4 research outputs found

    Rekabentuk bahan pembelajaran matematik berbantukan komputer bagi pelajar diskalkulia

    Get PDF
    Pelajar diskalkulia sering menghadapi kesukaran dalam penggunaan simbol matematik, perbandingan antara nilai nombor dan sukar untuk melakukan pengiraan matematik yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Penggunaan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan teknologi dapat membantu pelajar diskalkulia dalam pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, fasa merekabentuk kandungan pembelajaran merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum pembangunan PBK boleh dilakukan khususnya bagi para pelajar diskalkulia. Strategi pengajaran Konkrit-Semi-konkrit-Abstrak (CSA) merupakan strategi pengajaran yang sesuai bagi pengajaran matematik pelajar diskalkulia. CSA terdiri daripada tiga tahap yang utama iaitu tahap konkrit, tahap semi-konkrit dan tahap abstrak. Integrasi strategi pengajaran ini mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran matematik di kalangan pelajar diskalkulia

    Applying self-regulation models in online learning

    Get PDF
    Self-regulation can be viewed as a process that can assist students in the learning task to improve learning achievement thus to become a lifelong learners through the ability to plan, monitor and evaluate own learning. Based on previous studies, self regulation learning strategy is usually applied in second language subjects, comprehension task, reading, spelling, Mathematics, and also writing. However, regulation in online learning is difficult to establish hence less studies were found exploring this area. The purpose of this paper is to underline the importance of self regulation in online learning. Self-regulation is found to be important in assisting students to develop their knowledge, skills and strategies and overcome learning difficulties in learning

    rekabentuk bahan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berdasarkan schema-based instruction dalam kalangan pelajar disleksia

    Get PDF
    Disleksia merupakan masalah pembelajaran spesifik yang disebabkan oleh masalah neurologi. Kekeliruan dalam menyahkod sesuatu perkataan menyebabkan gangguan semasa sesi pembelajaran dan emosi pelajar. Masalah matematik tidak hanya bergantung dengan penggunaan nombor dan simbol semata-mata. Terdapat juga domain matematik yang menggunakan perkataan dan pada kebiasaannya dalam bentuk soalan penyelesaian masalah. Tujuan kajian ini adalah bagi mereka bentuk bahan bantu mengajar yang menggunakan schema–based instruction (Jitendra, 2010) sebagai strategi pembelajaran masalah matematik. Pembelajaran bagi pelajar disleksia direka bentuk bagi pembangunan aplikasi bahan bantu mengajar. Rekabentuk ini dilakukan khususnya untuk membantu pelajar disleksia menyelesaikan masalah matematik yang berbentuk perkataan
    corecore