5 research outputs found
Tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan ibu muda
Pengenalan
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Acquired Immuno
Deficiency Syndrome (AIDS) adalah berpunca daripada jangkitan Human
Immunodeficiency Virus (HIV) dan merupakan penyakit dengan morbiditi
dan mortaliti yang tinggi. Ibu muda adalah sub-populasi yang berisiko tinggi
untuk memperoleh HIV melalui aktiviti seksual. Maklumat mengenai tahap
pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan ibu muda di Malaysia
mengenai pencegahan HIV/AIDS adalah masih terhad. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan
terhadap pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan ibu muda serta faktor-faktor
yang mempengaruhinya.
Kaedah
Satu kajian keratan rentas telah dijalankan di sebuah hospital tertiari di pusat
bandar dalam kalangan seramai 147 orang ibu muda yang berusia 18-30
tahun dan mendapatkan rawatan di Post Natal dan Wad Obstetrik dan
Ginekologi (O&G). Pengumpulan data telah dijalankan pada bulan AprilNovember
2014 dan pemilihan responden adalah berdasarkan persampelan
rawak mudah. Soalselidik yang mengandungi instrumen-instrumen yang
telah divalidasi digunakan di dalam kajian ini. Kelulusan untuk menjalankan
kajian ini telah diperoleh dari Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM
sebelum prosedur pengumpulan data dilaksanakan.
Keputusan
Majoriti daripada ibu muda mempunyai pengetahuan (78.8%) dan amalan
(71.2%) yang baik terhadap pencegahan HIV/AIDS. Lebih separuh (56.7%)
daripada mereka mempunyai sikap yang positif terhadap pencegahan
HIV/AIDS. Hasil kajian mendapati, status perkahwinan dan kawasan tempat
tinggal ibu muda adalah berkait rapat dengan pengetahuan yang baik dan
sikap yang positif terhadap pencegahan HIV/AIDS. Manakala dari segi
amalan pula, ibu muda yang berkahwin dan berumur 5 tahun lebih tua
mempunyai keberangkalian tiga kali ganda untuk mempunyai amalan yang
baik terhadap pencegahan HIV/AIDS berbanding dengan ibu yang 5 tahun
lebih muda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, tahap pengetahuan, sikap dan amalan serta faktor yang
berkaitan dengan pencegahan HIV/AIDS boleh dijadikan sebagai garis
panduan untuk merancang program kesihatan di masa akan datang dalam
usaha mencegah HIV/AIDS di kalangan golongan ibu muda yang tidak
berkahwin bagi memastikan program pencegahan dapat dilaksanakan secara
efektif khususnya dalam meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan serta
faktor yang berkaitan bagi membantu pencegahan HIV/AIDS di negara ini
Faktor-Faktor yang mempengaruhi persepsi ibu terhadap kanak-kanak dengan kecacatan klef
Introduction
A study was conducted to determine the level of mothers' perception on children with cleft deformity and its associated factors
Methods
This was a cross sectional study involving 110 mothers with children attending the Plastic And Reconstructive Surgery Clinic. Data was gathered from a face to face interview based on a questionnaire that assesses the level of perception and its associated factors. The level of perception was evaluated from a scoring method and divided into four domains namely psychosocial, care management, treatment and education.
Results
The level of perception was high in all four domains ranged from 62% for treatment and 80% for education. Factors that were significantly associated with the level of perception were ethnicity, religion, type of cleft deformity and level of information.
Conclusions
Information regarding cleft deformity must be tailored toward mothers’ personal characteristics and type of cleft deformity to improve mothers' perception on this problem
Gelagat perbelanjaan golongan isi rumah b40 terhadap produk kesihatan semula jadi: pemerhatian awal di perumahan awam Sri Kota, Cheras
Produk kesihatan semula jadi merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia seperti kosmetik, wangian, makanan, suplemen mahupun ubat-ubatan yang berasaskan produk semula jadi yang dianggap berkesan dan selamat. Trend penggunaan produk kesihatan semula jadi semakin meningkat terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19 yang mana pengguna semakin sedar dan prihatin kepentingan suplemen kesihatan agar kehidupan lebih sihat dan sejahtera. Kajian ini merupakan pemerhatian awal gelagat perbelanjaan golongan isi rumah B40 terhadap produk kesihatan semula jadi di kawasan Perumahan Awam Flat Sri Kota, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai enam orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjalani sesi temu bual. Hasil daripada sesi temu bual dianalisis dengan mengeluarkan tema-tema yang menunjukkan faktor yang mempengaruhi pembelian pengguna terhadap produk kesihatan semula jadi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi keputusan perbelanjaan golongan isi
rumah B40 iaitu harga barang itu sendiri, pendapatan, harga barang lain, cita rasa, fesyen atau trend masa kini, maklumat barangan dan peraturan atau undang-undang kerajaan. Hasil daripada pemerhatian awal ini dapat dijadikan sebagai panduan dan asas kepada penyelidikan yang berkaitan
Impak program komuniti: ‘rakyat sihat, inspirasi negara’
Penyakit tidak berjangkit termasuk hipertensi, diabetes dan penyakit jantung merupakan penyakit kronik yang menjadi punca utama morbiditi dan mortaliti serta menimbulkan cabaran penting kepada sistem penjagaan kesihatan. Pengetahuan tentang faktor risiko dan komplikasi penyakit ini penting dalam menggalakkan amalan gaya hidup yang positif. Aktivti pencegahan menerusi pendidikan individu atau berkumpulan untuk meningkatkan tahap pengetahuan adalah aspek penting yang sewajarnya diberi perhatian. Kajian rintis berbentuk program komuniti ini bertujuan
meningkatkan tahap pengetahunan mengenai gejala dan komplikasi tiga penyakit tidak berjangkit utama iaitu hipertensi/tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung dalam kalangan komuniti di sebuah kawasan perumahan awam. Seramai 40 orang penghuni telah terlibat di dalam program ini. Aktiviti program komuniti ini berdasarkan adaptasi daripada modul yang telah dibina dengan sedikit ubahsuai untuk menepati peserta sasaran. Modul yang terlibat adalah ‘Modul Status Kesihatan, Kualiti dan Keperluan Hidup di Kalangan Wanita B40 di Malaysia’. Satu set borang soal selidik digunakan untuk pengumpulan data iaitu: i) sosiodemografi ii) penilaian impak program dan iii) penilaian proses program. Seramai 36 peserta menjawab soalan pra-program dan 33 peserta menjawab soalan pasca-program. Bagi penilaian impak, daripada 17 soalan, terdapat peningkatan peratusan (64.5%) peserta yang menjawab soalan dengan betul. Untuk penilaian proses, item “secara keseluruhannya, program ini adalah berjaya dan bermanfaat” mendapat min skor tertinggi [4.91 (sp 0.29)]. Terdapat peningkatan tahap pengetahuan tehadap gejala dan komplikasi tiga penyakit berjangkit utama ini. Peserta berpuashati dengan proses pelaksanaan program. Dapatan kajian rintis ini boleh menjadi asas untuk membentuk strategi program komuntiti yang lebih komprehensif di masa hadapan
Penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat: pemerhatian awal dalam kalangan penduduk perumahan awam Sri Kota, Cheras
Pasca pandemik penggunaan produk kesihatan semulajadi semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, dan juga di Malaysia. Terdapat beberapa tujuan penggunaan produk kesihatan berasaskan bahan semulajadi oleh pengguna iaitu untuk merawat penyakit, mengawal simptom penyakit, mencegah penyakit dan untuk kesihatan umum. Seringkali penggunaan produk kesihatan semulajadi ini merupakan keputusan peribadi pengguna, dan sukar dipantau. Justeru itu, penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat merupakan satu aspek yang penting untuk ditangani. Kesedaran dan pengetahuan pengguna perlu dipertingkatkan supaya keselamatan pengguna dapat dijaga. Kajian ini merupakan pemerhatian awal di
Perumahan Awam Sri Kota, Cheras, dimana seramai 32 orang penduduk ditemubual secara ringkas untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat. Terdapat lima (5) soalan ringkas ditanya untuk mendapatkan maklumat mengenai i) elemen produk yang disemak sebelum membuat pembelian produk, ii) individu yang dirujuk dalam penggunaan produk, iii) Faktor pemilihan/penggunaan produk, iv) logo yang dilihat pada produk dan v) pendaftaran produk melalui Quest 3+. Daripada kelima-lima soalan ini, didapati bahawa majoriti ahli komuniti yang ditemubual di Perumahan Awan Sri Kota, Cheras mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana rendah mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat. Oleh yang demikian, inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat perlu dipergiat melalui pelbagai pendekatan agar masyarakat menjadi pengguna produk kesihatan yang bermaklumat dan selamat