2 research outputs found

    Pelarian dana: bukti baharu peranan modal manusia

    Get PDF
    Masalah pelarian dana telah diselidik sejak awal tahun 1980-an. Namun kajian sedia ada hanya tertumpu kepada memperbaiki kaedah pengiraan pelarian dana dan faktor utama punca pelarian dana. Kajian ini mengorak selangkah lagi kehadapan dengan mengkaji faktor yang mampu untuk mengurangkan kesan negatif daripada dua faktor utama pelarian dana iaitu kesan risiko ekonomi dan risiko institusi melalui saluran pengukuhan modal manusia. Tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik hubungan antara pelarian dana dan modal manusia dengan menggunakan kaedah sistem panel dinamik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali regrasi modal manusia mempunyai hubungan negatif dengan aktiviti pelarian dana. Dapatan ini menerangkan bahawa modal manusia mampu mengurangkan aktiviti pelarian dana dengan meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur dan mengekalkan pelaburan sedia ada. Oleh itu polisi yang digubal untuk menangani masalah pelarian dana semestinya mengambil kira faktor pengukuhan sektor modal manusia

    Kesan pengklasifikasian patuh syariah terhadap kemeruapan pulangan saham Axis-Reit.

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pengklasifikasian patuh syariah saham Axis-REIT terhadap pulangannya. Analisis dilakukan keatas risiko spekulasi,kemeruapan pulanagn dan purata pulangan menggunakan spesifikasi model dari AR-GARCH, AR-EGARCH,AR-GARCH-M dan AR-EGARCH-M.Keputusan mendapati terdapat perubahan besar yang berlaku keatas pulangan saham Axis-REIT bagi sebelum dan selepas tempoh pengklasifikasian tersebut.Hal ini menunjukkan terdapat kesan positif terhadap pulangan saham Axis-REIT iaitu risiko spekulasi dapat dihapuskan serta secara tidak langsung risiko premium terhadap aktiviti tersebut juga tidak wujud. Selain itu, kemeruapan pulangan saham semakin rendah dan purata pulanagn juga lebih baik walaupun kesan krisis kewangan 2008 memberi impak yang besar terhadap ekonomi dunia
    corecore