43 research outputs found

    Peristiwa El Nino dan pengaruh IOD terhadap hujan di Malaysia

    Get PDF
    Kewujudan Lautan Pasifik di timur Malaysia dan Lautan Hindi di baratnya mempengaruhi jumlah hujan di Malaysia. Antara kesan lautan ini adalah fenomena El Nino (La Nina) yang lazimnya menyebabkan keadaan kering (basah) di Malaysia. Hubungan hujan dan pengaruh lautan ini dikaji melalui indeks lautan serta jumlah hujan yang diterima di Malaysia dari tahun 1970 hingga 2008 di 12 stesen kajiiklim utama menggunakan statistik seperti analisis korelasi dan multivariat. Indeks untuk isyarat peristiwa El Nino di Lautan Pasifik adalah Equatorial Southern Oscillation Index (EQSOI), Oceanic Nino Index (ONI) dan Southern Oscillation Index (SOI) manakala isyarat untuk kejadian Indian Ocean Dipole (IOD) di Lautan Hindi menggunakan Dipole Modes Index (DMI). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji apakah pengaruh IOD sewaktu El Nino dan La Nina terhadap hujan di Malaysia. Hasil kajian mendapati hubungan antara min SOI/ONI/EQSOI/DMI dan jumlah taburan hujan adalah positif/negatif/negatif/negatif tapi lemah. IOD mempunyai pengaruh yang kadangkala positif dan negatif terhadap taburan hujan. Pola hujan tahunan di Semenanjung kurang dipengaruhi oleh El Nino berbanding di Malaysia Timur kerana kehadiran Lautan Hindi. Walaubagaimanapun ujian ANOVA tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara anomali hujan dan indeks lautan. Kejadian El Nino dan fasa IOD positif yang berlaku sebanyak 12% menyebabkan keadaan kering yang hujannya kurang daripada normal sementara 12% daripada kejadian La Nina sewaktu fasa IOD negatif menyebabkan berlakunya lebih banyak hujan daripada normal. Kajian ini menunjukkan betapa pentingnya pemantauan terhadap indeks lautan di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dalam menentukan perancangan sumber air di negara ini terutama dalam keadaan perubahan iklim yang mendatang

    Prognoza mezoskalnog ekvatorijalnog vjetra u jugoistočnoj Aziji tijekom episode suhe mutnoće 2005. godine

    Get PDF
    Even today fires are still utilized by local farmers in Southeast Asia to clear land. Air pollutants produced from the biomass burning activities from Sumatera, for example, are advected towards the western coast of Peninsular Malaysia during the southwest monsoon and can cause adverse effects on the health of the local population. This study utilized the TAPM (The Air Pollution Model) to predict the low level mesoscale characteristics in an equatorial environment that encompassed the island of Sumatera and Peninsular Malaysia during the burning period in August 2005, when persistent haze was prevalent. TAPM was able to generate the existence of the daily land and sea breeze conditions near the western coast of the Peninsular Malaysia with relative success with a moderately high Index of Agreement of 0.87 and 0.60 for the zonal and meridional wind components, respectively, even without assimilation of local wind conditions. Strong low level southwesterlies that were generated during the daytime over the Straits of Malacca were associated with sea breeze, while weak southeasterlies simulated from 1900 local time towards midnight were associated with land breeze conditions. The vertical wind profile within the lowest kilometer of the atmosphere showed that the weak southwesterlies were present from mid-morning to sunset, which was interspersed with stronger southwesterlies that generally occurred above the height of 400 m. The meteorological parameters such as wind speed, temperature, and humidity were successfully simulated by the model with comparatively high correlation coefficients, low RMSEs and high indices of agreement with observed values. The vertical turbulent kinetic energy profiles showed presence of low level suppression at a height below 600 m during the height of the haze in August 2005, which coincided with the intense burning activities in Sumatera and the elevated levels of pollution in western Peninsular Malaysia. Trajectory analysis showed that aged air articles were advected landwards and seawards throughout the duration of the seven days’ simulation from the 7th to the 13th of August 2005. The presence of recirculation features of the land and sea breeze conditions highlighted the poor transportation capability of low level winds that were unable to cope with the high loadings of aerosols from the biomass burning in Sumatera.Još i danas u jugoistočnoj Aziji poljoprivrednici spaljuju zapuštene i obrasle dijelove tla. Prilikom izgaranja biomase stvaraju se onečišćujuće tvari koje se na primjer advektiraju od Sumatre prema zapadnoj obali Poluotočne Malezije (tzv. Malaja) tijekom jugozapadnog monsuna {to može uzrokovati nepovoljne učinke na zdravlje tamošnje populacije. U ovoj studiji se koristi TAPM (model onečišćujućih tvari) za prognoziranje mezoskalnih karakteristika u graničnom sloju u ekvatorijalnom okruženju koji okružuje otok Sumatru i Poluotočnu Maleziju tijekom razdoblja izgaranja u kolovozu 2005. kada je prevladavala postojana suha mutnoća. TAPM je uglavnom uspio generirati uspostavu uvjeta za obalnu cirkulaciju blizu zapadne obale Poluotočne Malezije s umjereno visokim indeksom slaganja od 0.87 i 0.60 za zonalnu i meridionalnu komponentu vjetra, čak i bez asimilacije lokalnog vjetra. Jaki jugozapadni pasati koji se javljaju tijekom dana nad Malajskim prolazom su povezani sa smorcem dok su slabi jugoistočni pasati simulirani od 19:00 h po lokalnom vremenu do ponoći, povezani s kopnenjakom. Vertikalni profil vjetra unutar najnižeg kilometra atmosfere je pokazao da slabi jugozapadni pasati pušu od jutarnjih sati do zalaza sunca, a jači jugozapadni pasati se javljaju iznad 400 m visine. Meteorološki parametri kao što su brzina vjetra, temperatura i vlaga su uspješno simulirani modelom s usporedivo visokim koeficijentima korelacije, niskim korijenom srednje kvadratne pogreške (RMSE) i visokim indeksima slaganja s opaženim vrijednostima. Vertikalni profili turbulentne kinetičke energije su pokazali njeno smanjenje ispod prvih 600 m tijekom suhe mutnoće u kolovozu 2005., što se podudara s intenzivnim spaljivanjem biomase u Sumatri i povišenim nivoima onečišćenja u zapadnoj Poluotočnoj Maleziji. Analiza trajektorija je pokazala da je starost čestica onečišćenja koje su advektirane i prema kopnu i prema moru bila i do 7 dana tijekom simulacije od 7. do 13. kolovoza 2005. Postojanje recirkulacije unutar obalne cirkulacije ukazalo je na slabu sposobnost premještanja površinskog vjetra koji nije uspijevao značajnije transportirati visoke koncentracije onečišćenja nastalih uslijed izgaranja biomase na Sumatri

    Pemetaan bahan bakar bagi pengurusan kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Pemetaan bahan bakar merupakan elemen terpenting di dalam penentuan potensi serta risiko kebakaran hutan, selain dapat membantu di dalam simulasi pergerakan serta intensiti api dalam sesebuah kebakaran. Pemetaan bahan bakar ini memerlukan proses yang sangat kompleks bermula dengan cerapan di lapangan, pemprosesan imej satelit, pembangunan pengkalan data sehingga paparan di dalam internet melalui medium WebGIS bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia. Pemprosesan imej satelit SPOT-5 menghasilkan lapan kelas bahan bakar dan kemudian digabungkan dengan peta jenis tanah bagi membentuk enam belas jenis kelas bahan bakar. Hasil pengkelasan bahan bakar ini dapat dijadikan panduan serta amaran awal untuk pengurusan kebakaran hutan selain mengekang kawasan yang dikenalpasti sebagai titik panas dan berpotensi tercetusnya kejadian kebakaran hutan

    Analisis pola taburan reruang PM10 dan O3 di Lembah Klang dengan mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS)

    Get PDF
    Sumber utama masalah kemerosotan kualiti udara bandar terutamanya di Lembah Klang adalah berpunca daripada jumlah kenderaan bermotor yang tinggi. Beberapa Laporan Kualiti Alam Sekitar dan Laporan Tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dari 2003 hingga 2009 telah membuktikan penyataan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kualiti udara dan menganalisis pola taburan reruang tahunan bahan pencemar partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikrometer (PM10) dan ozon (O3) di beberapa stesen kualiti udara terpilih di Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras. Analisis pola taburan reruang tahunan menggunakan teknik interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW) dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) menunjukkan kepekatan PM10 yang berjulat antara 50 hingga 100 μg/m3 turut melebihi nilai setaraan purata tahunan RMAQG (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines), iaitu 50μg/m3 di setiap stesen kajian antara 2004 dan 2009. Impaknya, kemerosotan kualiti udara bandar Lembah Klang akibat daripada kenderaan bermotor bukan sahaja memburukkan masalah alam sekitar bahkan turut juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia

    Pencemaran habuk di Lembah Klang melalui analisis statistik boxplot

    Get PDF
    Salah satu punca masalah kemerosotan kualiti udara bandar di Lembah Klang berlaku akibat daripada peningkatan bahan pencemar udara partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikron (PM10) daripada kenderaan bermotor selain faktor perbandaran yang pesat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tren kepekatan purata bulanan PM10 di lima stesen kualiti udara di Lembah Klang iaitu Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras dari 2000 hingga 2009 dengan menggunakan kaedah statistik boxplot. Hasil kajian mendapati bahawa tren kepekatan purata bulanan PM10 adalah lebih tinggi daripada nilai kesetaraan Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMAQG) iaitu 103.5 μg/m3 untuk tempoh sebulan bagi beberapa stesen kajian. Nilai kepekatan PM10 bulanan yang tertinggi direkodkan adalah pada Ogos 2005 sebanyak 590 μg/m3 di stesen Klang, 482 μg/m3 (Petaling Jaya), 371 μg/m3 (Kajang) serta 587 μg/m3 (Shah Alam) dan Cheras sebanyak 465 μg/m3 sewaktu peristiwa jerebu pada ketika itu. Selain nilai maksimum, analisis boxplot turut mewakili nilai Q2 (kuartil 2) iaitu nilai median atau penengah data, IQR (julat antara kuartil) iaitu angka penengah antara nilai yang paling kecil dan median serta Q3 (kuartil 3) merupakan nilai tengah antara median dan nilai tertinggi sesuatu set data. Stesen Klang mencatatkan nilai Q3, IQR dan Q2 tertinggi pada tahun 2005 masing-masing sebanyak 342 μg/m3, 75 μg/m3 dan 277 μg/m3 pada bulan Ogos berbanding stesen lain. Episod jerebu yang serius berlaku di Semenanjung Malaysia pada waktu tersebut berasal daripada pembakaran biojisim di Sumatera, Indonesia dan faktor kedudukan Klang yang paling hampir dengan Sumatera adalah punca utama kepada peningkatan kepekatan PM10 yang tinggi di stesen tersebut

    Persepsi penerima sensitif ke atas pencemaran bau dari tapak pelupusan secara terbuka.

    Get PDF
    Pencemaran daripada tapak pelupusan merupakan isu alam sekitar yang amat sinonim dengan kualiti persekitaran fizikal dan manusia. Antara isu yang begitu relevan dengan pencemaran ini ialah ketidakseimbangan kualiti udara, pencemaran air bawah tanah oleh air kurasan, pencemaran tanih oleh logam berat dan pencemaran bau. Penjanaan bau yang terhasil daripada gas yang dilepaskan melalui proses semula jadi dan sifat sisa buangan itu sendiri telah meninggalkan pelbagai masalah seperti ketidakselesaan, kacau-ganggu, kesejahteraan dan kesihatan kepada penduduk setempat. Bagi mengesan kualiti pencemaran bau yang dijana daripada tapak pelupusan ini, pendekatan semula jadi berdasarkan deria manusia melalui satu kajian persepsi penduduk telah dilakukan pada 2010. Pensampelan secara rawak digunakan ke atas 100 penerima sensitif yang tinggal dalam lingkungan 5 km dari tapak pelupusan Pajam. Analisis secara deskriptif dilakukan bagi melihat persepsi responden ke atas pencemaran bau. Kajian ini juga meneliti faktor setempat lain yang turut mempengaruhi status kualiti bau dari tapak pelupusan tersebut. Seterusnya beberapa indikator seperti demografi penduduk setempat, taraf kesihatan, jarak dan lokasi tempat tinggal digunakan untuk melihat perbezaan kualiti bau tersebut. Akhirnya beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan pencemaran bau turut dibincangkan bagi persekitaran lestari dan kualiti hidup yang baik

    Peristiwa El Nino, keragaman hujan dan potensi Southern Oscillation Index untuk peramalan kualiti udara di Malaysia

    Get PDF
    Kejadian peristiwa El Nino mempengaruhi taburan hujan di Malaysia dan memberi impak terhadap kekurangan bekalan air untuk masyarakat umum serta kegiatan pertanian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kejadian El Nino dan hubungannya dengan hujan yang diterima serta kesan keadaan kering yang menjejaskan kualiti udara di Malaysia. Data taburan hujan selama 38 tahun dari 1970 hingga 2008 di 12 buah stesen kajicuaca utama di Malaysia dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik korelasi, bivariat dan multivariat. Hasil kajian mendapati korelasi antara min tahunan Equatorial Southern Oscillation Index (EQSOI), Southern Oscillation Index (SOI) dan Oceanic Nino Index (ONI), iaitu indeks untuk mengukur El Nino dan jumlah taburan hujan adalah negatif tapi lemah untuk EQSOI dan ONI, tapi positif untuk SOI. Penurunan jumlah taburan hujan di barat Semenanjung Malaysia tidak terlalu ketara berbanding yang dicatatkan di stesen Malaysia Timur. Korelasi antara indeks pencemaran udara dan hujan adalah negatif kecuali di Malaysia Timur (julat antara 0.07 hingga -0.43) yang menunjukkan bahawa dalam keadaan El Nino, kualiti udara di Malaysia lazimnya rendah kerana keadaan yang lebih kering. Analisis regresi multivariat menunjukkan bahawa kualiti udara dapat diramalkan daripada parameter hujan, EQSOI dan SOI, walaupun kebaikan suai berjulat antara 7% hingga 34% sahaja. Implikasi kajian ini adalah perancangan di peringkat pihak berkuasa untuk mengatasi peristiwa jerebu tempatan yang disebabkan oleh pencemaran setempat atau pencemaran rentas sempadan terutama sewaktu keadaan kering berpanjangan yang melanda negara akibat daripada fenomena El Nino

    Aplikasi kerangka konseptual DPSIR USEPA bagi pencemaran udara bandar daripada kenderaan bermotor: kajian kes Kuala Lumpur, Malaysia

    Get PDF
    Pencemaran udara di Kuala Lumpur berpunca daripada kenderaan bermotor sehingga membahayakan kesihatan manusia dan kemerosotan kualiti udara. Pendekatan secara holistik dan komprehensif perlu diperkenalkan bertujuan bagi memahami dengan mendalam pengaruh, impak dan pengurusan dalam menangani isu tersebut. Kerangka konseptual Driver-Pressure-State-Impact-Response (DPSIR) oleh United State Environmental Protection Agency (USEPA) yang bersifat menyeluruh dan sistematik diaplikasi bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aspek persekitaran fizikal dan manusia dalam mempengaruhi pencemaran udara bandar. Rekod daripada Jabatan Alam Sekitar membuktikan bahawa kenderaan bermotor dikenalpasti sebagai sumber utama bahan pencemar yang dibebaskan daripada peningkatan jumlah kenderaan bernotor yang berdaftar di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur mencatatkan jumlah keseluruhan kenderaan berdaftar iaitu 4,963,646 unit pada 2011 dan pernah mengalami kualiti udara tidak sihat terutama zarah terampai (PM10) yang mencatatkan purata 24 jam yang melebihi Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia (RMAQG) iaitu sebanyak 150 µg/m3 pada tahun 2014 daripada pelbagai sumber tempatan dan jerebu rentas sempadan. Kemerosotan kualiti udara secara langsung mengakibatkan masalah pernafasan dan penyakit akut yang serius dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur. Aplikasi kerangka konseptual DPSIR sangat penting kepada pihak pembuat dasar dan keputusan dalam usaha pengawalan dan pengurangan impak negatif pencemaran trafik melalui pelaksanaan pelbagai langkah dan implementasi strategi untuk mewujudkan persekitaran mampan pada masa akan datang

    Aset pelancongan luar bandar daripada lensa komuniti Lembah Beriah

    Get PDF
    Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat di dunia sekaligus menjadi pemacu utama dalam kemajuan sosioekonomi. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti (1) tarikan (attractions), (2) ketersampaian (accessibility), (3) kemudahan (amenities), (4) pakej pelancongan (available packages), (5) aktiviti pelancongan (activities) dan (6) perkhidmatan sampingan (ancillary services). Lembah Beriah merupakan salah satu kawasan di dalam Daerah Kerian, Perak dan memiliki taburan bentuk muka bumi yang menarik dan boleh dibangunkan untuk menjadi salah satu pusat pelancongan di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti aset pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di Lembah Beriah. Berdasarkan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang komuniti di Lembah Beriah mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset pelancongan di Lembah Beriah yang menarik dan berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan, terdiri daripada produk alam semula jadi dan buatan manusia. Aset pelancongan alam semulajadi meliputi sawah padi dan tasik sementara aset pelancongan budaya dan warisan merangkumi seni silat, kraftangan dan gastronomi setempat

    Heavy metals content in Paraphilometroides nemipteri from South China Sea may influence level of glutathione and P38 protein expression

    Get PDF
    Numerous studies have shown that parasites potentially become bio-accumulators for heavy metals. The heavy metals content in parasite-infected fish was reported to be lower compared to the parasite non-infected fish. Evaluation of heavy metal content in Nemipterus peronii and Paraphilometroides nemipteri was performed using ICP-OES. Our result has shown that arsenic was the most abundance heavy metal content in muscle N. peronii and P. nemipteri, suggesting that the parasite has the ability to accumulate heavy metals. Heavy metals were reported to induce oxidative stress where glutathione and p38 protein may be involved. Thus, expression of the p38 protein was determined using western blot technique and glutathione content was measured fluorometrically. The p38 expression in P. nemipteri of Pulau Kambing was higher compared to P. nemipteri of Besut has shown that the parasite may exposed to stress. Glutathione content showed no significant changes due to detoxification mechanism occurred in the parasite. In this study, we could conclude that P. nemipteri could be a bio-accumulator, whereas p38 protein and glutathione as indicator of stress level in the parasite that exposed to the heavy metals
    corecore