1 research outputs found

    Implementasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Matematik : adakah suatu realiti?

    No full text
    Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap implementasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Matematik oleh guru Matematik sekolah menengah. Kajian ini juga meninjau hubungan antara tempoh pengalaman mengajar, kehadiran ke kursus KBAT, pengetahuan dan kemahiran dengan amalan KBAT guru dan faktor yang mempengaruhi amalan penerapan KBAT guru Matematik. Kajian berbentuk kuantitatif dan tinjauan terhadap 110 orang guru Matematik dengan pemilihan rawak di 21 buah sekolah menengah di daerah Kerian, Perak dijalankan. Deskriptif, korelasi Pearson, korelasi Spearman dan regresi berganda diguna untuk menganalisis data. Secara keseluruhannya, implementasi KBAT guru Matematik dalam PdPc Matematik adalah pada tahap sangat memuaskan. Hubungan positif diperhatikan antara kehadiran ke kursus KBAT, pengetahuan dan kemahiran dengan amalan PdPc guru. Berdasarkan model regresi, faktor pengetahuan dan kemahiran telah mempengaruhi amalan KBAT guru Matematik semasa PdPc. Hasil kajian menunjukkan bahawa implementasi KBAT guru-guru sekolah menengah di Kerian boleh dijadikan panduan oleh Bahagian Perancangan Kurikulum dalam merangka penyediaan kursus sokongan dan profesional berkaitan pedagogi KBAT. Pendedahan serta dorongan yang berterusan kepada guru Matematik untuk terus mengimplimentasi KBAT semasa PdPc Matematik selari dengan Kurikulum Matematik dan Falsafah Pendidikan Negara adalah perlu agar anggapan bebanan terhadap pelaksanaan KBAT bertukar kepada suatu PdPc yang kreatif dan menarik sekaligus menjurus kepada keperluan Pendidikan 4.0
    corecore