30 research outputs found

    Taburan fosil dan penilaian semula usia formasi singa di Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia

    Get PDF
    Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi terdiri daripada jujukan batuan sedimen argilit dan boleh dibahagikan kepada empat ahli iaitu Rebak, Kentut, Ular dan Selang. Formasi Singa kaya dengan fosil terutamanya daripada jenis brakiopod, bryozoa dan bivalvia yang boleh ditemui dalam Ahli Rebak dan Ahli Selang. Fosil yang ditemui semasa kajian dijalankan serta fosil yang pernah dilaporkan oleh penyelidik terdahulu telah dibuat penelitian semula untuk menentukan usia Formasi Singa dengan lebih tepat. Himpunan fosil Formasi Singa boleh dibahagikan kepada tiga julat usia, iaitu Visean, Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan Sakmarian Akhir. Jujukan berusia Visean diwakili oleh Ahli Rebak, manakala jujukan Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan jujukan Sakmarian Akhir diwakili oleh Ahli Selang. Dalam Ahli Ular dan Ahli Kentut tidak ditemui sebarang fosil. Keputusan daripada kertas ini memerlukan satu kajian semula dijalankan terhadap litostratigrafi Formasi Singa

    Pengelasan litostratigrafi baru untuk formasi singa di Langkawi, Kedah, Malaysia

    Get PDF
    Semakan semula litostratigrafi Formasi Singa dilakukan berdasarkan data-data baru yang diperoleh melalui kajian terbaru. Secara umumnya, Formasi Singa dominan dengan batu lumpur hitam yang berselang lapis dengan batu pasir nipis hingga sederhana tebal serta sedikit lapisan konglomerat. Kajian melibatkan analisis terhadap beberapa log sedimen yang telah direkodkan di lapangan. Kesemua log sedimen tersebut telah dikorelasikan untuk mendapatkan satu log komposit yang mewakili keseluruhan Formasi Singa. Berdasarkan kajian terperinci korelasi litologi yang dilakukan, cadangan litostratigrafi baru Formasi Singa mengandungi empat ahli iaitu Ahli Kentut, Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Kentut merupakan ahli yang paling tua diikuti dengan Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Ular di dalam Formasi Singa dianggap sebagai satu unit kekanta antara Ahli Kentut dengan Ahli Selang. Beberapa siri perubahan paras laut ditafsirkan sepanjang pengendapan batuan Formasi Singa dipercayai akibat daripada proses pencairan glasier yang menyebabkan paras laut meningkat dan pengendapan berterusan yang menyebabkan lembangan menjadi cetek dan paras laut menjadi rendah

    Pengelasan litostratigrafi baru untuk formasi singa di Langkawi, Kedah, Malaysia

    Get PDF
    Semakan semula litostratigrafi Formasi Singa dilakukan berdasarkan data-data baru yang diperoleh melalui kajian terbaru. Secara umumnya, Formasi Singa dominan dengan batu lumpur hitam yang berselang lapis dengan batu pasir nipis hingga sederhana tebal serta sedikit lapisan konglomerat. Kajian melibatkan analisis terhadap beberapa log sedimen yang telah direkodkan di lapangan. Kesemua log sedimen tersebut telah dikorelasikan untuk mendapatkan satu log komposit yang mewakili keseluruhan Formasi Singa. Berdasarkan kajian terperinci korelasi litologi yang dilakukan, cadangan litostratigrafi baru Formasi Singa mengandungi empat ahli iaitu Ahli Kentut, Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Kentut merupakan ahli yang paling tua diikuti dengan Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Ular di dalam Formasi Singa dianggap sebagai satu unit kekanta antara Ahli Kentut dengan Ahli Selang. Beberapa siri perubahan paras laut ditafsirkan sepanjang pengendapan batuan Formasi Singa dipercayai akibat daripada proses pencairan glasier yang menyebabkan paras laut meningkat dan pengendapan berterusan yang menyebabkan lembangan menjadi cetek dan paras laut menjadi rendah

    Pemetaan batimetri lantai laut cetek Delta Sungai Kelantan, Malaysia hingga pelantar benua, Laut China Selatan

    Get PDF
    Pemetaan dengan menggunakan kaedah pantulan bunyi telah menemukan satu permukaan lantai laut yang unik dengan ciri morfologi yang pelbagai bermula dari kawasan pesisir laut cetek Delta Sungai Kelantan hingga ke pelantar benua Laut China Selatan. Morfologi lantai laut menunjukkan peningkatan sehingga 38 m ke arah pelantar benua. Empat rentasan lantai laut menunjukkan kemiringan yang kurang daripada 1° dengan nilai antara 0.05° dan 0.57°, menunjukkan penurunan yang sekata sehingga pelantar benua. Suatu tindakan mekanisme pencetus telah menyebabkan fenomena lompatan hidraulik berlaku dan membentuk ketakseragaman morfologi lantai laut dan menghasilkan satu lohong hitam sedalam 26 m dari lantai laut sekitarnya dan pembentukan satu beting pasir yang mempunyai ketinggian sehingga 8 m dari permukaan laut dengan keluasan sekitar 9 km2. Penentuan fenomena yang terhasil dikukuhkan dengan penemuan empat kontur tertutup yang dikenal pasti sebagai kaviti kecil di tiga kawasan yang berbeza. Kesemua fitur dan perubahan morfologi yang berlaku di kawasan lantai laut ini terhasil daripada jatuhan air dari mulut Sungai Kelantan yang berterusan dengan kadar kelajuan berbeza bergantung kepada pelepasan air dan musim monsun

    Pencirian mikroskopi butiran kuarza laut cetek muara Sungai Kelantan hingga pelantar benua Laut China Selatan, Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Pencirian butiran kuarza berskala mikro dengan menggunakan mikroskop pengimbas elektron (SEM) menemukan beberapa jenis kuarza yang mempunyai tekstur dan morfologi butiran kuarza berbeza. Penggunaan kaedah ini telah berjaya mengenal pasti enam jenis butiran kuarza iaitu kuarza jenis A, B, C, D, E dan F. Pengelasan dibuat berdasarkan tekstur dan morfologi butiran yang menggambarkan sejarah pengangkutan (proses mekanik) dan pengendapan yang telah dilalui oleh butiran kuarza tersebut. Keenam-enam jenis kuarza tersebut diterbitkan oleh dua faktor geologi iaitu genetik butiran kuarza dan proses mekanik semasa pengangkutan. Hasil daripada pembahagian faktor ini, dua wilayah taburan jenis butiran kuarza telah dikenal pasti iaitu wilayah I dan wilayah II. Wilayah I mencirikan kuarza yang mengalami proses mekanik lemah sehingga sederhana dan dikenal pasti sebagai sedimen Resen yang diangkut melalui Sungai Kelantan sebelum dienapkan ke dalam kawasan lembangan Laut China Selatan. Sedimen Resen ini menunjukkan tekstur permukaan yang tidak kasar dicirikan oleh tanda V berdiameter 2 μm dan lelasan yang tinggi pada permukaan kuarza dan morfologi yang bulat hingga hampir sfera

    Best band ratio combinations for the lithological discrimination of the Dayang Bunting and Tuba Islands, Langkawi, Malaysia

    Get PDF
    Band ratio combination has been proven to be one of the most useful image processing methods for lithological discrimination, as discussed by many researchers in the past. In this study, bands from Landsat 5 TM were used to generate different ratio combinations to discriminate the different lithologies of two islands located at the southern end of the Langkawi archipelago, specifically the Dayang Bunting and Tuba Islands. Both islands comprise similar lithological units – namely, limestone/marble (Permian & Silurian-Ordovician), granite and alluvium. There are two rock formations that are limestone/marble dominated. The first is known as the Chuping Formation, which consists of limestone/marble and the other is the Setul Formation, which consists of not only limestone/marble but also of two detrital intervals. Different ratio combinations obtained from past researchers and that was produced from this study were tested on the image of the Dayang Bunting and Tuba Islands to identify the best ratio combinations that were able to discriminate the different lithologies for both islands. A total of 28 combinations were performed to examine which combinations are the most effective. From the 28 combinations, three were identified as the most suitable; 4/3 5/2 3/1, 5/3 4/3 4/1 and 4/2 5/3 4/3 in the RGB sequence. These combinations enhanced the spectral differences of each lithology unit so that it can be distinguished easily. Apart from the difference in the spectral response, the texture of the lithologies was also enhanced to assist in discriminating the different units

    Kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di sedimen permukaan sekitar Delta Sungai Kelantan, Malaysia

    Get PDF
    Suatu kajian telah dijalankan untuk menentukan kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di sedimen permukaan sekitar delta Sungai Kelantan memandangkan kajian foraminifera terutamanya di perairan marin Malaysia amat kurang. Sejumlah 22 stesen daripada dua garisan transek telah ditentukan sebagai kawasan persampelan. Sebanyak 10,317 individu foraminifera yang terdiri daripada 27 famili, 34 genus dan 55 spesies telah ditemui di kawasan kajian. Secara keseluruhannya, famili Hauerinidae mencatatkan kepelbagaian spesies tertinggi (10 spesies) manakala famili paling dominan dengan jumlah individu tertinggi ialah Rotaliidae (26.14%). Spesies dominan dan paling melimpah di kawasan kajian ialah Asterorotalia pulchella (17.24%) dan Operculina ammonoides (10.19%). Indeks kepelbagaian spesies, H’ yang dicatatkan ialah antara 0.5 hingga 3.1 manakala indeks kekayaan spesies, α adalah antara 1.5 hingga 7.9. Kelimpahan dan kepelbagaian spesies tertinggi (α=7.9, H’=3.1) dicatatkan pada stesen 21 yang terletak di laut terbuka dengan kedalaman air sebanyak 36.8 m dan bersaliniti 32.2 ppt mendekati laut normal. Nilai H’ dan α terendah dicatatkan pada stesen yang berdekatan dengan muara sungai yang cetek dan bersaliniti lebih rendah. Secara keseluruhannya, nilai indeks kepelbagaian yang dicatatkan di kawasan kajian adalah menepati persekitaran marin berair cetek. Kesimpulannya, kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di kawasan kajian dipengaruhi oleh kedalaman dan saliniti air

    Market assessment on the potential of oil palm empty fruit bunch (OPEFB) particleboard in Malaysia's wood-based industries

    Get PDF
    This study was undertaken to assess the market potential and perceptions of oil palm empty fruit bunch (OPEFB) particleboards in Malaysia's wood-based industries, including furniture. The results of the assessments were based on the reasons and opinions raised by the wood-based product manufacturers and users. The assessment was conducted through a survey which involved 300 respondents during Malaysian International Furniture Fair (MIFF) and Malaysian Furniture Exporters Exhibition (MAFEX) in March 2009 with the aims to investigate the manufacturers' and users' awareness and perceptions towards OPEFB particleboards as an industrial material, to identify OPEFB particleboard potential as an input material and to give general recommendations to OPEFB-based manufacturers, particularly particleboards, so as to help them improving their products based on analysis of the product strengths and weaknesses. The survey data obtained from the fair and exhibition were transformed into tabular and graphical forms. A descriptive analysis was performed for the gathered data to make them interpretable. The 'reasons for choosing' data were analysed with respect the Normality Test by using Kolmogrov-Smirnov Test to determine whether the data are normal or not. The data are considered normal if the mean value is greater than 0.5. The survey showed that most of the respondents preferred rubberwood as a better raw material to be used in producing wood-based products compared to OPEFB. This is because promotion on OPEFB is insufficient and should be done more frequently and widely to gain attentions from wood-based product manufacturers

    THE OCCURRENCE OF PALAEOZOIC CONGLOMERATIC ROCKS IN EAST JOHOR, PENINSULAR MALAYSIA

    Get PDF
    Conglomeratic rocks in East Johor are found in the separately three formations that are the Murau, Tanjung Leman and Linggiu Formations. The Murau Formation is characterized by cobble to boulder grained breccia with very angular to angular and disorganized clasts. It was deposited by fan-delta system in the sub-aerial to shallow marine environment. The Tanjung Leman Formation consists of pebble to cobble grained conglomerate with rounded to subrounded and organized clasts. It was deposited by braided river system in the sub-aerial environment. Both formations outcropped in eastern coastal of Johor. The rudaceous rocks of the Linggiu Formation consist of pebble to cobble-sized clasts with sub angular and disorganized texture. It present as subordinate rocks within sandstone dominant in the central part of East Johor and was deposited by debris flows in the shallow marine environment. All these rudaceous rocks were interpreted as Palaeozoic in age ranging from Late Carboniferous to Late Permian. Those rudaceous rocks indicated that since Late Carboniferous, palaeogeography of East Johor was a continent with subaerial to shallow marine depositional environment. Keywords: Conglomerate, Palaeozoic, East Johor, subaerial, shallow marine

    Taburan geokimia unsur sedimen kuaterner laut cetek muara Sungai Kelantan hingga ke pelantar Laut China Selatan, Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Analisis geokimia menggunakan kaedah ICP-MS menunjukkan taburan geokimia unsur di kawasan kajian dipengaruhi oleh dua asalan sedimen berbeza iaitu daripada marin dan daratan. Unsur Ca dan Mg dikenal pasti sebagai unsur marin, manakala unsur Al, Fe, Mn, Na, Cu, Cr, Zn dan Ni dikenal pasti sebagai unsur daratan. Unsur Ca dan Mg dikenal pasti terhasil daripada proses penyahkapuran rangka dan hidupan marin seperti cengkerang moluska dan foraminifera. Unsur benua berasal daripada granit dari Gunung Korbu dan Gunung Stong yang disaliri oleh Sungai Nenggiri dan Sungai Galas, serta batuan argilit arenit yang berasal dari bahagian selatan dan tenggara Negeri Kelantan dari Gunung Cintawangsa dan Gunung Stong dan disaliri oleh Sungai Lebir dan Sungai Galas. Unsur daripada batuan induk membebaskan unsur kimia semasa luluhawa kimia dan telah dijerap oleh cas-cas negatif pada permukaan sedimen halus seperti lempung dan lodak sebelum dimendapkan bersama di dalam kawasan kajian
    corecore