1 research outputs found
Potensi perisian 'Microsoft Projek' di dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan
Setiap bangunan amat penting untuk mempunyai
sistem penyelenggaraan yang berkualiti tinggi.
Pengetahuan tentang kecacatan bangunan dan
penyelenggaraan perlu diketahui.Pada masa ini
bidang penyelenggaraan bangunan adalah salah
satu daripada industri yang penting dan telah
dikuatkuasakan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Malaysia.Secara teorinya jika sesebuah bangunan telah diselenggara dengan baik, kecacatan tidak akan berlaku.
Walaubagaimanapun, struktur dan kekemasan
bangunan perlu di buat pemeriksaan secara
berkala dan setiap kecacatan perlu diambil
tindakan dan tentukan cara ia boleh dielakkan dari berlaku lagi.Dalam masa yang sama jadual
penyelenggaraan boleh disusun secara berkala dan semua kerja pembaikan dan penyiasatan kecacatan boleh disimpan dan direkod untuk rujukan masa depan.Kebanyakkan bangunan telah mempunyai pasukan dan sistem penyelenggaraan sendiri.Walau begitu sepatutnya setiap bangunan perlu mempunyai prosedur laporan yang seragam dalam penyelenggaraan bangunan. Sesetengah syarikat telah ada sistem pencegahan penyelenggaraan sendiri dan sesetengahnya pula telah ada sistem kawalan penyelenggaraan yang baik.Prosedur laporan yang seragam bagi kerja sivil dan awam dalam penyelenggaraan bangunan amat penting dalam penyelenggaraan bangunan.Bagi memudahkan kerja – kerja dijalankan satu perisian telah digunakan iaitu Microsof Project dalam
menyediakan penjadualan kerja