31 research outputs found

    Memanfaat pengalaman akademik ekspatriat : dasar dan polisi pengantarabangsaan Universiti Malaysia Sabah

    Get PDF
    Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013-2017 dirangka menggariskan tujuh (7) Bidang Keberhasilan Utama Universiti iaitu UMS-KRAs (UMS Key Result Areas), MMS-KRA3 bersandarkan objektif strategik iaitu “Mempertingkatkan Keterlihatan Reputasi di Peringkat Antarabangsa” (Enhancing International Visibility and Reputation)(UMS, 2013). Bagi mencapai matlamat tersebut, UMS menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dalam menyumbang ke arah pembangunan pendidikan negara. Bersandarkan kepada hasrat yang diwarwarkan, penglibatan kakitangan akademik bertaraf antarabangsa dilihat perlu bagi menjadikan UMS relevan dan berdaya saing. Kajian ini bersandarkan dua objektif iaitu (i) mengenalpasti pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat di UMS dan (ii) mengemukakan cadangan terhadap dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS berdasarkan pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat tersebut. Hasil kajian yang diperolehi berupaya menyumbang kepada (i) kefahaman refleksi diri pengalaman ekspatriasi perorangan bagi ahli akademik yang berkeinginan berekspatriat secara berdikari dan (ii) input yang signifikan kepada majikan dengan menyumbangkan data empirikal serta perspektif berguna bakal majikan berhubung isu pengambilan dan pemilihan kakitangan antarabangsa untuk diimplementasikan secara khusus ke dalam dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS

    Kajian Eksploratif Pengalaman Kerjaya Antarabangsa Ekspatriat Akademik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

    Get PDF
    Fokus kajian ini adalah hubungan di antara pengalaman di peringkat antarabangsa dan kerjaya akademik. Berdasarkan kajian ke atas 40 ekspatriat akademik yang bertugas di empat buah insititusi pengajian tinggi terpilih di Malaysia, kajian ini melaporkan bagaimana ekspatriat membuat keputusan untuk menerima tawaran bertugas di Malaysia dan cara mereka menilai tawaran pekerjaan tersebut. Maklumat dari kajian lepas digunakan sebagai rangka analisa bagi mengaitkan dapatan kajian dengan tema kerjaya kontemporari. Keinginan untuk mengembara didapati menjadi punca utama mendorong ekspatriat akademik menerima tawaran pekerjaan di luar Negara. Manakala potensi mobiliti kenaikan pangkat di arena antarabangsa menjadi justifikasi terhadap penghijrahan tersebut

    Kajian Eksploratif Pengalaman Kerjaya Antarabangsa Ekspatriat Akademik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

    Get PDF
    Fokus kajian ini adalah hubungan di antara pengalaman di peringkat antarabangsa dan kerjaya akademik. Berdasarkan kajian ke atas 40 ekspatriat akademik yang bertugas di empat buah insititusi pengajian tinggi terpilih di Malaysia, kajian ini melaporkan bagaimana ekspatriat membuat keputusan untuk menerima tawaran bertugas di Malaysia dan cara mereka menilai tawaran pekerjaan tersebut. Maklumat dari kajian lepas digunakan sebagai rangka analisa bagi mengaitkan dapatan kajian dengan tema kerjaya kontemporari. Keinginan untuk mengembara didapati menjadi punca utama mendorong ekspatriat akademik menerima tawaran pekerjaan di luar Negara. Manakala potensi mobiliti kenaikan pangkat di arena antarabangsa menjadi justifikasi terhadap penghijrahan tersebut

    Corruption as a Cultural Phenomenon? Analyzing Corruption Issues in Economics, Politics, Education and the Public Sector

    Get PDF
    Corruption has presently evolved into a topic of paramount concern across the spheres of economics, politics, education, and the public sector. The government is deeply committed to addressing this issue, recognizing it as one of the most intractable social phenomena or crimes in the nation, surpassing even other social predicaments such as drug abuse. The pivotal question revolves around the underlying reasons for the persistence of this phenomenon. Notably, this issue encompasses not only low-ranking officials but also individuals who have achieved remarkable status and prestige within society. Thus, the primary objective of this study is to dissect the root causes of corruption prevalent in contemporary society. This research identifies the contributing factors, repercussions, and government initiatives aimed at tackling this issue. Four fundamental issues are brought to the forefront within this paper: (i) corruption in economics, (ii) corruption in politics, (iii) corruption in education, and (iv) corruption in the public sector. The qualitative research method is employed in crafting this paper, grounded in the positivist philosophy, and serves to explore the practice of corruption as a cultural phenomenon. Data collection and amalgamation techniques are instrumental in furnishing inductive or qualitative data analysis. The outcomes of this research chiefly emphasize broader connotations. Utilizing the qualitative method, academic journals previously published, and information acquired from official government and non-government websites are harnessed as research materials to accumulate data and information pertinent to the issue of corruption. A comprehensive review of the literature conducted within this study explicates that corruption emanates from the unprofessional conduct of an individual

    Strengthening the HEI ecosystem in producing graduates oriented to entrepreneurial thinking and tend job opportunities

    Get PDF
    Entrepreneurship development and education is an important agenda in ensuring that the country's higher education system is always competitive and moves forward according to current global demands and trends. The objective of this paper is to discuss the efforts and initiatives of various parties towards strengthening the ecosystem in producing Higher Education Institutions (HEI) graduates who have an entrepreneurial orientation, inclined towards careers as entrepreneurs and have the confidence to create job opportunities. This study uses a qualitative method which is a document analysis study or a library study where a survey of secondary sources whether online that refer to articles, books, papers, forums, and government policies related to the entrepreneurial ecosystem of HEIs is done. The results of the study examine a selection of contemporary issues that dominate the latest discussions regarding the entrepreneurial mindset among students. The issues highlighted are related to, 1. HEI Students' Competence as Entrepreneurs, 2. HEI Students' Exposure to the Business World, 3. HEI Students' Emphasis on Innovation and Technology in the Field of Entrepreneurship and 4. HEI Students' Emphasis on Entrepreneurship in Ensuring Sustainability Ecosystem in HEIs. The results of the study found that the manifestation of the entrepreneurship agenda at the university level can be measured through numerous key achievements such as the number and impact of student involvement in entrepreneurship activities and learning as well as the increase of academic staff who are competent and have expertise in the field of entrepreneurship education. The direction of entrepreneurship education should emphasize the impact of the entrepreneurship agenda in HEIs on the longterm effects of the learning process in producing and developing quality people to contribute to the development of the countr

    The health enhancement impact of self assimilation in academic achievement amongst international students in Malaysian public universities

    Get PDF
    Malaysia is one of the countries that has become a choice of destination for international students to further their studies. Elements such as recognized international higher learning institution system, the intensive effort of student exchange programme, a calibre teaching team, contemporary and quality courses, an international consolidation with some other best learning institutions in the world together with the connection of regional cooperation are among the collected criteria to portray the ability of Malaysia in attracting more international students. Therefore, the objective of this research is to emphasise the factors that differentiate the first-year experience on self-assimilation as well as academic achievement among international students. The qualitative sampling method involved forty international students who participated voluntarily and data collection was conducted through an in-depth interview technique. The result has generated an understanding on international students’ self-reflection through the nature of their excitement, needs and hopes. Among the factors that were identified were (i) education system in Malaysian Public Universities is seen as a prestigious study destination, (ii) education system Malaysian Public Universities are more comprehensive and versatile, (iii) the learning programmes in Malaysian Universities learning are flexible and dynamic, (iv) the development of the programmes are contemporary and market driven (v) the added value on the benefits using English as a learning and teaching medium in Malaysian Public Universities. Therefore, in examining the quality level of education, it is vital to consider the learning satisfaction among international students in order to have a continuum on the health enhancement impact towards self-assimilation in their academic achievement. The findings are valuable and are useful in showing the significant relevance to the international human resource management Malaysian Public Universities which are dependent on international students at high proportions and applicable in formulating various national higher education policies

    Factors Influencing International Student’s Decision In Choosing Study Destination Abroad

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan faktor yang mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di pasar tempatan atau dikenali sebagai tamu di Pantai Barat, Sabah. Data dikumpul melalui pemerhatian tidak ikut serta dan temu bual di lima buah tamu di Penampang, Ranau, Tamparuli, Tuaran dan Pekanabalu. Seramai 26 orang responden dalam lingkungan umur 35 hinga 78 tahun telah mengambil bahagian. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penjual untuk terus memasarkan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Oleh yang demikian, responden terhad kepada kalangan penjual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh faktor yang menyebabkan kelangsungan aktiviti pemasaran tumbuhan ubatan di kawasan kajian, iaitu sumber pendapatan, permintaan, harga, peluang, budaya, kemajuan teknologi komunikasi, pengetahuan tradisi, akses, kelimpahan dan produktiviti. Faktor tersebut seterusnya diklasifikasikan kepada tiga, iaitu faktor ekonomi, faktor sosial dan faktor ekologi. Analisis lanjut mendapati bahawa ketiga-tiga faktor ini sama penting dalam mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Pantai Barat Sabah

    Faktor pendorong ekspatriasi akademik ekspatriat berdikari : kajian kes universiti awam terpilih di Malaysia

    Get PDF
    Penyelidikan dilaksanakan bermatlamat untuk mengetahui paradigma pendorong ekspatriasi akademik ekspatriat berdikari dalam memandu hala tuju kerjaya mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Objektif penyelidikan ini terdiri daripada (i) mengenalpasti pendorong ekspatriasi golongan akademik ekspatriat berdikari ke Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia, (ii) menjustifikasikan pengaruh yang membawa kepada keputusan berekspatriasi golongan akademik ekspatriat berdikari dan (iii) melakukan penilaian secara retrospektif terhadap pendorong berekspatriasi individu dalam kalangan akademik ekspatriat berdikari. Pendekatan kaedah kualitatif dipilih dengan mengaplikasikan reka bentuk kajian kes ke atas tiga puluh orang akademik ekspatriat berdikari secara persampelan bertujuan yang terlibat secara sukarela melalui teknik temu bual mendalam di empat (4) buah IPTA Malaysia. Manakala statistik deskriptif berkaitan demografi responden dianalisis menggunakan perisian computer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Mengaplikasikan kerangka konseptual Thorn (2009) sebagai acuan menganalisis keputusan ekspatriasi ekspatriat berdikari, maka hasil dapatan penyelidikan ini mengemukakan lapan (8) pendorong utama iaitu (i) Penerokaan Silang Budaya dan Pengalaman Pengembaraan, (ii) Potensi Kejayaan Kerjaya, (iii) Kestabilan Ekonomi, (iv) Elemen Institusi Kekeluargaan, (v) Senario Politik Negara, (vi) Ekosistem Kualiti Kehidupan, (vii) Falsafah dan Pegangan Hidup serta (viii) Daya Tarikan dan Keunikan Negara Tuan Rumah. Manakala dua (2) penemuan baru berjaya ditemui hasil dari penerokaan penyelidikan ini iaitu (vii) Falsafah dan Pegangan Hidup iaitu merujuk kepada falsafah, visi dan misi universiti sebagai tempat membina kerjaya, status Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan kemudahan komuniti akademik ekspatriat Muslim untuk mendapatkan makanan halal di negara ini serta (viii) Daya Tarikan dan Keunikan Negara Tuan Rumah pula dikaitkan dengan dimensi estetik budaya dan pesona diversiti yang terdapat di Malaysia. Fokal perbincangan lapan (8) pendorong ekspatriasi tersebut merupakan teras kelangsungan kerjaya ekspatriat berdikari di IPTA serta diklasifikasikan sebagai daya tarikan ke atas keputusan golongan tersebut dalam pemilihan Malaysia sebagai negara serta usaha membangunkan potensi kejayaan kerjaya akademik mereka. Penelitian penyelidikan ini menjana kefahaman refleksi diri berhubung sifat semula jadi akademik ekspatriat berdikari melalui curahan perasaan dalam menggambarkan keterujaan, keinginan, ketidakpuasan, kekecewaan dan keterpaksaan diluahkan melalui situasi yang dialami oleh responden kajian ketika menzahirkan pendorong sebenar ekspatriasi individu. Hasil dapatan tersebut merupakan nilai berharga dan hala tuju berguna dalam memperlihatkan kerelevanan signifikan kepada pihak pengurusan sumber manusia antarabangsa IPTA yang mempunyai kebergantungan perkhidmatan kakitangan antarabangsa pada perkadaran tinggi dalam merangka pelbagai dasar pendidikan tinggi negara

    Motif ekspatriasi: Suatu kajian dalam kalangan ekspatriat akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengenalpasti motif yang dipertimbangkan oleh ekspatriat akademik untuk berekspatriat secara umumnya ke Malaysia dan secara khususnya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan bersandarkan kepada kerangka konseptual yang diperkenalkan oleh Thorn (2009). Kaedah kualitatif melalui kajian kes terhadap tiga puluh orang ekspatriat akademik di UIAM terlibat secara sukarela untuk ditemubual dengan menggunakan kaedah temubual semi struktur. Statistik deskriptif berkaitan demografi responden dianalisa menggunakan perisian computer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Hasil dapatan penyelidikan mendapati terdapat tujuh motif utama telah ditemui yang mana enam daripadanya selaras dengan kerangka konseptual yang di gunakan iaitu budaya dan pengembaraan, kerjaya, ekonomi, perhubungan kekeluargaan, persekitaran politik, kualiti hidup dan prinsip moral. Prinsip moral merupakan penemuan baru kajian yang merujuk kepada falsafah, visi dan misi UIAM sebagai tempat membina kerjaya, status Malaysia sebagai sebuah negara Islam, budaya bermuzakarah ilmu yang menjadi sunnah masyarakat Islam, kepercayaan agama Islam yang menjadi tunggak amalan kehidupan dan kemudahan komuniti akademik ekspatriat Muslim untuk mendapatkan makanan halal di negara ini menjadi motif pemilihan UIAM. Motif memperkasa pembangunan kerjaya, meningkatkan ekonomi, menjalin silaturahim perhubungan, menaikkan taraf dan kualiti hidup, persepsi individu berhubung politik dan pegangan hidup individu dijadikan fokal kepada perbincangan serta dijadikan sebagai daya penarik pemilihan Malaysia sebagai negara dalam membangunkan kerjaya di UIAM. Alasan yang diberikan oleh ekspatriat akademik dalam melakukan ekspatriasi adalah disebabkan ketidakpuasan hati mereka dengan situasi negara asal yang dikaitkan dengan budaya dan pengembaraan, kerjaya, ekonomi, perhubungan kekeluargaan, kualiti hidup dan persekitaran politik yang menjadi motif responden melakukan keputusan untuk memperolehi peluang yang lebih baik di luar negara. Kajian ini memberikan sumbangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Pengurusan Tertinggi UIAM dalam merangka pelbagai dasar bagi mencari jalan penyelesaian menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ekspatriat akademik, sekaligus menggalakkan kakitangan antarabangsa terus berkhidmat di UIAM. Halatuju penyelidikan masahadapan turut dibincangkan
    corecore