6 research outputs found

    Kesan kemeruapan kadar bunga/kadar keuntungan ke atas hasil sekuriti Kerajaan Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan kemeruapan kadar bunga jangka pendek ke atas hasil sekuriti kerajaan Malaysia dan kekuatan hubungan tersebut bagi sekuriti kerajaan Malaysia berjangka panjang.Secara perbandingan, kajian ini turut melihat kesan kemeruapan kadar keuntungan jangka pendek ke atas hasil sekuriti kerajaan Malaysia yang diisu secara prinsip Syariah.Dengan meletakkan kadar bunga dan kadar keuntungan jangka pendek sebagai pemboleh ubah stokastik dalam model GARCH-M didapati kemeruapan kadar bunga jangka pendek Bil Perbendaharaan Malaysia tiga bulan mempengaruhi hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 dan 20 tahun secara positif dan signifikan.Sekuriti Kerajaan Malaysia lima dan tujuh tahun turut menunjukkan hubungan yang positif tetapi tidak signifikan.Menariknya, hubungan positif di antara kemeruapan kadar bunga dan hasil sekuriti kerajaan bagi keempat-empat sekuriti kerajaan tersebut adalah semakin bermakna apabila tempoh matang semakin panjang.Situasi yang sama turut ditemui dalam analisis sekuriti kerajaan berprinsip Syariah iaitu wujud hubungan yang positif dan signifikan di antara kemeruapan kadar keuntungan jangka pendek Bil Perbendaharaan Islam Malaysia tiga bulan ke atas hasil Terbitan Pelaburan Kerajaan lima dan tujuh tahun.Nilai signifikan kedua-dua sekuriti tersebut juga menunjukkan hubungan positif yang semakin bermakna apabila tempoh matang Terbitan Pelaburan Kerajaan meningkat dari lima tahun ke tujuh tahun

    Gelagat kepatuhan pembayaran zakat pendapatan : Kajian kes UUM

    Get PDF
    Berdasarkan kepada asas zakat dikenakan ke atas harta yang berkembang, maka berlaku perluasan kewajipan ruang berzakat kepada harta-harta berkembang yang lain selain daripada lima jenis harta yang diamalkan oleh Rasulullah saw. Rentetan dari itu kebanyakan negeri telah mewartakan zakat pendapatan sebagai zakat yang wajib dikeluarkan oleh individu Islam. Lebih menarik lagi, bukan sahaja jumlah kutipan bagi negeri malahan jumlah kutipan zakat pendapatan di daerah-daerah kecil juga mencatatkan peningkatan. Sebagai contoh, kutipan zakat pendapatan di daerah Kubang Pasu telah meningkat dari RM35,450.41 pada tahun 1990 kepada RM1,760,925.40 pada tahun 2003 iaitu berlaku peningkatan sebanyak 48.67 kali ganda berbanding tahun 1990. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM918,478 merupakan kutipan zakat pendapatan daripada kakitangan UUM melalui skim potongan gaji. Namun sehingga April 2004 peratus kakitangan UUM yang membayar zakat pendapatan melalui skim potongan gaji hanyalah sekitar 28.57 peratus sahaja. Adakah selebihnya tidak mengeluarkan zakat pendapatan? Atau mungkinkah mereka menyalurkan zakat tersebut terus kepada asnaf tertentu? Bertitik tolak dari persoalan ini, maka adalah suatu yang menarik untuk mengkaji gelagat individu (kakitangan UUM) mengeluarkan zakat pendapatan. Dengan menggunakan teknik penganggaran maximum likelihood dalam pengujian hipotesis berarah, beberapa pembolehubah bebas telah dikenalpasti sebagai faktor yang signifkan mempengaruhi gelagat individu mengeluarkan zakat

    Istimewanya Ilmu Ekonomi

    No full text

    Kecekapan teknikal perbankan Islam: Aplikasi produk perkongsian untung rugi (PLS)

    No full text
    Mudarabah and Musyarakah are the profit-loss sharing (PLS) concept that are resilient combination of the strong the intrinsic features of Islamic finance and the implementation of prudential risk management standards and practices.Considering this fact, Mudarabah and Musyarakah become one of the recommendations under the Financial Sector Master Plan (FSMP) to increase the efficiency of Islamic banking system in Malaysia.Therefore, this study presents a new perspective focusing on technical efficiency of Islamic Banking in Malaysia based on PLS products during the FSMP period of 2003-2010 by using Data Envelopment Analysis (DEA).In fact, this study differs from other studies since it highlights the use of PLS inputs and outputs to identify the inefficient Islamic banks and analyse the annual average efficiency scores based on the ownership status of Islamic banks.The finding shows that there are only three Islamic banks had achieved a full technical efficiency during the period of study namely AmIslamic Bank, Citibank and Kuwait Finance House, while the efficiency scores for other Islamic banks are not consistent.Nevertheless, from empirical findings suggested that these Islamic banks are capable to increase efficiency if they are able to allocate PLS deposits fully to PLS financing and investment only and at the same time, they have to increase the amount of PLS financing.In comparison, the average annual technical efficiency of foreign full- fledged Islamic bank is higher than domestic full-fledged Islamic banks.Meanwhile, the average technical efficiency of the domestic Islamic subsidiaries and foreign Islamic subsidiaries have increased every year and almost equal to the average technical efficiency when they operate as Islamic windows

    Perbankan dan pasaran modal Islam: Isu dan aplikasi

    No full text
    Sejajar dengan matlamat negara Malaysia menyasarkan pencapaian sekitar 20 peratus daripada pasaran perbankan domestik dikuasai oleh sistem perbankan Islam menjelang tahun 2010, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk terus membangunkan sistem kewangan Islam.Pelan Induk 10 tahun Perbankan Islam turut dilancar bagi mewujudkan satu sistem kewangan yang cekap, progresif dan lengkap selain memperkenalkan Malaysia sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam di rantau ini. Kini, sistem kewangan Islam ialah sebahagian daripada sistem kewangan negara yang meletakkan Malaysia ke hadapan berbanding negara lain.Malaysia komited untuk membangunkan sistem perbankan Islam dan pada masa yang sama berusaha melaksanakan sistem kewangan Islam dalam struktur kewangan negara secara menyeluruh. Dengan peningkatan dalam dimensi kewangan Islam pada peringkat global, landskap kewangan Islam berubah dengan penglibatan pemain pasaran yang lebih pelbagai serta persekitaran yang lebih berdaya saing.Skop perniagaan kewangan Islam kini lebih meluas sebagai tindak balas kepada perubahan permintaan pelanggan pada peringkat global.Justeru, isu dan cabaran yang dihadapi oleh bank Islam untuk berkembang pada peringkat antarabangsa semakin kompleks.Antara cabaran global yang dihadapi ialah struktur instrumen kewangan, takaful dan pasaran modal yang lebih kompleks dan sofistikated akibat peningkatan dalam persaingan

    Designing Halal Food Security Framework: Maqasid Shariah Compliance Perspective in Malaysia

    No full text
    Halal ecosystems create a favorable setting for long-term halal food security because halal is the gold standard for product quality and safety. This study intends to create a new halal food security framework, investigate the influence of halal development on food security, and determine the number of halal certificates that impact food security sustainability. This research has employed Vector Error Correction Model (VECM) technique and Threshold analysis. The findings showed that by incorporating halal development factors and incorporating interaction between halal development and food production, halal development successfully increases food security sustainability. Furthermore, increasing the number of company foods and beverages that receive Halal Certificates will aid Malaysia in improving and maintaining food security
    corecore