571 research outputs found

    Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran

    Get PDF
    This conceptual paper is aimed at identifying testing aspects based on testing theory, teaching and learning evaluation, objectives of teaching-evaluation realtionship and types of testing. The testing theory find how the theory is associated with the testing concepts such as the meaning of testing, measurement and evaluation.Testing theory is also related to the fields of psychology and education.In addition, evaluation is also used to gauge the effectiveness of teacher’s teaching and student’s mastery in school.In effective teaching and learning, the relationship between the objectives, teaching and l earning and evaluation are important and these three aspects have close relationship between one and the other.This paper discusses the types of testing in education based on the objective and subjective tests which are often conducted in schools

    Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (Opm) Dengan Pencapaian Matematik (The Relationship Between Study Orientation In Mathematics (Som) And Mathematic Achievement)

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah OPM yang merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Responden kajian terdiri daripada 674 pelajar tingkatan empat yang dipilih secara persampelan rawak berstrata berperingkat di 16 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah. Ujian aneka pilihan matematik mengandungi 40 item yang terdiri daripada lima item (12.50%) bagi bidang Nombor, sembilan item (22.50%) bidang Bentuk dan 26 item (65%) bidang Perkaitan. Manakala soal selidik OPM terdiri daripada lima pemboleh ubah iaitu sikap pembelajaran, kebimbangan, tabiat pembelajaran, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik yang mengandungi 72 item. Bagi ujian kesignifikan, ujian korelasi dan regresi berganda digunakan. Dapatan kajian menunjukkan sikap, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang positif manakala kebimbangan matematik mempunyai hubungan yang negatif dengan pencapaian matematik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sikap dalam mempelajari Matematik merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Model ARoS dicadangkan bagi menekan betapa pentingnya pendidik menilai atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif pelajar yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar. Oleh itu alat ukur OPM dapat digunakan oleh guru, kaunselor dan pengetua untuk menilai atribut afektif pelajar dalam mengenal pasti kebolehan kognitif pelajar dalam pembelajaran matematik

    The development of Mathematics Homework Engagement (MHE) instrument for secondary school students, Malaysia

    Get PDF
    The purpose of this study is to develop the instrument of Mathematics Homework Engagement (MHE) for secondary school students in Malaysia. This study also identifies the relationship between the factors of Mathematics Homework Engagement, namely students, teachers, parents andschool management towards mathematics achievement.The MHE has been used to measure the engagement of students, teachers, parents and school administrators in mathematics homework. This instrument was developed from student’s focus group interviews and the literature review.The results of the analysis was found that these four factors of MHE item instrument ranged from 54.52% to 69.38% of variance related with homework engagement.Croanbach Alpha indicated that the reliability of each factor is reasonable in context of internal consistency which is more than 0.70. Based on the results of validity and reliability, the instrument remained with 15 items, and states that it is sufficient to measure MHE for secondary school students in Malaysia. Pearson correlation coefficient revealed that, there are positive correlations between the factors towards mathematics achievement except for parent’s engagement. In conclusion, this instrument can be used by teachers, counselors, school administration and the Ministry of Education to assess students’ understanding of MHE. With such understanding, teachers can arrange better mathematics homework for their students

    Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan (The Relationship Between Attitude, Anxiety And Habit Of Learning With Additional Mathematics Achievement)

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan. Responden kajian terdiri daripada 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi pembelajaran matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Bagi ujian kesignifkan, penyelidik menggunakan ujian korelasi Pearson dan regresi dengan bantuan perisian SPSS versi 16. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan positif yang signifkan manakala kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan negatif yang signifkan terhadap pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang sederhana manakala sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan kebimbangan pembelajaran matematik merupakan peramal utama dengan pencapaian matematik tambahan berbanding dengan sikap dan tabiat pembelajaran matematik. Namun, sikap dan tabiat pembelajaran matematik masih merupakan peramal kepada pencapaian matematik tambahan walaupun dalam peratusan yang kecil. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik tambahan. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

    Atribut sistem penilaian prestasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja guru sekolah kebangsaan di negeri Perlis. Kajian ini meninjau hubungan antara pemboleh ubah atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja guru. Sejumlah 107 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Atribut Sistem Penilaian Prestasi (ASPP) terdiri daripada enam pemboleh ubah tidak bersandar iaitu keadilan sistem, kejelasan sistem, kawalan kriteria penilaian, penyertaan guru dalam sistem penilaian, pengendalian sistem penilaian dan kredibiliti penilai dengan pemboleh ubah bersandar iaitu kepuasan kerja guru. Instrumen kajian ini mengandungi sejumlah 26 item yang diadaptasi daripada instrumen Kelly, Ang, Chong dan Hu (2008). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 12.0 melalui ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara atribut Sistem Penilaian Prestasi iaitu keadilan sistem, kejelasan sistem, kawalan kriteria penilaian, pengendalian sistem penilaian dan kredibiliti penilai dengan kepuasan kerja guru-guru kebangsaan di negeri Perlis. Namun, terdapat satu pemboleh ubah yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru iaitu penyertaan guru-guru dalam sistem penilaian prestasi. Dapatan kajian ini memberikan input kepada pihak pentadbir sekolah kebangsaan tentang tingkah laku guru-guru terhadap penilaian prestasi dan bagaimana hubungan pelbagai atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja. Setiap individu mengharapkan Sistem Penilaian Prestasi yang dilaksanakan adil dan telus. Melalui kajian ini, terbukti bahawa keadilan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengendalian Sistem Penilaian Prestasi

    Pre university students proficiency in symbols, graphs and problem-solving and their economic achievement

    Get PDF
    The purpose of this study is to identify the level of difficulty of symbols, graphs and problem solving items in Economic achievement among pre university students.The sample comprised of 110 students from national daily secondary schools in the state of Kedah, Malaysia.The achievement test comprised of 18 items with six symbol items, six graph items and six economic problem-solving items.The findings show that item difficulty indices for symbol items, graph items, and economic problem-solving items are 0.65, 0.45, and 0.49 respectively, which indicate that students in the study can understand items presented using symbols better than the graphs or economic problem-solving items.The students faced greater difficulty with graph items compared to economic problem-solving items.For symbol items, students faced difficulty in answering Item 2 (Saving Function—0.20) and Item 4 (Market Balance—0.28). For the graph items, the students had difficulty in answering Item 4 (Demand—0.25) and Item 2 [Two sectors C + I—0.29).For the Economics problem-solving items, students found it difficult to answer Item 5 (Tax—0.21).The findings in the study imply that a combination of symbol, graph and economic problem-solving items should be taken into account when constructing items for Pre University Economics tests

    Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah (The Effects Of Clinical Supervision On The Teaching Performance Of Secondary School Teachers)

    Get PDF
    Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan penyeliaan klinikal ke atas prestasi pengajaran guru di sekolah menengah di Sabah. Kajian ini melibatkan 33 orang guru dari sebuah sekolah menengah di mana 11 (33%) adalah guru lelaki dan 22 (67%) adalah guru perempuan. Kajian ini menggunakan satu set instrumen untuk memerhati pengajaran dan pembelajaran yang telah diadaptasi daripada Instrumen Pemastian Standard (IPS) dari Jemaah Nazir Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). IPS telah digunakan oleh semua sekolah untuk menilai dimensi III, pengurusan program pendidikan, elemen ke-9 yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Prestasi pengajaran guru diukur berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian (RPH), set induksi, penyampaian pengajaran, teknik penyoalan, penglibatan pelajar, pengukuhan, latihan pelajar dan tugasan, memeriksa latihan dan tugasan pelajar, penutupan pelajaran dan pengurusan kelas sebelum dan selepas penyeliaan klinikal. Hasil dapatan kajian ini membantu guru-guru di sekolah untuk mengetahui kekurangan dan kelebihan ketika penyampaian pengajaran dilakukan dalam bilik darjah. Penyeliaan klinikal turut membantu guru dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pengajaran dapat meningkatkan penguasaan pelajar. Penyeliaan klinikal juga dapat dijadikan panduan kepada jemaah nazir sekolah untuk memperbaiki IPS yang digunakan

    Hubungan antara kerja berpasukan dengan kepuasan kerja ketua panitia sekolah menengah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepuasan kerja ketua panitia dalam kerja berpasukan berdasarkan jantina, umur dan pengalaman kerja.Di samping itu kajian ini juga bertujuan mengenal pasti penyumbang utama dan hubungan antara lima faktor kerja berpasukan iaitu tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan, struktur perwatakan individu dan hubungan interpersonal dengan kepuasan kerja ketua panitia.Subjek kajian ini terdiri daripada kesemua 141 ketua panitia daripada sembilan buah sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Kuala Krai, Kelantan.Alat ukur kerja berpasukan telah diubah suai daripada kajian Karakus dan Töremen (2008) manakala alat ukur kepuasan kerja telah diubah suai daripada Model Teori Dua Faktor Herzberg (1966) dalam Tay (2007).Kerja berpasukan diukur daripada empat dimensi iaitu tindakan pemimpin (8 item), struktur perwatakan pasukan (7 item), struktur perwatakan individu (8 item) dan hubungan interpersonal (8 item) manakala kepuasan kerja diukur menggunakan 20 item.Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Kajian ini menggunakan ujian-t, ANOVA satu hala, Kolerasi Pearson dan regrasi berganda untuk menguji hipotesis kajian.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara jantina dan umur dengan kepuasan kerja tetapi tiada perbezaan yang signifi kan dengan pengalaman kerja. Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan, struktur perwatakan individu dan hubungan interpersonal.Kajian ini juga menunjukkan tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan dan hubungan interpersonal menjadi peramal kepada kepuasan kerja.Hasil kajian mencadangkan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat dengan program latihan dan pembangunan harus menitikberatkan aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran kerja berpasukan khususnya kepada ketua-ketua panitia dalam aspek kemanusiaan, perancangan dan penyelarasan tugas

    Jenis Amaran Dan Faktor Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Sabah (Types Of Warning And Truancy Factors Among Secondary School Students In Sabah)

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ponteng sekolah berdasarkan surat amaran, penentu utama ponteng sekolah dan hubungan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah harian di Daerah Keningau, Sabah. Seramai 252 pelajar yang terdiri daripada 124 (49%) lelaki dan 128 (51%) perempuan yang menerima surat amaran pertama (3–10 hari), kedua (11–20 hari) dan ketiga (> 20 hari) secara berkala. Alat ukur ponteng sekolah diubah suai daripada Ng (2005) yang telah membuat pengubahsuaian daripada Panduan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994). Soal selidik asal terdiri daripada 40 item, tetapi hasil daripada kajian rintis, hanya 39 item sahaja digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan 206 (81.7%) orang pelajar yang ponteng sekolah berada pada amaran 1 (3–10 hari) diikuti dengan amaran 2 (11–20 hari) yang terdiri daripada 34 (13.5%) orang pelajar dan amaran 3 (> 20 hari) seramai 12 (4.8%) orang. Hasil kajian menunjukkan faktor penentu utama ponteng sekolah ialah diri pelajar, diikuti dengan sekolah dan keluarga. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara faktor keluarga dengan ponteng sekolah, namun tidak terdapat hubungan antara faktor sekolah, diri pelajar dan rakan sebaya dengan ponteng sekolah. Faktor-faktor seperti lambat bangun, sakit tanpa surat pengesahan doktor, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran, bosan dengan suasana sekolah yang tidak menarik, takut kepada guru disiplin yang garang dan masalah pengangkutan merupakan punca utama ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian ini berharap dapat membantu pihak sekolah, ibu bapa, pejabat pelajaran daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia merangka strategi dalam berusaha menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah negara ini

    Exploring postgraduate students’ challenges in doing master research

    Get PDF
    Research activity involves investigation which gives impact to intelectuality, creativity and discipline among postgraduate students. The purpose of this study is to explore postgraduate students’ challenges while completing their Master Research in one of the public universities in Malaysia. The subjects of this study were 25 postgraduate students undergoing their dissertation which is a requirement to graduate. This study used open ended interview approach to explore the challenges on doing master research. For the analysis of the data, thematic approach was used to get information from the students. The study found that there are four main challenges that the postgraduate students face in doing dissertation which are different field, time management, lack of research knowledge and supervision. Most of the students reported that the field of research that they are doing is different from their previous knowledge. Students also found that it was difficult for them to balance their time between their job and studies. Another challenge is they have never explored the research when they are doing their degree. Students also said that they have to wait for a long time for the appointment of their supervisor. These four challenges are contributing factors for postgraduate students in completing their dissertation and therefore universities need to come up with a more effective strategy to help these students overcome the challenges in order to produce intellectual and skilled researchers
    corecore