1 research outputs found
Penyediaan dan kajian spektroskopi sebatian organostanum (IV) dengan asid dikarboksilik
Kompleks organostanum(lV) terbitan asid dikarboksilik telah disintesis menggunakan trifenilstanum(lV) hidroksida (Ph3SnOH) sebagai reaktan. Kompleks dihasilkan melalui tindak balas di antara trifenilstanum(IV) hidroksida dengan asid dikarboksilik (asid malonik, suksinik, glutarik dan adipik) menggunakan alat radas Dean and Stark dalam pelarut yang sesuai pada suhu refluks. Kompleks yang disintesis dicirikan melalui analisis unsur C, H dan Sn, kaedah spektroskopi seperti inframerah dan resonans magnet nukleus (RMN 1H, 13C). Penentuan struktur trifenilstanum(IV) suksinat, 2 menunjukkan bahawa setiap anion dikarboksilat membentuk ikatan secara monodentat kepada dua moieti trifenilstanum(lV). Geometri sekitar atom stanum menghampiri tetrahedron. Data spektroskopi semua kompleks yang terhasil hampir serupa dan secara umum boleh disimpulkan semua kompleks mempunyai struktur yang sama dengan 2