3 research outputs found

    Peranan pengurusan masjid dan ahli jemaah dalam mengimarahkan institusi masjid pasca wabak Covid-19 : satu sorotan

    Get PDF
    Masjid merupakan sebuah tempat berkumpulnya masyarakat umat Islam sama ada untuk menunaikan ibadah ataupun urusan-urusan lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Pada asasnya umat Islam berkumpul di masjid sekurang-kurangnya lima kali sehari iaitu pada waktu solat berjemaah. Namun pada hari, dunia dikejutkan dengan penyebaran pandemik COVID-19. Penyebaran wabak ini turut menjejaskan aktiviti pengimarahan institusi masjid. Kehadiran jemaah di masjid pada hari ini bergantung sepenuhnya kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Artikel ini bertujuan untuk memperincikan peranan serta tanggungjawab yang perlu diambil oleh pihak pengurusan masjid serta peranan ahli jemaah dalam menghadapi wabak COVID 19 supaya institusi masjid sentiasa diimarahkan seterusnya selamat dikunjungi oleh para jemaah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpulkan daripada analisis dokumen ke atas situasi semasa COVID-19 serta SOP yang dikeluarkan oleh pihak KKM dan diaplikasikan di institusi masjid kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan institusi masjid terus diimarahkan walaupun dengan SOP yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan masjid dan ahli jemaah perlu mematuhi segala SOP dikeluarkan oleh pihak berwajib untuk memastikan syiar terbesar umat Islam ini terus diimarah walaupun pandemik COVID-19 ini masih belum pulih sepenuhnya

    Prinsip Al-Imarah dalam kalangan AJK masjid kearah mengimarahkan institusi masjid

    Get PDF
    Pengimarahan masjid merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat dalam Islam yang mesti diberi kepada orang yang benar-benar layak dalam memimpin institusi masjid. Oleh itu, prinsip al-imarah memainkan peranan penting dalam mengimarakan institusi masjid. Al-Quran dan As-sunah telah menggariskan panduan dalam mengimarahkan masjid. Peranan pengimarahan institusi masjid terletak kepada kesungguhan dan usaha dalam kalangan pihak pengurusan masjid yang memahami prinsip-prinsip pengimarahan masjid. Kajian ini mendapati bahawa pengimarahan sesebuah masjid bergantung sepenuhnya kepada individu-individu yang menerajui kepimpinan institusi masjid

    Prinsip sosial dalam pengimarahan institusi masjid: kajian di masjid bertaraf cemerlang

    Get PDF
    Masjid pada zaman Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa fungsi dan peranannya adalah menegakkan syiar Islam dan juga sebagai agen sosial dalam masyarakat. Melihat kepada keupayaan Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai agen sosial dalam masyarakat, maka peranan dan fungsi masjid di Malaysia pada hari ini perlu diperkasa secara optimum bagi membina kekuatan ummah Islam. Keaktifan institusi masjid bukan terletak pada bahu pihak pengurusan sahaja, malah semua lapisan masyarakat terutama agensi kerajaan, agensi swasta dan badan NGO perlu mengaktifkan diri dengan bersama-sama menjana seluruh keupayaan yang ada ke arah pengimarahan institusi masjid. Oleh itu, artikel ini bertujuan mengkaji prinsip-prinsip sosial yang perlu dimiliki oleh pihak pengurusan masjid di samping menjelaskan pendekatan yang perlu digunakan oleh institusi masjid dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak lain ke arah pengimarahan institusi masjid. Data temu bual dianalisis dengan perisian Atlas.ti versi 7 dengan pembinaan kodkod dan tema yang dipilih. Makalah ini mendapati bahawa pengimarahan sesebuah masjid tidak bergantung sepenuhnya kepada individu yang menerajui kepimpinan institusi masjid, malah ianya juga perlu dibantu oleh pelbagai masyarakat untuk bersama-sama menjana perubahan ke arah merancakkan lagi pengimarahan institusi masjid
    corecore