6 research outputs found

    Cultural Communication in Social Integration between Bawean Ethnic and Malay Sub-Ethnic in Malaysia

    Get PDF
    Cultural communication has obliquely shapes society relationships with another for the sake of togetherness prosperity. Diversity of norms and values from cultural symbols are able to be transferred as connecting elements in order to create interaction that is based on mutual comprehension of cultural norms. This study objective is to comprehend Bawean ethnic's cultural communication symbol. Employing qualitative methods, social construction paradigm is perceived through in-depth interview. This methodology adapted to realize the meaning of cultural communication between Bawaean and the other Malay sub-ethnicity. There are one main informant and ten other informant whom have been interviewed face-to-face. The result has shown that Bawean ethnic's cultural communication symbol such as language, cuisine, martial arts and religious rituals are the main elements in Bawean ethnic's cultural communication. In conclusion, cultural communication between Bawean ethnic and other ethnic has taken place according to the situations as either inside or outside the group. Cultural similarities has facilitate cultural communication tranquility. It creates social integration with relation to the ethnic relationship processes such as acculturation, accommodation and integration

    Perception of public on Covid-19 immunisation program in Malaysia

    Get PDF
    Due to the COVID-19 pandemic, many countries have implemented the vaccination program to combat the spread of virus in order to return to a normal life after the quarantine period. The success of vaccination has shown the decrease in infection and death besides the practice of physical distancing. This article will discuss the category of people who have doubt, confidence and their view towards The National COVID-19 Immunisation Programme (NIP) in Malaysia. A quantitative survey was made through an online survey using Google Form. The recruitment of the survey participants was based on a convenience sampling method. This survey was conducted on Malaysian citizens of age from 18 to 57 years old and analysed using One-way ANOVA method. In this research, a number of 363 people answered the survey. There was a significant difference in the categories of occupation, education and age regarding confidence, doubt and view towards NIP. Research findings found that occupation, education and age were seemed to justify the decision made by the respondents either to accept or decline the vaccination at national level. Overall, the aspects of occupation, education and age should receive attention in the future in public health program implementation so that these categories can obtain much clearer information

    Integrasi orang Bawean dalam penggunaan bahasa ke arah membina bangsa Malaysia

    Get PDF
    Setiap masyarakat memerlukan bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa juga menjadi identiti sesebuah bangsa sebagai ciri utama pembinaan negara-bangsa. Dengan bahasa, masyarakat boleh menjalankan aktiviti seharian. Kertas kerja ini pertamanya bertujuan untuk membincangkan sejauh mana bahasa Bawean digunakan oleh orang Bawean dalam kehidupan seharian. Kedua, untuk membincangkan penggunaan bahasa Bawean dalam kalangan orang Bawean antara generasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai tujuh orang dari 11 orang informan dipilih. Kajian dijalankan di penempatan orang Bawean di Kampung Sungai Tiram dalam daerah Johor Bahru. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan Bahasa Bawean digunakan untuk urusan seharian sesama orang Bawean sewaktu berkomunikasi. Jika berbeza sub etnik. Bahasa Melayu menjadi bahasa dominan untuk berkomunikasi dengan etnik yang berbeza. Dari segi antara generasi pula, tiada perbezaan ketara penggunaan Bahasa Bawean. Secara kesimpulannya, dari segi penghayatan nasional, etnik Bawean juga cenderung ke arah positif dalam pembinaan bangsa Malaysia dari segi bahasa

    Reaksi masyarakat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan wabak Covid-19

    Get PDF
    COVID-19 telah diisytiharkan sebagai satu pandemik kesihatan. Ia secara tidak langsung bukan sahaja memberikan kesan terhadap kesihatan seseorang individu yang dijangkiti bahkan ia boleh mengancam kepupusan di sesebuah negara jika tidak diatasi dengan cepat dan bijak. Penjarakkan sosial sepertimana diwar-warkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan salah satu pencegahan kesihatan awam yang berkesan dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Justeru itu, artikel ini menilai mengenai reaksi masyarakat serta kepatuhan masyarakat terhadap PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini dilaksanakan ketika PKP berada di fasa ketiga. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai kaedah utama iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian menggunakan google form. Seramai 959 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Dapatan utama kajian mendapati majoriti responden memberikan reaksi positif terhadap arahan PKP yang telah dikeluarkan. Dari segi kepatuhan pula, majoriti responden turut menyatakan kepatuhan mereka terhadap PKP. Namun demikian, didapati antara sebab kepatuhan ini adalah disebabkan oleh visibility pihak berkuasa yang ditempatkan di seluruh negara. Adalah lebih baik jika kesemua rakyat negara ini mematuhi PKP kerana ‘self internalization’ mengenai kesedaran perlunya mematuhi PKP, iaitu memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dihapuskan daripada membimbangi akibat seandainya ditangkap oleh pihak berkuasa. Keseluruhannya, masyarakat mengambil cakna terhadap arahan PKP dan pihak kerajaan juga sudah semakin melonggarkan arahan PKP dengan memperkenalkan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menekankan kepada kawalan kendiri anggota masyarakat

    Negotiating identity using Bicultural Identity Integration Model : the Bawean in Malay construct

    Get PDF
    This article aims to show the negotiation process in constructing Bawean ethnic identities as part of Malay sub-ethnic in Malaysia. This study used the Bicultural Identity Integration Scale-2 (BIIS-2). In-depth interviews were used to achieve all of the objectives of this study. This article focused only on the outcome of bicultural identity integration, namely the level of ethnic identity trends and how Bawean negotiates with other Malay cultures. Five findings were identified. First, the results of the analysis revealed that the majority of informants see themselves as Malays due to their religion which is Islam where they know how to act as Malaysian citizens. Second, the majority of informants do not feel entrapped between Bawean and Malay culture because of the willingness of Bawean people to deal with cultural diversity. Third, there are many cultural similarities which make the majority of the informants feel they have no conflict about having two cultures. Fourth, it is surprising that the majority of informants have low self-Malay feelings because of the very strong bond within the ethnic group itself. Finally, the fact that there is a positive need for each other about culture explains why the majority of informants did not abandon Bawean culture for Malay culture. The results of this study showed that informants are able to respond to the development of nation-state processes in a national context. The identity of Bawean people which is one of the sub-ethnic categories in Malay is still at a good level and can be enhanced since they are believers of Islam which is compulsory for them to be categorised as Malay. This clearly shows their effort to integrate with Malay people

    Konsumerisme dan kelas sosial dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu

    Get PDF
    Majlis perkahwinan mempunyai signifikan dalam kehidupan orang Melayu sehingga menyebabkan kepenggunaan dalam perlaksanaannya menjadi komoditi perdagangan. Kepenggunaan dalam majlis perkahwinan telah mengalami evolusi dan mewujudkan kelas sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan sejauh mana komoditi yang digunakan memberi kesan ke atas kelas sosial orang Melayu. Artikel ini bertujuan pertama, mengetahui kepenggunaan dalam perkahwinan impian orang Melayu. Kedua, menjelaskan hubungan kepenggunaan dengan kesedaran kelas sosial. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam ke atas 12 pengantin perempuan yang telah melaksanakan majlis perkahwinan mereka di Kampung Melayu Seri Wira Damai, Kuala Lumpur. Soalan temu bual adalah berkaitan dengan kepenggunaan berdasarkan Teori Konsumerisme. Hasil kajian mendapati kepenggunaan perkahwinan orang Melayu mengambil kira konsumerisme seperti tema perkahwinan, lokasi perkahwinan, kanopi perkahwinan, barang hantaran, cenderamata perkahwinan, inai dan kad perkahwinan. Seterusnya, kepenggunaan dalam majlis perkahwinan impian adalah untuk meningkatkan kesedaran kelas sosial pengantin di dalam masyarakat. Tahap kewangan mempengaruhi perkahwinan impian dalam meningkatkan kesedaran kelas sosial. Perkahwinan impian orang Melayu telah membentuk budaya konsumerisme. Ia dikaitkan dengan aktiviti konsumsi yang dipengaruh oleh elemen yang penting iaitu golongan kapitalis dalam mencipta pasaran baharu bagi mendidik pengguna menjadi pengguna tegar dan impian untuk mendapatkan sesuatu komoditi dalam membentuk majlis perkahwinan impian. Keseluruhanya kepenggunaaan komoditi dalam melaksanakan majlis perkahwinan mempengaruhi peningkatan kesedaran kelas sosial
    corecore