95 research outputs found

    Tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti sejauh manakah tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) agar pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dapat memenuhi aspirasi yang diharapkan oleh pihak kementerian. Selain itu, kajian ini juga melihat perbandingan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBS berdasarkan jantina, tempat bertugas dan opsyen guru melalui kaedah ujian-t. Satu set soal selidik yang mengandungi 39 soalan telah diedarkan kepada 140 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu di 20 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program Package For The Social Sciences SPSS Version 19.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t bagi menjawab kesemua persoalan kajian. Kajian rintis digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen borang kaji selidik untuk memperoleh nilai alpha (a) Cronbach). Nilai a berada pada tahap sangat tinggi (a=>90) secara keseluruhan bagi setiap item dalam borang kaji selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai kemahiran pada tahap nilai min yang tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dari segi perbandingan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05 antara tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05 dengan faktor jantina, opsyen dan tempat guru mengajar terhadap pelaksanaan PBS. Oleh itu, tahap kemahiran yang tinggi guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat membantu pihak kementerian untuk melaksanakan pentaksiran baharu dalam pendidikan

    Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru bahasa Melayu melaksanakan kajian pengajaran

    Get PDF
    Kajian pengajaran atau Lesson Study merupakan salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen, peranan pentadbir dan opsyen guru bahasa Melayu dengan kesediaan guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan kajian pengajaran. Borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian telah diedarkan kepada 253 orang guru bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat. Data kajian dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen bukan faktor penghalang untuk guru menggunakan pendekatan kajian pengajaran semasa mengajar. Sebaliknya, faktor peranan pentadbir dan opsyen perguruan banyak mempengaruhi kesediaan guru Bahasa Melayu daerah Hulu Langat untuk melaksanakan kajian pengajaran. Rumusannya, kajian pengajaran boleh menjejaskan tumpuan guru Bahasa Melayu dalam pengajarannya jika faktor peranan pentadbir sekolah dan opsyen guru tidak diambil perhatian dalam menjayakan kajian pengajaran.

    Pembangunan modul belajar-cara-belajar Bahasa Melayu Komunikasi

    Get PDF
    Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di negara Malaysia. Mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi menjadi prasyarat kepada pelajar warganegara asing untuk lulus dan dianugerahkan diploma atau ijazah dalam masa yang singkat. Dalam hal ini, pelajar asing akan menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis dalam tempoh yang ditetapkan. Antara isu yang sering dibincangkan ialah kebanyakan pelajar asing yang mengikuti kursus Bahasa Melayu Komunikasi lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu yang dipelajari dalam tempoh masa yang singkat. Kelemahan ini secara langsung menjejaskan kelancaran pengajian dan pencapaian akademik mereka secara keseluruhannya. Tujuan kajian ini ialah mereka bentuk Modul Belajar-Cara- Belajar Bahasa Melayu Komunikasi (MBCB BMK). Kajian ini memperjelaskan tentang langkah-langkah yang dilaksanakan untuk membangun MBCB BMK yang bertujuan untuk membantu memudahkan pelajar warganegara asing mempelajari Bahasa Melayu Komunikasi dan untuk melihat kebolehgunaan MBCB BMK dari segi antara muka, gambar, teks, isi kandungan, pendekatan pedagogi dan hubungan dengan teori pembelajaran. Dapatan kajian yang menunjukkan penggunaan MBCB BMK untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi menjadi satu alternatif kaedah pengajaran yang perlu dipertimbangkan oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penggunaan MBCB BMK ini memberikan peluang kepada guru untuk menghasilkan pelbagai teknik pengajaran yang mereka miliki. Kajian ini telah berjaya membangun MBCB BMK kepada pelajar warganegara asing di Institusi Pengajian Tinggi

    Malay Language Learning Strategies Use Among Chinese Student Through Attitude And Learning Skills

    Get PDF
    This study was conducted to identify the Malay language learning strategies (MLLS) and frequency through language skill use among Chinese students in Muar, Johor. This study aimed to investigate the relationship of language learning strategies (LLS) by attitude. A total of 181 Chinese students form 4 selected for this study. The sample selection was random. This research uses a questionnaire as a major research tool to gather information about the use of language learning strategies. The instrument uses a Likert scale of 1 to 5. Data were analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 22.0. The questionnaire is divided into three parts, namely demographic information, the Malay language learning strategies and attitudes. The questionnaire data were analyzed using descriptive statistics and statistical inference. The findings show that Chinese students use LLS as a whole in the medium level (mean = 3.45). Speaking strategies (mean = 3.55) was the highest strategy followed a strategy used to hear (mean = 3.53), write (mean = 3.43) and read (mean = 3.29). Student attitudes towards learning languages showing a moderate level (mean = 3.49). The results showed that the use of LLS influenced by the attitudes of students when studying Malay language. In conclusion, these findings could be used to some extent by the various parties to take learning strategies as a means to enhance Malay language proficiency among students, especially non-Malay students

    Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya VLE Frog dalam pembelajaran Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan persekitaran pembelajaran maya atau virtual learning environment (VLE Frog) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melihat tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap penggunaan VLE Frog dalam Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 240 orang pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS 22.0. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik infrensi. Analisis deskriptif mendapati ketiga-tiga min, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajar terhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti VLE Frog dapat menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu

    Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah

    Get PDF
    Artikel ini melaporkan proses pembangunan dan penilaian kebolehgunaan modul terhadap kemahiran bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Proses pembangunan melibatkan penyediaan bahan, semakan pakar dan penilaian kandungan modul. Semasa proses pembangunan, modul disemak oleh lapan pakar bidang berbeza. Beberapa cadangan dikenal pasti dan penambahbaikan dibuat berdasarkan cadangan yang diberikan. Modul yang dimurnikan dinilai ketepatan kandungannya oleh 20 penilai, terdiri lapan pakar bidang yang sama dan 12 guru prasekolah. Proses pelaksanaan dan penilaian modul dilakukan di dua bilik darjah bagi menguji kebolehgunaan modul. Enam murid daripada dua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dipilih bagi tujuan pengumpulan data. Setiap sekolah melibatkan tiga murid bagi tujuan ini. Selain itu, dua guru dipilih secara bertujuan untuk melakukan pengajaran di dua bilik darjah. Data kualitatif diambil melalui pemerhatian rakaman video. Kaedah pengumpulan data dibuat menggunakan rekod anekdot dan sampel kerja murid. Dapatan menunjukkan interaksi dengan bahan permainan dan rakan semasa bermain telah membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa Melayu secara emergent tanpa bimbingan guru sepenuhnya. Hasil kajian ini dijangka berupaya menjadikan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah lebih bermakna dan menarik minat kanak-kanak untuk belajar

    Sikap dan kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap dan kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian tinjauan ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap perbezaan sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 322 orang pelajar di empat buah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Analisis deskriptif mendapati min sikap (4.04) dan kesediaan (3.98) pelajar terhadap KBAT berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi menggunakan ujian-t dan korelasi mendapati terdapat perbezaan kesediaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS. Manakala tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS. Daripada analisis menunjukkan KBAT semakin diterima di sekolah dan pelajar menunjukkan kecenderungan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam dalam KOMSAS. Oleh itu, diharapkan guru dapat mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif menggunakan KBAT di dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari KOMSAS. dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

    Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan peta pemikiran (i-think) guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu yang melibatkan 60 orang murid di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat. Kumpulan murid eksperimen terdiri daripada 30 orang murid begitu juga dengan kumpulan kawalan. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa: (1) Tidak terdapat perbezaan sinifikan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Penguasaan penulisan Bahasa Melayu agak lemah, disebabkan kegagalan melahirkan idea yang bernas serta mengembangkan isi. (2) Terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara min skor ujian pra dengan min skor ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran kemahiran menulis memberi kesan terhadap pencapaian murid. (3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra dengan min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan. Penggunaan teknik perbincangan konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dapat meningkatkan pencapaian murid. Rumusannya, penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran penulisan karangan berjaya meningkatkan penguasaan subjek dalam aspek olahan karangan. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran sebagai satu cara atau kaedah baharu yang dapat merangsang murid-murid berfikir aras tinggi seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik

    Pengetahuan pelajar sekolah menengah tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan pengetahuan berdasarkan jantina, di samping menjelaskan kesesuaian penggunaan peta pemikiran terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi, Johor dijadikan responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi dengan soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengutip data di samping kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 sebagai alat untuk pemerihalan data. Statistik deskriptif seperti peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab persoalan kajian, manakala statistik inferensi, iaitu Ujian-t dan Ujian ANOVA digunakan untuk menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan mengenai peta pemikiran berdasarkan jantina pelajar apabila nilai signifikan didapati lebih besar daripada aras p.0.05. Dapatan temu bual pula menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran dapat merangsang pengetahuan dan minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Peta pemikiran juga dapat dijadikan alat dalam proses pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran dalam kalangan pelajar dapat menjadi ukuran kepada keberkesanan peta pemikiran sebagai alat berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menengah atas

    Kesediaan murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan murid-murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahasa Melayu. Kaedah mixed-method digunakan bagi memperoleh data melalui instrumen soal selidik dan temu bual. Sampel kajian seramai 315 orang dipilih secara sampel bertujuan dari sembilan buah sekolah di daerah Muar, Johor yang berbeza lokasi dan kategori sekolah. Data diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 21 dan secara inferens. Data temu bual dianalisis secara manual berpandukan hasil rakaman ketika temu bual. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan min skor pengetahuan dan kefahaman murid pada tahap sederhana, manakala min skor motivasi intrinsik dan persepsi murid terhadap guru pada tahap tinggi. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi item pengetahuan, kefahaman dan persepsi terhadap guru mengikut jantina, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi intrinsik mengikut jantina. Hasil temu bual terhadap 10 responden mendapati murid mempunyai kesediaan namun murid masih berharap agar sistem peperiksaan dilaksanakan untuk melihat pencapaian murid. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi melihat kesediaan murid dan pendekatan yang harus dilakukan bagi memastikan sistem PBS ini terus dilaksanakan dalam kalangan murid di sekolah
    • …
    corecore