iaitu pendefinisian masalah, penyebab masalah, penilaian moral, dan penyelesaian masalah serta temu bual mendalam telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian ini. Pada aspek analisis kandungan diperolehi dapatan yang berbeza iaitu Kompas.com bersifatkan dinamik, kontemporari, dan lebih kepada konsep kewartawanan perang berbanding kewartawanan damai dan neutral, manakala Utusan Online bersifatkan normatif, tradisional, dan berkonsep kewartawanan damai dan neutral berbanding perang. Pada proses pembingkaian, Kompas.com dan Utusan Online bersandarkan kepada nasionalisme sebagai elemen terpenting dalam membina bingkai berita persempadanan. Manakala faktor-faktor pengaruh, pembingkaian berita persempadanan oleh Kompas.com dan Utusan Online dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi nilai berita, nasionalisme, pengamalan kewartawanan bermakna, penentuan agenda media, kawalan media kepada pemerintah, kepemilikan media, falsafah dan asas media, reaksi balik terhadap media luar, dan kefahaman individual wartawan. Faktor luaran merangkumi minat pembaca, sistem media, norma dan kaedah kewartawanan, sejarah Indonesia-Malaysia, komersialisasi, propaganda dan kumpulan berkepentingan, sentimen anti-Malaysia, agensi berita asing, kepentingan rakyat dan negara,
dan politik dalaman negara. Sumbangan kajian ini ada pada
kewujudan aspek nasionalisme sebagai elemen penting dalam
melaporkan berita yang membabitkan negara. Dari segi penilaian
moral, nasionalisme antara tumpuan yang paling dominan dalam
kandungan berita. Pada faktor pengaruh, aspek nasionalisme juga
berperanan penting ke atas penyusunan sesebuah berita. Oleh itu,
kajian ini memberi implikasi bahawa nasionalisme sememangnya
sukar dielakkan dalam membina berita persempadanan antara
Indonesia dan Malaysia. Meskipun kaedah etika kewartawanan
berteraskan objektiviti, namun subjektiviti wartawan tetap wujud
dalam menyusun berita-berita yang melibatkan negara. Subjektiviti
itu terbentuk dalam semangat nasionalisme
Pembingkaian berita Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia oleh Kompas dan Republika
Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang berlangsung di Malaysia pada 5 Mei 2013 lalu menjadi titik
penting kepada perkembangan demokrasi sihat dalam negara ini. Pada masa yang sama, kejayaan parti
Barisan Nasional (BN) mengekalkan tampuk pemerintahan telah banyak mendapat liputan media
antarabangsa kerana menganggap PRU 13 kali ini sebagai sangat sengit dan mendebarkan. Maka,
kajian ini dijalankan bagi mengetahui kandungan dan pembingkaian Pilihan Raya Umum Ke-13
Malaysia dalam akhbar Kompas dan Republika. Kajiannya cuba mengungkap kecondongan dan
pembinaan bingkai berita kedua-dua akhbar Indonesia tersebut ke atas PRU Malaysia dengan
mengguna pakai analisis kandungan kualitatif berpadukan model bingkai Gamson & Modigliani
(1989). Hasilnya, Kompas dan Republika memandang PRU Malaysia sebagai peristiwa bagi
kepentingan hubungan Indonesia dan Malaysia. Oleh itu, Kompas mahupun Republika menumpukan
ruang cukup besar kepada PRU Malaysia melalui peletakan berita sebagai berita utama dan frekuensi
berita yang berterusan sebelum dan sesudah hari pengundian. Kompas bahkan mengirim wartawannya
ke Kuala Lumpur kerana PRU Malaysia sangat penting bagi Indonesia. Manakala pembingkaian
berita, hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua akhbar ini memihak kepada salah satu calon dan
parti tertentu
Peranan perekonomian media dalam survival penerbitan akhbar berbahasa Melayu di Malaysia
Dominasi surat khabar berbahasa Melayu versi bercetak sebagai medium penyalur maklumat, mulai tergugat akibat kebangkitan teknologi maklumat yang telah merubah cara pembaca mengguna dan mengakses berita. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk memahami punca dan kesan kemerosotan trend sirkulasi dan perbelanjaan iklan, dan bagi menjawab persoalan ini, kajian ini telah menggunakan dua metodologi kajian iaitu analisis kandungan terhadap trend sirkulasi dan trend perbelanjaan iklan serta temu bual mendalam bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya. Kajian ini menggunakan Model The Three Legs of A Stool oleh Daly, Henry dan Ryder (1997) sebagai panduan kajian. Hasil kajian mendapati kemerosotan ini bukan sahaja berpunca daripada faktor persekitaran luaran yang sukar dikawal seperti perkembangan teknologi komunikasi, ekonomi mahupun politik sesebuah negara, tetapi turut dipengaruhi faktor dalaman akhbar dan syarikat akhbar yang secara tidak langsung telah membentuk persepsi pembaca dan pengiklan terhadap kredibiliti serta kualiti yang dimiliki sesebuah akhbar. Kajian ini diharap dapat membantu pemain industri akhbar untuk merangka strategi baharu dalam memperkasa peranan dan kewujudannya agar sentiasa relevan dan mampu memenuhi ekspektasi pembaca dan juga pengiklan
Covering Covid-19 pandemic on short video platforms in China: a content analysis of Douyin accounts of people's daily and China daily
As a new form of social media, short videos have been deeply seated in Chinese life. In order to expand their influence, China's mainstream media also opened accounts on short video platforms, especially during the Covid-19 pandemic. They use short video platforms to report news, which play a key role in guiding public opinion and stabilising people's hearts. Based on the pandemic coverage of two of China's representative media, People's Daily and China Daily on Douyin platform, content analysis method is used to analyse the reporting frequency, video length, reporting content, reporting tendency, and user engagement, and compare the similarities and differences between the two media in the above five aspects. It was found that in terms of reporting frequency, the development trend of the two media is different, but they post roughly the same number of videos per day on average, and the number of videos released during the pandemic is higher than usual. In terms of video length, most of the videos of the two media are produced in a duration of one minute. China Daily produced more long videos than People's Daily. In terms of the reporting content, the two media are involved in 11 constructed categories, but the top four categories are different because of the different position. About the reporting tendency, People's Daily has strong subjective emotion, and China Daily reported more neutral news. As for user engagement, People's Daily did better in likes, comments and shares, although both posted more likes, comments and shares than usual during the pandemic
Peranan visual instagram dalam meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat
Instagram merupakan platform media sosial yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mudah dan berkesan bagi menyampaikan mesej berbentuk visual. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan visual berubah mengikut perkembangannya. Informasi yang disampaikan bergantung kepada penggunaan visual yang digunakan oleh penyampainya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia yang banyak melakukan pelbagai usaha bagi memastikan masyarakat Malaysia sedar akan kepentingan kesihatan dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat. Antara kaedah yang digunakan oleh pihak KKM bagi memberi penerangan kesihatan adalah dengan berkongsi maklumat kesihatan di akaun rasmi Instagram KKM menerusi posting visual berbentuk informasi kesihatan. Antara visual yang digunakan adalah ilustrasi, fotografi dan juga infografik. Pendekatan kajian adalah dengan menggunakan analisis kandungan bagi melihat tiga jenis visual ilustrasi, fotografi dan infografik yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam akaun rasmi Instagramnya. Penilaian dilakukan oleh dua orang pakar daripada industri yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun. Penilaian jenis visual yang digunakan dalam posting Instagram KKM adalah dari tahun 2015 hingga tahun 2018. Dapatan kajian mendapati penggunaan visual yang sering digunakan oleh KKM bagi tujuan kesedaran kesihatan adalah visual infografik dan ia menunjukkan peningkatan penggunaannya pada setiap tahun berbanding dengan visual ilustrasi dan fotografi