3 research outputs found

    Tinjauan awal potensi ketidakstabilan cerun dan cirian fiziko-kimia tanah di Cameron Highlands, Pahang : Preliminary survey on potential slope instability and soil physico-chemical characteristic in Cameron Highlands, Pahang

    Get PDF
    Geologically Cameron Highlands was formed by a granite batholith intruding into the older sedimentary rocks. Intrusion of this acidic igneous rock formed metasedimentary rocks and other metamorphic rocks as roof pendants. The schist had been highly weathered, coloured bright grey to dark grey having fine to medium size grains with an obvious foliation. Meanwhile the granitic rock is composed of quartz, feldspar and biotite and/or tourmaline grains. Most of the road slopes cut across the granite body and slope instability survey was carried out based on type of failure, geometry and physico-chemical properties of soil slopes. Field observations showed that most of the failed slopes were soil slopes, and the slip that occurred were either shallow slip or deep slide types. Among the factors that influenced slope instability were slope geometry such as slope height and steep slope gradient, friable features of the weathering profile and the lack of surface vegetation cover. This rendered the slope surface exposed to the direct raindrop impact. Surface water run-off has also caused the development of erosion gullies on soil slope surface. Physico-chemical properties of slope material such as particle size distribution, pH, organic matter content, iron oxide content, water content, true and bulk density, and porosity were also influential in slope stability of the slopes investigated. Low soil pH (acidic) of all the slopes examined decreased iron oxide content of soil which acted as a cementing agent to soil aggregates. This has caused the soil aggregate to become weaker and easier eroded

    Status fiziko-kimia tanih tapak Pusat Penyelidikan UKM Tasik Chini, Pahang, Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan ciri fiziko-kimia, kandungan nutrien dan logam berat dalam tanih di tapak Pusat Penyelidikan UKM Tasik Chini. Sampel tanih-atas diambil dari tiga transek pensampelan iaitu T1, T2 dan T3. Dua profil tanih telah dicerap di transek 1 (T1S1 & T1S3) dan sampel tanih telah diambil daripada profil dan juga tanih atas untuk penentuan ciri fiziko-kimia, kandungan nutrien dan logam berat. Bagi sampel tanih-atas, sebanyak empat stesen pensampelan (S1, S2, S3, S4) telah dipilih di transek 1 (T1), dua stesen pensampelan (S1, S2) di transek 2 (T2) dan tiga stesen pensampelan (S1, S2, S3) di transek 3 (T3) telah dipilih. Ciri fiziko-kimia yang ditentukan adalah pH, kekonduksian elektrik (KE), kapasiti pertukatan kation (KPK), fosforus, kalium dan magnesium tersedia dan nutrien terlarut, dan logam berat terpilih. Semua penentuan fiziko-kimia tanih, nutrien tersedia dan terlarut serta logam berat dilakukan mengikut kaedah penentuan yang piawai. Hasil uji kaji menunjukkan tekstur tanih didominasi oleh zarahan bersaiz lempung. Kandungan bahan organik tinggi pada tanih-atas dan berkurangan mengikut kedalaman. Purata nilai pH tanih di dalam profil dan tanih-atas adalah di antara 3.66 hingga 4.73 dan ia adalah sangat berasid. Sela purata bagi kekonduksian elektrik dalam profil dan tanih-atas adalah antara 2412 μScm-1 dan 2742 μScm-1. Purata nilai KPK adalah rendah iaitu antara 4.86 dan 12.58 meq/100g tanih. Kepekatan fosforus, magnesium dan kalium tersedia masing-masing mempunyai sela antara 1.76 – 3.32 μg/g, 16.80 – 122.23 μg/g dan 20.09 – 30.50 μg/g. Kepekatan nutrien terlarut bagi sulfat, nitrat-nitrogen, ammonium-nitrogen dan fosforus masing-masing adalah 37.50 – 1350 μg/g, 12.17 dan 90.00 μg/g, 12.17 to 53.17 μg/g dan 0.05 dan 0.62 μg/g. Kepekatan ferum dan Pb sangat tinggi di T1S1 dan di horizon bawah profil T1S3. Secara amnya tanih di tapak PPTC adalah sangat berasid dan mempunyai kandungan nutrien yang rendah. Terdapat bukti menunjukkan berlaku pengayaan Pb dalam tanih yang menerima pengaruh pasang surut jasad air tasik

    Pengambilan logam berat oleh nepenthes sp. dalam tanih bekas lombong besi dan timah, Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor

    No full text
    Kandungan logam-logam berat Pb, Zn, Ni, Co dan Cd pada empat bahagian tumbuhan Nepenthes sp. (akar, batang, daun dan periuk) serta substrat tanih yang menyokong pertumbuhannya dari kawasan bekas lombong bijih timah dan besi di Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor telah ditentukan. Komposisi logam-logam berat dalam sampel tanih diekstrak menggunakan campuran asid nitrik pekat dan asid perklorik. Pengekstrakan logam berat dalam tumbuhan pula dilakukan menggunakan kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat di dalam ekstrak larutan tanih dan tumbuhan ditentukan menggunakan Spektrofotometer Penyerapan Atom kaedah nyalaan (FAAS-model Perkin Elmer 3300). Nilai koefisien Penyerapan Biologi (BAC) yang merupakan nisbah kandungan logam berat dalam tumbuhan kepada kandungan logam berat dalam tanih ditentukan secara kiraan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tanih di kawasan kajian adalah berasid dan didominasi oleh pasir. Kandungan bahan organik dan kepekatan garam dalam tanih pula adalah rendah, manakala nilai pH adalah berasid. Logam Zn (698.5 mg/kg) menunjukkan kepekatan yang tinggi di dalam substrat tanih diikuti oleh logam Co (182.9 mg/kg), Pb (58.2 mg/kg), Ni (12.2 mg/kg) dan Cd (2.09 mg/kg). Kepekatan logam berat di dalam tumbuhan mengikut kepekatan menurun adalah Ni>Co>Cd>Pb>Zn. Kepekatan logam di dalam bahagian-bahagian tumbuhan tidak menunjukkan perbezaan signifikan bagi semua logam. Tumbuhan Nepenthes sp. didapati menumpukkan logam Ni dalam kepekatan yang tinggi sebagaimana yang ditunjukkan nilai BACnya yang tinggi. Tumbuhan ini mungkin boleh digunakan sebagai bio-penunjuk bagi kehadiran Ni dalam kepekatan yang tinggi di dalam tanih
    corecore