25 research outputs found

    Maklumat Covid-19 dan persepsi pengguna

    Get PDF
    Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap maklumat Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis faktor terhadap 634 sampel pengguna di Lembah Klang, Malaysia. Didapati pengguna kerap menggunakan maklumat Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan Covid-19, terutama menerusi media sosial iaitu Telegram, Facebook dan Twitter. Tindakan agensi kerajaan terbabit yang segera menafikan berita palsu terbukti dapat meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap maklumat yang diberikan. Di samping itu, maklumat Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan terbabit juga telah berjaya mempengaruhi gelagat masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Namun, maklumat bergambar dilihat lebih difahami berbanding bentuk maklumat yang lain. Justeru, maklumat Covid-19 wajar disebarkan oleh agensi kerajaan memandangkan ia perlu digunakan oleh semua ahli masyarakat

    Impak hasil berasaskan petroleum terhadap perbelanjaan awam di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan hasil cukai dan bukan cukai daripada sumber asli petroleum terhadap perbelanjaan kerajaan persekutuan (perbelanjaan awam). Kaedah ekonometrik siri masa iaitu pendekatan Autoregressive Distributed Lag (ARDL) digunakan untuk mengkaji impak hasil petroleum tersebut terhadap perbelanjaan awam. Dapatan kajian menunjukkan cukai pendapatan petroleum, hasil daripada dividen PETRONAS dan hasil cukai bukan petroleum signifikan mempengaruhi belanja awam secara positif dalam jangka panjang. Penemuan kajian ini mencerminkan wujudnya keperluan kepada kerajaan persekutuan di Malaysia untuk memperkukuhkan lagi asas kutipan cukai terutama daripada hasil cukai yang bukan berasaskan sumber asli bagi mengurangkan kebergantungan pembiayaan perbelanjaan awam menerusi hutang awam

    Persepsi pelajar FEP terhadap perkhidmatan bas UKM

    Get PDF
    Kewujudan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menuju ke arah pembelajaran di luar kelas telah mengubah corak penggunaan pengangkutan oleh pelajar. Keperluan pelajar dalam memenuhi tuntutan aktiviti kokurikulum, kuliah di samping aktiviti berdasarkan penilaian bukan peperiksaan telah membawa kepada permintaan tinggi terhadap pengangkutan awam yang lebih fleksibel dan efisien. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar menggunakan pengangkutan bas yang disediakan oleh pihak universiti. Kajian ini melibatkan 150 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif dan faktor analisis. Dapatan kajian menggunakan kaedah faktor analisis mendapati empat (4) komponen faktor penting yang mempengaruhi permintaan pelajar iaitu “kualiti perkhidmatan”,“kepuasan dan positif”, “sukar diharapkan” (unreliable) dan “ride-hailing”

    PENAWARAN MAKANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL OLEH WANITA B40 ((Food Supply Through Social Media by B40 Women))

    Get PDF
    ABSTRAK Penularan global pandemik Covid-19 sebenarnya telah menggalakkan aktiviti perniagaan dilakukan secara dalam talian. Malah, didapati wanita dari kumpulan B40 juga turut terlibat secara aktif dengan penjualan makanan menerusi media sosial untuk menjana pendapatan bagi menampung kehidupan seharian. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana wanita B40 menggunakan media sosial untuk menjual makanan di Lembah Klang. Menerusi aplikasi analisis faktor, didapati wanita B40 memilih untuk menjual makanan melalui media sosial kerana pemasaran yang tidak terhad, lebih fleksibel dan kurang risiko. Malah, mereka menggunakan lebih dari satu nombor telefon untuk menguruskan akaun media sosial tersebut bagi tujuan perniagaan. Dalam masa yang sama, mereka juga ada mendapatkan nasihat daripada role model yang telah berjaya dan bantuan kewangan daripada kerajaan mampu mempengaruhi kejayaan perniagaan mereka.   Kata Kunci: Penawaran makanan, media sosial, wanita, analisis faktor, Lembah Klang  ABSTRACT The global transmission of the Covid-19 pandemic has actually encouraged business activities to be done online. In fact, it was found that women from the B40 group are also actively involved in selling food through social media to generate income in order to cover their daily lives. Therefore, this study aims to identify factors that influence B40 women doing food business through social media in the Klang Valley. Through the application of factor analysis, it was found that B40 women chose to sell food through social media because of unlimited marketing, more flexibility and less risk. In fact, they use more than one phone number to manage the social media account for business purposes. At the same time, they also seek advice from role models who have been successful and financial assistance from the government can influence their business success. Keywords: Food supply, social media, woman, factor analysis, Klang Valle

    Perbelanjaan Awam dan Pertumbuhan Ekonomi: Bukti Empirik daripada Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Kertas ini bertujuan mengkaji hubungan antara perbelanjaan awam dengan pertumbuhan ekonomi di peringkat kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia. Beberapa pemboleh ubah yang lain seperti hasil cukai, imbangan fiskal, dan jumlah populasi penduduk juga diambil kira dalam menganggar model persamaan. Kajian ini mengaplikasi ujian kointegrasi Johansen untuk menganalisis hubungan jangka panjang (kointegrasi) dan model vektor pembetulan ralat (VECM) untuk menentukan arah sebab-menyebab dalam jangka pendek dan jangka panjang dalam kalangan pemboleh ubah kajian. Keputusan kajian menunjukkan; pertama, tidak wujud hubungan jangka panjang antara output negeri dengan belanja awam di negeri Selangor. Kedua, di negeri Pahang dan Melaka wujud hubungan sebab-menyebab dua hala dalam jangka panjang antara output negeri dengan belanja awam. Ketiga, dalam jangka pendek, perubahan output signifikan menjadi penyebab Granger kepada perubahan perbelanjaan awam di Negeri Sembilan, Kedah, Melaka dan Pulau Pinang, yang menyokong hipotesis Wagner. Sebaliknya, di negeri Pahang dan Perak, perubahan perbelanjaan awam signifikan menjadi penyebab Granger kepada perubahan output dalam jangka pendek, yang mengesahkan hipotesis Keynes di negeri tersebut.   Kata kunci: Perbelanjaan awam, pertumbuhan ekonomi, ujian kointegrasi Johansen, VECM, VAR

    Masalah kewangan dan tekanan dalam kalangan mahasiswa

    Get PDF
    Ketidaktentuan ekonomi dalam alaf ini menuntut para pelajar universiti untuk mempunyai kemahiran pengurusan kewangan. Golongan pelajar universiti lebih mudah terdedah kepada membuat pengurusan kewangan yang kurang bijak. Pengurusan kewangan yang lemah boleh mencetuskan masalah kewangan dan tekanan kepada pelajar-pelajar universiti. Dalam kajian ini masalah kewangan lebih difokuskan kepada ketidakcukupan jumlah pembiayaan pendidikan untuk menampung keperluan asas semasa di universiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap masalah kewangan dalam kalangan pelajar universiti, amalan pengurusan kewangan pelajar dan tekanan yang dihadapi sehingga memberi kesan kepada proses pembelajaran. Kajian ini melibatkan 223 responden dalam kalangan pelajar prasiswazah perempuan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM. Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif. Tiga dapatan utama kajian ini adalah pertama, majoriti responden yang mempunyai masalah kewangan yang serius datang dari golongan keluarga atau isirumah berpendapatan rendah iaitu dalam kelompok B40, manakala pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan sederhana M40 mengatakan walaupun mereka menerima pinjaman pendidikan daripada pihak-pihak tertentu seperti PTPTN, namun jumlah pembiayaan tersebut tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas harian. Kedua, majoriti responden bersetuju bahawa mereka berasa kecewa, tertekan dan murung apabila menghadapi masalah kewangan seterusnya menjejaskan proses pembelajaran. Ketiga, masalah kewangan menyebabkan responden terpaksa menghadkan pengambilan makanan utama dalam sehari demi menjimatkan wang. Justeru dicadangkan supaya jumlah pembiayaan pendidikan perlu ditingkatkan seiring dengan peningkatan kos sara hidup

    DETERMINANTS OF WOMEN LABOR FORCE PARTCIPATION IN STEM OCCUPATIONS

    Get PDF
    ABSTRACT  While traditionally men have made up a sizable majority of individuals employed in the fields of science, technology, engineering, and mathematics (STEM), the participation percentage of women in these fields is relatively low. The objective of this study is to analyse the type of working environment desired by women in order to encourage them to enter in and survive the STEM industry. The study conducted a number of systematic literature reviews on women and the STEM work environment. This review is guided by the PRISMA Statement review method (Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyzes). A systematic literature review, conducted using the Scopus and Web of Science database, identified 17 relevant past studies. Further analysis of these articles resulted in two main themes being identified; namely psychosocial working environment and physical working environment. The two themes were further analysed into a total of 11 sub-themes. Several recommendations are highlighted for future qualitative studies to be conducted on the working environment, on encouraging working women to participate in the STEM industry and on women employees sustaining themselves in the industry. Keywords: working environment, women, joining, sustaining, STEM 

    The Relationship Between Federal Government Revenue and Spending: Empirical Evidence from Asean-5 Countries

    Get PDF
    The main objectives of this paper is to examine the long run relationship between total expenditure, revenue (tax and nontax) and economic growth in ASEAN-5 countries namely by Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore and Philippines. According to the prior studies, there are several hypotheses to explain the relationship between revenue and spend-ing such as (1) spend-revenue hypotheses, (2) revenue-spend hypotheses and (3)bi-directional causality hypotheses. To test the validity of these hypotheses, this study will util-ize a cointegration and variance decomposition analysis. Based on empirical evidence, we can concluded that the existence of long run relationship between government spending, revenue (tax and non tax) and economic growth for all ASEAN-5 countries. The result of variance decomposition also shows that the strong influence on expenditure to revenue in countries namely Malaysia, Indonesia and Philippines, which support the ‘spend-revenue hypotheses. Meanwhile, for Thailand and Singapore the budget decision driven by revenue side which support the ‘revenue-spend hypotheses’. In addition, public expenditure plays no role to stimulate economic growth in Malaysia, Thailand, Singapore and Philippines, except for Indonesia. Key words: Fiscal economics; Wagner law; cointegration test; variance decompositio

    Pengurusan fiskal pihak berkuasa tempatan yang berstatus Majlis Bandaraya di Zon Tengah Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    keunikan Majlis bandaraya berbanding dengan pihak berkuasa tempatan yang lain adalah dapat mentadbir kawasan maju dengan kepadatan penduduk dan pendapatan isirumah yang tinggi, dan sekaligus boleh menjana lebih pendapatan fiskal. Namun begitu, permintaan pembayar cukai setempat terhadap barangan awam tempatan turut menjadi semakin kompleks dari masa ke semasa. Maka, pengurusan dan takbir urus belanjawan yang baik adalah penting supaya Majlis Bandaraya tersebut tidak berhadapan dengan defisit fiskal dan hutang awam yang berpanjangan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan jangka panjang (kointegrasi) dan arah hubungan sebab-menyebab antara hasil, belanja, imbangan fiskal dan hutang awam mengikut Majlis Bandaraya di zon tengah Semenanjung Malaysia. Dua kategori data digunakan iaitu data agregat bagi semua pemboleh ubah, dan data mengikut komponen hasil cukai, bukan cukai dan terimaan bukan hasil bagi pemboleh ubah hasil serta belanja mengurus dan pembangunan bagi pemboleh ubah belanja. Penemuan penting kajian dengan menggunakan model auto regresif lat tertabur (autoregressive distributed lag, ArDL) menunjukkan bahawa Dewan bandaraya kuala Lumpur dan Majlis bandaraya Shah Alam menggunakan hipotesis belanja-hasil, manakala Majlis bandaraya Petaling Jaya mempraktiskan hipotesis penyelarasan fiskal dalam jangka pendek dan jangka panjang. Di samping itu, komponen belanja mengurus iaitu belanja perkhidmatan dan bekalan, belanja pembangunan dan jumlah belanja lebih cenderung mempengaruhi hasil cukai. tetapi bagi kes Majlis bandaraya Petaling Jaya, hasil cukai turut mempengaruhi jumlah belanja. Penemuan baharu kajian ini mencadangkan agar Majlis bandaraya perlu meningkatkan kecekapan peruntukan terhadap semua instrumen fiskal, terutama sekali komponen belanja mengurus dan hasil cukai bagi tujuan pengukuhan fiskal pada masa hadapan

    Informasi Covid-19 sebagai barang awam : analisis Nvivo

    Get PDF
    Maklumat Covid-19 yang disalurkan melalui pelbagai media bukan sahaja merupakan satu keperluan bagi masyarakat untuk sentiasa melindungi diri, tetapi juga ia menjadi penentu kepada pergerakan individu atau aktiviti yang ingin dilakukan setiap hari. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana maklumat Covid-19 yang disalurkan oleh agensi kerajaan mampu bertindak sebagai barang awam untuk digunakan oleh semua masyarakat tanpa persaingan dan tanpa pengecualian. Menerusi analisis Nvivo terhadap temubual dengan penduduk di Lembah Klang, dua dapatan utama diperolehi. Pertama, dapatan temubual menunjukkan media sosial dan televisyen lebih kerap digunakan informan untuk mendapatkan maklumat Covid-19 daripada agensi kerajaan berkaitan. Kedua, maklumat harian Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan berkaitan berjaya menggalakkan masyarakat untuk mematuhi SOP serta cenderung membuat pembelian dan pembayaran secara dalam talian
    corecore