11 research outputs found

    Sejarah institusi ketenteraan di Malaysia dan sumbangan kepada kelangsungan ketamadunan / Burhanuddin Jalal … [et al.]

    Get PDF
    Pembangunan institusi ketenteraan juga merupakan sebahagian dari sebahagian tamadun kemanusian. Bagi memastikan keamanan dan kemakmuran alam bagi kelangsungan kehidupan manusia melalui nilai-nilai keamanan dan kesejahteraan, institusi ketenteraan ternyata mempunyai peranan. Selain dari itu pertahanan dan keamanan merupakan satu keperluan yang penting (maslahat dharuriyyat) bagi setiap manusia, masyarakat serta negara pada sebilang masa. Dengan adanya pertahanan, keamanan dan keselamatan manusia, masyarakat dan negara dapat melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab dengan sempurna. Institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan telah berperanan dalam proses pembangunan negara sekaligus menyumbang kepada kemajuan dan ketamadunan negara. Kertas ini akan menyorot sejarah perkembangan institusi ketenteraan di Malaysia serta persediaan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang turut mempengaruhi tamadun manusia dan dunia

    Isu pendaftaran tanah wakaf dan Kanun Tanah Negara 1965 / Sayuti Ab Ghani et al.

    Get PDF
    Isu pembangunan tanah wakaf sering diperkatakan oleh masyarakat ketika ini. Salah satu daripada isu yang menyekat pembangunan tanah wakaf ialah isu pendaftaran. Apabila dirujuk kepada undang-undang tanah di negara ini, iaitu Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) menjelaskan tiada seseorang atau badan-badan tertentu yang berhak di atas tanah yang belum didaftarkan (Sek. 340, KTN). Oleh itu, pendaftaran merupakan satu elemen yang sangat penting dalam mempastikan pembangunan tanah wakaf dalam negara berada di atas landasan yang sebenar. Hal ini bermakna tanpa pendaftaran, maka tanah wakaf yang ada bukannya hak milik Majlis Agama Islam menurut Kanun Tanah Negara dan dalam masa yang sama pembangunan tidak dapat dijalankan di atas tanah wakaf. Oleh sebab itu kajian ini tertumpu kepada elemen-elemen pendaftaran yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia serta isu-isu yang berbangkit daripada tanah wakaf yang belum didaftarkan. Perkara yang dibincangkan ini menjadi panduan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan harta wakaf di negara ini dapat dibangunkan dengan sewajarnya

    Peranan pengurusan dan persekitaran Kolej Profesional Mara dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) terhadap karakter pelajar

    Get PDF
    Peranan pihak pengurusan dan persekitaran merupakan elemen yang penting dalam menyokong pelaksanaan sesuatu program pendidikan yang membentuk karakter pelajar. Signifikan kajian ini adalah kerana pembentukan karakter pelajar sering dilihat dari aspek dalam kelas sahaja tanpa mengetengahkan peranan pihak pengurusan serta persekitaran kolej. Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan sokongan pihak pengurusan dan persekitaran kolej dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) terhadap pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar di Kolej Profesional MARA (KPM). Subjek kajian terdiri daripada 674 orang pelajar semester akhir di KPM seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menganalisis dapatan kajian menggunakan model perisian SmartPLS. Hasil kajian mengesahkan sokongan pihak pengurusan dan sokongan persekitaran bertindak sebagai peramal yang penting kepada pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar. Berdasarkan perspektif statistik, dapatan kajian ini telah mengesahkan hipotesis bahawa konstruk sokongan pihak pengurusan dan konstruk sokongan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan kepada pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar di KPM. Hasil kajian ini akan menjadi kayu ukur dalam memperkasakan lagi peranan kedua-dua elemen tersebut serta mengenalpasti elemen-elemen utama yang menyumbang kepada pemerkasaan karakter pelajar yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara sejajar dengan Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan golongan belia memainkan peranan yang lebih besar dalam pembentukan kepimpinan negara bangsa

    Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (BERSARA): penggerak daie askari dan dakwah wasatiyyah dalam Angkatan Tentera Malaysia

    No full text
    Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (Bersara) merupakan seorang tokoh ulama yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam kemajuan dan syiar Islam dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan secara khusus peranan beliau dalam kemajuan dan pembangunan dakwah Islam dalam organisasi Angkatan tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Dalam usaha untuk memartabatkan KAGAT sebagai organisasi dakwah yang cemerlang, beliau telah menerapkan elemen ‘Dakwah melalui pendekatan secara harakah dan wasatiyyah’ dalam KAGAT melalui pelaksanaan dakwah secara bertahap iaitu tahap al-ta‘arif (tahap penyebaran fikrah secara umum kepada orang ramai), tahap al-takwim (era pembentukan organisasi dan bersedia untuk terus menyampaikan dakwah) dan tahap al-tanfiz (tahap pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan). Kajian perpustakaan, sorotan sejarah, analisis kandungan dokumentasi serta wawancara telah digunkan sebagai metodologi kajian ini.Dapatan kajian terhadap tokoh ulama ini, yang dibuat melalui kajian perpustakaan telah mendapati bahawa tokoh ulama ini telah memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT pada hari ini serta kemajuan pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya tempur yang kuat serta rohani yang mantap

    Patriotisme di kalangan mahasiswa/i di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia

    No full text
    Patriotisme merupakan mekanisme penting dalam mengukur kesetiaan seseorang rakyat terhadap negara.Patriotisme juga merupakan satu unsur psikologi yang harus wujud dalam diri setiap individu yang bernegara.Artikel ini membincangkan mengenai tahap patriotisme di kalangan mahasiswdi institusi pengajian tinggi (IPTA) di Malaysia. Perbincangan juga turut menyentuh mengenai tahap patriotisme yang dikaitkan dengan ciri-ciri demografi.Tiga elemen demografi yang dipilih iaitu jantina, bangsa dan tempat asal.Kajian ini dijalankan di tiga buah universiti awam iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).Seramai 1345 mahasiswa/i telah dipilih sebagai responden.Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik.Dapatan kajian menunjukkan tahap patriotisme di kalangan pelajar tanpa mengira kaum adalah tinggi namun para pelajar Melayu mencatatkan tahap yang paling baik. Manakala pelajar wanita pula digambarkan sebagai lebih patriotik berbanding dengan pelajar lelaki manakala mereka yang berasal dari luar bandar lebih patriotik berbanding dengan pelajar dari bandar

    The formation of charismatic leadership among university students: an empirical analysis based on the determinants of physical, emotional, spiritual and intellectual

    No full text
    Leadership is a key pillar of the successful 21st century organizations and it is very crucial to ensure that its governance is always of the highest standard and remain relevant. Leadership without integrity is a risk to an organization and will disrupts the organization’s efficiency and effectiveness. Therefore, the process of developing a good leader is vital for university students who will be future leaders with a holistic and balanced spiritual and physical aspect of their life. This study was conducted to analyze the four concepts of P.E.S.I. namely Physical, Emotional, Spiritual and Intellectual that influence the preservation of leadership among students in a Malaysian institution of higher learning. The quantitative method was used in this study where self-administered questionnaires were employed as a research instrument. The sample (n=342) was collected from students of a public university in Malaysia. The results found that there were significant relationships between the four concepts of P.E.S.I. and the formation of charismatic leadership among students of a public university in Malaysia. This study is expected to be an important source of reference for public universities in Malaysia to develop exemplary leaders

    Kajian pelaksanaan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia

    No full text
    Kekuatan organisasi ketenteraan boleh diukur menerusi tiga elemen penting iatu daya tembak (fire power), daya gerak (mobility power) dan daya juang (combat power). Aspek daya juang merangkumi aspek kesiagaan spiritual merupakan elemen asas yang perlu diperkukuhkan dalam diri setiap anggota tentera. Ia perlu berada pada tahap yang tinggi dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Kesiagaan insititusi ketenteraaan tidak hanya dinilai dari kelengkapan asset dan alatan canggih sematamata, malah yang terpenting ialah nilai kerohanian dalam diri setiap anggota tentera terutamanya dari sudut kesiagaan diri menggalas tanggungjawab dan amanah negara. Sehubungan itu Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) menerusi Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM (PMAT 9/91), yang meliputi pelbagai program aktivtiti kerohanian dan pendidikan Islam kepada seluruh warga ATM, telah melaksanakan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Fokus kajian adalah untuk membuat penilaian terhadap pelaksanaan program tersebut dari aspek perancangan,pelaksanaan dan juga pemantauan melalui perspektif anggota ATM. Metodologi kajian melibatkan pendekatan gabungan (mixedmethod) iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunapakai dan telah melibatkan seramai 1,137 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang rapat dari aspek faktor suasana, faedah, guru dan pendakwah (anggota KAGAT), dan juga sikap anggota terhadap program. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek kekuatan spiritual mempunyai hubungan yang positif terhadap kesediaan dan kekuatan tempur anggota Angkatan Tentera Malaysia. Sesungguhnya pendidikan Islam serta usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera perlu terus perkukuhkan agar tahap kesiagaan kerohanian anggota tentera dapat dipertingkatkan bagi memastikan anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa memenuhi dua aspek utama daya juang (combat power) iaitu dari aspek fizikal dan juga spiritual (kerohanian) agar wujud insan tentera yang berkualiti dan cemerlang
    corecore