12 research outputs found

    Peranan Institusi-institusi Islam Dalam Merealisasikan Keperluan Rahnu dan Qard Sebagai Pemacu Ekonomi Kebajikan Ummah Pada Masa Kini: Satu Pandangan Menurut Falsafah Ekonomi Islam

    Get PDF
    Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan serta menganalisa secara analisa kandungan mengenai konsep rahn dan qard yang bertunjangkan al-Quran dan hadis. Secara tidak langsung, ia merupakan intipati utama yang membentuk falsafah ekonomi Islam. Walaupun isu ini melibatkan persoalan hukum fiqah secara tidak langsung, namun perbincangan adalah lebih tertumpu kepada merealisasikan falsafah tersebut menurut kehendak wahyu. Ulasan dan perbincangan berdasarkan alQuran dan Hadis diteliti bagi maksud tersebut. Hasil kajian menurut kehendak sebenar wahyu mendapati rahn dan qard adalah bermatlamatkan kebajikan, bukannya bermatlamatkan pemaksimuman keuntungan demi untuk memacu ekonomi kebajikan masyarakat Islam. Kebajikan dalam Islam pula bererti pelaburan akhirat. Ini telah dijelaskan melalui pembahagian tiga sektor utama dalam sistem ekonomi Islam yang di dalamnya meliputi beberapa dasar-dasar muamalat Islam secara khusus. Dana bagi tujuan program ini adalah dicadangkan daripada sebahagian lebihan dana yang bukan bertujuan untuk perniagaan di mana pemodalnya mensasarkan pulangan tertentu daripada pelaburan tersebut. Salah satunya adalah daripada lebihan-lebihan yang terdapat di baitulmal-baitulmal tempata

    Hibah sebagai akad alternatif dalam perniagaan francais di Malaysia: realiti atau mitos? [Hibah as an alternatif Islamic contract in Malaysian franchise business: reality or myth?]

    Get PDF
    Franchising is one of the methods of marketing of goods or services. A franchisor with a complete business format may sell the business to a franchisee for a specified period of time with the prescribed fee. However, current franchise contracts are in accordance with the form or characteristics that are subject to the Franchise Act 1998. The Islamic entrepreneurs who carry out the franchise business in Malaysia need to have an alternative in the formation of this contract for example through musyarakah, mudarabah, ijarah or hibah. Therefore, the objective of this article is to discuss hibah as one of the suitable alternative agreements to be practiced in the franchise business in Malaysia. This is qualitative study that involves a systematic study of philosophical and academic views. Therefore, this study is not an empirical study but rather a library study. The result of this study is that hibah in franchise business can occur when a franchisor distributes its format and complete franchise business system to franchisees without any financial rewards as it does in today's conventional franchise system. In order to implement this hibah, some important issues need to be realized namely, self-awareness for philanthropy; provision of systematic modules; the hope of doing righteous deeds for the benefit of the hereafter; commitment to the success of hibah; control requirements; stability in a franchise business; and selected offers

    Fees and assistance as basic element in franchise business in Malaysia

    Get PDF
    The development of the franchise business in Malaysia is supported by the existing legal framework and institutional framework. Through the provisions of the Franchise Act 1998, the basic elements of the franchise business are formed. Among them are payment of fees and assistance given by the franchisor to the franchisee. Both elements are sometimes not complied with by both parties. Therefore, this article aims to discuss the basic elements of fees and assistance in the franchise business with its Islamic perspectives in brief. The method used in this study is a legal study supported by interviews with the franchisor. The findings show that there is a clear provision in the Franchise Act 1998 on fees and assistance. The findings from the interviews on the franchisor also show that all of them are in compliance with the provisions of the law on this matter

    Memimpin Pengambilalihan Perniagaan Keluarga: Kaedah, Masalah dan Cara Mengatasinya (Leading a Family Business Acquisition: Methods, Problems and How to Handle Them)

    Get PDF
    Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu 1) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, 2) untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, dan 3) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti bagi mengatasi masalah dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga.Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes. Teknik temu bual digunakan untuk pengutipan data. Responden kajian terdiri daripada lima unit perniagaan keluarga yang beroperasi di utara Malaysia. Protokol temu bual secara berstruktur dibangunkan untuk menerokai maklumat berkaitan dengan ketiga-tiga objektif di atas. Kajian ini mendapati kaedah yang digunakan dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga ialah penerusan gaya memimpin perniagaan daripada pengasas, penggunaan mentor atau penasihat, perbincangan ahli keluarga dan peranan orang berpengaruh. Masalah yang dihadapi oleh pengganti pula adalah dari segi ketidakpuasan kepimpinan dalam kalangan ahli keluarga kerana faktor umur pengganti yang muda berbanding dengan ahli keluarga lain.Kaedah memimpin yang digunakan oleh pengganti untuk mengatasi masalah tersebut ialah bersikap mengalah dalam mengurus perniagaan keluarga yang akhirnya kepimpinan pengganti diterima oleh ahli keluarga. Implikasi kajian ini adalah untuk memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, pengasas dan pengganti perlu memahami pelbagai kaedah dalam memimpin perniagaan keluarga.Pengganti juga perlu mengetahui kaedah yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga serta cara menjalankan pengurusan secara profesional untuk membolehkan perniagaan keluarga berfungsi secara berkesan

    Penjenisan harta menurut fiqah muamalat: satu penilaian mengenai pemahaman konsep harta terhadap pengurusan harta umat Islam

    No full text
    Pembahagian jenis harta atau penjenisan harta adalah sebahagian penting daripada perbincangan konsep harta dalam fiqah muamalat.Lazimnya, perbincangan mengenainya tidak dihubungkaitkan dengan konsep harta tersebut. Artikel ini akan membincangkan tentang perkaitannya dengan konsep harta tersebut.Bagi mencapai objektif penulisan artikel ini, setiap penjenisan harta tersebut akan diklasifikasikan kepada tiga kategori besar iaitu penjenisan harta yang berkaitan dengan takrif harta, penjenisan harta yang berkaitan dengan pemilikan harta dan penjenisan harta yang berkaitan dengan pengaplikasiannya terhadap pengurusan harta umat Islam.Asas pengklasifikasian kepada tiga kategori besar ini adalah hasil daripada penganalisaan yang dibuat melalui pemahaman ulasan karya mengenai konsep harta dalam fiqah muamalat dan kerasionalan hubungkaitnya terhadap penjenisan harta-harta tersebut. Seterusnya. setiap penjenisan-penjenisan harta yang telah dinyatakan akan dipadankan dengan salah satu kategori tersebut mengikut kesesuaiannya. Alasan pengklasifikasian penjenisan-penjenisan harta tersebut kepada salah satu daripada kategori berkenaan akan diperjelaskan.Perbincangan dalam artikel ini adalah penting kerana faedah yang akan didapati daripada analisa pengklasifikasian jenis harta menurut fiqah muamalat tersebut kepada kategori masing-masing dan kerasionalan membandingkan penjenisan-penjenisan harta berkenaan dalam memberikan gambaran keseluruhan mengenai konsep harta dalam fiqah muamalat dan pengaplikasiannya terhadap pengurusan harta umat Islam

    Pengurusan pusaka Islam, wasiat dan hibah di Malaysia: Isu dan aplikasi

    No full text
    Buku ini memberi penekanan isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya

    Pengurusan pusaka Islam di Malaysia: teori dan pengiraan

    No full text
    Buku Pengurusan Pusaka Islam di Malaysia: Teori dan Pengiraan ini merupakan sebuah buku berkaitan cara pembahagian harta pusaka berserta dengan kadar nilaian bagi setiap waris.Selain memberi pemahaman tentang hukum fiqah berkaitan harta pusaka dalam Islam, buku ini turut menerangkan kaedah pengiraan yang dilaksanakan secara hukum syarak.Aspek kaedah pengiraan dalam membahagikan harta pusaka berdasarkan hukum syarak ditekankan dalam buku ini. Kaedah tersebut pula dirujuk dengan bentuk-bentuk pengiraan yang lazim digunakan dalam pembahagian harta pusaka Islam secara kuantitatif bagi menyelesaikan permasalahan hukum fiqah yang berkaitan.Buku ini juga memfokuskan kepada situasi, fakta dan contoh kes-kes realiti yang berlaku di negara ini dengan teliti khususnya dari sudut fiqah berkaitan faraid.Kelebihan yang ada pada buku ini memudahkan pembaca memahami teori melalui kaedah pengiraan khususnya dalam kaedah munasakhah. Pembaca secara tidak langsung dapat memahami ilmu pengiraan harta faraid dengan bantuan buku ini

    Hak menjalankan perniagaan dan kawalan dalam perniagaan francais di Malaysia

    Get PDF
    Perniagaan francais melibatkan pemberian hak oleh francaisor kepada francaisi untuk menduplikasi keseluruhan sistem perniagaan francaisor dengan bayaran yuran tertentu. Risiko untuk gagal dalam perniagaan adalah rendah memandangkan perniagaan ini sudah terbukti berjaya dan sentiasa dipantau oleh francaisor. Memandangkan francaisi menduplikasi sistem perniagaan francaisor, francaisor mestilah memberikan hak kepada francaisi untuk menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta inteleknya. Francaisor juga berhak mengawal perniagaan bagi menjaga kualiti dan keseragaman produk atau perkhidmatan. Namun, sejauhmanakah kedua-dua hak ini dilaksanakan? Oleh itu, objektif artikel ini ialah untuk membincangkan tentang hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan dalam perniagaan francais di Malaysia disamping membuat sedikit perbincangan dari sudut pandangan Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian undang- undang yang disokong oleh temubual dengan menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui dokumen perundangan iaitu akta, kes dan juga melalui temubual manakala data sekunder diperolehi melalui buku dan jurnal daripada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Data primer daripada dokumen undang-undang dan data sekunder dianalisis menggunakan kaedah analitikal dan kritikal manakala data primer daripada temubual dianalisis menggunakan kaedah tematik. Kajian ini dapat memberi manfaat sebagai sumber rujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persatuan Francais Malaysia, francaisor, francaisi, peguam, tenaga akademik dan juga pelajar undang-undang secara amnya. Dapatan kajian daripada analisis ke atas dokumen perundangan menunjukkan kedua-dua hak ini dinyatakan dengan jelas di dalam Akta Francais 1998. Malah ia merupakan komponen utama dalam definisi francais di bawah seksyen 4. Dapatan daripada temubual dengan kesemua informan yang terdiri daripada francaisor menunjukkan mereka mematuhi kehendak berkenaan pemberian hak menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta intelek dan juga elemen kawalan ke atas perniagaan francais oleh francaisor. Secara tidak langsung, mereka mematuhi kehendak di bawah Akta Francais 1998. Sebagai kesimpulannya, hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan mesti dimasukkan di dalam perjanjian bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak yang berkontra

    Are small and medium enterprises (SMES) in Lahore failing at the rate suggested in prior studies? An analysis of the degree of financial stress on small and medium enterprises and its impact on their life expectancy

    Get PDF
    Globally, Small and Medium Enterprises (SMEs) are considered to be financially stressed.According to SME Development Authority (SMEDA) financial stress causes 80-90% of Pakistani startups to fail within 4 years. This study examines the under-investigated area of SMEs’ failure rate triggered by financial stress. It is based on primary data obtained from responses of 433 SMEs randomly selected from market committees’ lists.The study found that ninety per cent of the surveyed entrepreneurs obtain finances from up to four Rotating Savings and Credit Associations (ROSCAs) each. Respondents consider issues like defaulted customers, competition and electricity to be more impacting than lack of access to finance. High failure rate is not detectable in any age group. Islamic and commercial banks can consider these findings and develop innovative instruments that emulate ROSCA financing. This will help increase their share in this market

    What size of opportunity will open to banks that penetrate the small and medium enterprise (SME) finance market at Lahore? The next great challenge for enterprising banks

    Get PDF
    SMEs’ share in Pakistan’s formal loan portfolio is 6.5%.They obtain bulk of their finances from informal sources.This study is intended to determine the size of SME finance market, the principal informal sources and the volume of finances they provide.Primary data obtained from responses of 433 SMEs to a questionnaire has been used.The SMEs were randomly selected from market committees’ lists.The study found that entrepreneurs form Rotating Savings and Credit Associations (ROSCAs) for obtaining interest and Collateral-free financing.About 90% of the surveyed entrepreneurs retain membership in up to four ROSCAs each. ROSCAs distribute Rs. 468 million per month among the members. This amounts to an impressive Rs. 1.2 million to each SME. Pakistani banking system does not finance SMEs at such a rate.As a source of SME finance, banks’ role is only marginal. The figures represent a significant market awaiting penetration by entrepreneur banks. Banks can use these findings to help position themselves for a more affective role in the SME finance market
    corecore