1 research outputs found
Tahap kepuasan kepenggunaan minyak sawit dalam kalangan pengguna domestik dan pelancong antarabangsa
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kepuasan ke atas kepenggunaan minyak sawit dalam kalangan
pengguna domestik dan pelancong antabangsa. Teknik persampelan bertujuan telah digunapakai
dan temubual bersama 160 orang pengguna domestik dan 40 orang pelancong antarabangsa
berdasarkan satu set soalselidik di Ranau, Sabah. Hasil kajian menunjukkan pengguna domestik
menyokong produk minyak sawit tempatan berbanding pelancong antarabangsa yang lebih
mengutamakan produk minyak tumbuhan lain seperti canola, minyak zaitun, minyak jagung, dan
lain-lain dalam kehidupan seharian mereka. Kepuasan pengguna domestik adalah lebih memfokus
kepada harga produk minyak sawit yang murah dan berpatutan. Manakala pengguna antarabangsa
pula mendapati bahawa produk minyak sawit mempunyai harga yang mampu dimiliki, berkhasiat,
berkualiti. Tambahan pula, faktor jenama, tidak mudah terbakar, kegunaan tradisi keluarga, dan
sentiasa dalam berkeadaan baik. Namun demikian, faktor ketidaktentuan harga minyak stabil di
pasaran menjadi penyebab utama bagi pengguna domestik merasa tidak puashati, berbanding
dengan pengguna antarabangsa yang tidak puashati kerana kualiti minyak sawit. Dalam hal ini,
langkah-langkah strategik bagi meningkatkan kepenggunaan minyak sawit wajar diperhalusi oleh
pihak kerajaan untuk mengawal harga minyak sawit, di samping memperbanyakkan promosi dan
kempen dalam usaha meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kepada masyarakat, seterusnya
memperbaiki kualiti produk secara berterusan