3 research outputs found
Pembentukan nilai dan kecemerlangan bagi melahirkan generasi muda yang mapan dalam menghadapi era pasca modenisme
Dalam era Pasca Modenisme, generasi muda perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka merupakan golongan paling dominan untuk diletakkan pelbagai harapan dan hala tuju agama, bangsa dan negara. Golongan ini merupakan pewaris kepada kepimpinan dan kehidupan akan dating. Justeru itu, keperibadian mereka harus dilentur sedaya mungkin agar keseimbangan rohani, intelek, emosi dan jasmani terbena dengan suburnya. Ciri-ciri pemuda cemerlang mengikut kajian sarjana Islam dan Barat cuba diketengahkan untuk dijadikan ukuran dalam menentukan hala tuju generasi muda dewasa kini. Ciri-ciri pemuda cemerlang yang dikemukakan ini merupakan pilihan daripada banyak teori-teori kecemerlangan pemuda yang lain. Kemahiran-kemahiran yang menjadikan seseorang pemuda cemerlang juga akan diketengahkan. Ini termasuk aspek kerohanian, pengurusan diri, bersosial, berorganisasi, kepimpinan, berkomunikasi dan berdakwah. Kemahiran ini perlu dikuasai bagi memastikan ia mempunyai persedian yang mapan untuk melayari bahtera kehidupan sebagai seorang pemuda yang berwawasan. Apabila pemuda kita bangkit dengan segala penampilan yang sempurna, penuh keyakinan, keilmuan dan keterampilan yang mantap, satu revolusi pemangkin ummah akan dapat dijelmakan. Pemangkin ummah yang mempunyai kekuatan dari aspek keperluan kehidupan duniawi dan ukhrawi seterusnya mampu menangani segala permasalahan yang mendatang dalam Era Pasca Moden ini
Permasalahan ibu tunggal dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan anak-anak: satu kajian kawasan Sura, Dungun, Terenggannu
Dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini, setiap yang berlaku iru semuanya menurut suratan sejak azali lagi. Tidak semua harapan dan perancangan yang kita impikan akan kesampaian. Kehidupan sebagai ibu runggal bukanlah semudah yang disangkakan bak kata madah "tidak selembut tiupan bayu dan tidak semudah aliran air". Pelbagai liku kehidupan yang beronak duri perlu ditempuhi dalam perjuangan mem-besarkan anak-anak yang mana semua itu tidak mungkin mampu untuk diharungi tanpa adanya kekentalan dan kesabaran yang menggunung di hati. Tiada siapa yang ingin bersendirian menghadapi susah senang menguruskan rumah tangga dan anak-anak terutama sekali pada zaman yang penuh dengan seribu macam dugaan dan cubaan ini
